Asyik bercakap pasal stress saja kebelakangan ni. Macam hilang nikmat hidup je bila asyik mengadap stress. Tapi what to do lah kan. Mana ada kehidupan yang flat dan rata atau leper saja.

Baiklah.
Thumbdrive aku hilang. Oh..! ini menstresskan. Tak tahu pegi mana thumbdrive tersebut. Dah recall banyak kali kat manalah tempat terakhir aku berdampingan dengan thumbdrive tu, tapi hampa. Tiada dalam ingatan. Tak dapat dibantu. Banyak makan semut barangkali, sebab tu lupa habis semua benda. Semua benda pun ada dalam tu kot. Walaupun ada backup kat laptop, tapi still lah berdukacita atas putus perkhabaran (ceh, ayat nak gempak je..) thumbdrive tersebut. Tapi takpelah, malas nak fikir banyak. Benda dah ditakdirkan nak hilang maka hilanglah dia. Dah cari tujuh keliling pusingan pun, kalau ditakdirkan tak jumpa.. tak jumpa lah jugak. Maka, redha Lyana redha. Think of something else.

Oh ya..! Baru-baru ni, ada sorang kawan international telah menjadikan aku sebagai contoh perbincangan di dalam kelas beliau. What the..????. HAHAHA Dia kata (saya tolong translatekan untuk anda) : ” Seorang kawan perempuan saya yang tiada kekasih, menjadikan Facebook sebagai teman hidupnya dan berdampingan dengan Facebook setiap masa berbanding dengan rakan-rakannya yang mempunyai kekasih. Jadi, Facebook juga boleh dikira sebagai teman hidup manusia ” . KAH KAH KAH. Ciskekkk betol…!! Giler la weh.. Sentap 58 kali aku, hahahaha lawak. Nasib baik aku takde dalam kelas tersebut. Kalau ada, tak tahulah nak defend diri macam mana… hahaha.

Okey okey. Aku memang ‘penunggu Facebook’ . Tapi takdelah sampai berteman hidupkan Facebook. Giler ke apa weh. Tak kan aku nak kawin dengan Facebook pulak nanti. Sengal tahap babun betollah.. Siap kaitkan dengan ada kekasih dan takde kekasih tu. Walaaaaawehhhh apa punya contoh daaa kawan aku ni… hahaha lawak.. lawak.. tak leh blah.

Aku anggap je itu kritikan membina. Betul lah tu apa dia cakap. Lecturer pun cakap jugak.. Facebook is just a waste. Lepas ni, aku memang berazam akan mengurangkan aktiviti berfacebook. Blogging pun (mungkin lah, tapi kena fikir ribu-riban kali lah dulu kot.. haha) , akan dikurangkan jugak. Sebarang aktiviti internet yang mendatangkan lagha akan dikurangkan sampailah habis final exam nanti. Fokus Lyana fokus..!

Sekarang ni otak aku memang tak berapa nak centre. Hilang ke ‘centeran’. Fikir apa je pun macam tak betul. Lepas tu mula lah nak jadi kurang alert dengan perasaan orang. Oh…! Aku memang begitu sejak akhir-akhir ni. Perasaan aku pun tak terkendong, apa lagi nak kendong perasaan orang. Nak jaga hati orang sana dan sini. Tak mampu lah aku nak buat semua benda. Lebih worse kalau melibatkan kawan-kawan rapat. Percayalah kataku, jangan sampai hidup bermasalah dengan kawan, ia akan kacau bilaukan mood kamu keseluruhannya. Tak best kalau gaduh dengan kawan. Lebih-lebih lagi BFF. Dah lah BFF aku yang sorang tu memang sumber pergaduhan yang paling hebat dengan aku. Kalau rasa nak gaduh je, cari je dia. Tak yah cari orang lain pun takpe. Cari dia je cukop. Pasti akan bergaduh, makan hati, makan limpa, makan usus semua. Lepas tu ketenteraman tumbang ke paras paling zero. Lepas tu aku stress tahap paling atas. Nak bagi aku stress senang je, suruh je pegi bergaduh dengan bff tersebut, pasti stress. HAHAHA sengal ~

Ini ada nota pendek untuk bff yang suka baca blog aku bila aku tak nak dia baca. Bila aku suruh dia baca, dia pasti tak kan baca punya. Dia memang SUKA buat benda yang aku tak suruh.

Nota untuk BFF (bestrestes friend foreverandeverever):

I dah penat main gaduh-gaduh ni. Kadang-kadang I rasa bosan dan hidup sungguh flat kalau takde benda yang nak digaduhkan dengan you. Selalunya kita tak kan hidup berbaik-baik dalam tempoh yang lama. Macam tak boleh langsung kot. Bila kita ter’bergaduh’ dengan tak sengaja, kita akan bergaduh dengan serius. Terluka hati paras yang paling dalam. I lah, bukan you. Tak bestnyaaa rasa. Most of the time, kita akan nampak I lah puncanya, tapi kalau dibuat kaji selidik.. kita akan tahu siapa sebenarnya punca. Sepanjang usia persahabatan kita ni, dah macam-macam pattern pergaduhan kita dah create. I tak tahu kenapa kita ni tak pernah nak sekepala. Kenapa I fikir benda yang you tak fikir dan kenapa you tak kan fikir apa yang I fikir. Damn.. complicatednya..! Dengan orang lain kita ok je..! Omaaaiiigossshh.. Mungkin kita ni tak patut jadi BFF. Kita jadi alien nak..? Tak pun, you jadi Power Rangers Biru, I jadi Power Rangers Pink. Eh tak… tak… tak.. itu satu geng. Tukar..! Tukar..! I jadi power rangers pink, you jadi raksasa. I marah kat you je, I fire you. Boleh..?. Erggggggggggghhhh stressnya

Panjangnya nota. Pandai je cakap nota pendek tadi. What ever it is, saya sayang BFF saya.. Much..! Tulah dia, I memang over-reacted sikit kalau cakap pasal BFF. Semua orang pun tahu kot. Lyana punya satu BFF yang selalu jadi topik dalam blog dia ni. Patutnya tukar je nama blog ni jadi :

LYANA DAN BFFNYA

p/s : kawan-kawan, jom kita picnic. Mandi air terjun. Lamanya tak pergi picnic.!

Stress is my middle name sejak akhir-akhir ni. Tak best ah jadi stress, macam alien aku rasa. Sumpah macam alien, pastu annoying lagi. Aku tak suka stress sebab orang lain kalau stress dia jadi mental tak centre wutsoever, tapi aku kena pretend yang aku tak stress padahal aku sangat stress. Oh..! ini ayat macam sengaja nak kena baling penyapu. Eh takdelaa. Maksud aku, cara pengurusan stress adalah berbeza bergantung pada individu.

Tapi.. bila perempuan stress, orang suka nak kata : PERIOD EH..? Cinabeng tol..! Ingat ape..? Asal stress je period.. asal stress je period.. Habis kalau stress tiap-tiap minggu, tak kan period tiap-tiap minggu jugak. Hampagas tol. Walaupun memang tak dinafikan perempuan mungkin berubah ‘macam-macam’ ataupun orang zaman sekarang sebut sebagai PMS or wutsoeverla kan.. tapi.. stress tak leh nak sama dengankan dengan period eh. No No No.

Eh tetiba masuk hal-hal kewanitaan..

Yang penting lepas ni, aku akan fight habis-habisan dengan STRESS supaya ia tak boleh duduk lama dalam diri aku. The thing still there. Whether we like it or not, it’s still happend. So up to you laah. Nak memilih untuk jadi stress or not. TAK MAHU STRESS..!!!!

Ok dah tu je nak cakap.
(baik tak yah update blog kan..?)

hahaha


Selepas solat Asar petang kelmarin, tetiba Azie (rumate) menjerit merdu ;

Kak… Kak… mari tengok nih.. Mari kak…!

Aku pun membulatkan mata. Menjegilkan mata lebih bulat.

img_07281

Through my Window

Adik Nyet dan kaum kerabat tengah play around dengan telekung sape tah. Siap test pakai kat kepala dia tu yang tak leh blah. Geli hati tahap dewa-dewa aku kat situ. Lepas tu ada satu track suit tu, dia gigit pastu saje-saje dia gi sangkut kat atas pokok. Entah sape punya la tuh. Tulaa, dah tahu tu NYET ZONE, lagi nak sidai kat situ. Berpesta lah Nyet Nyet tu semua. Lain kali sidai lah banyak sikit. Silap hari bulan, monyet pun boleh bukak ‘bundle baju’ dalam hutan tu.

Aku rasa kat mana-mana universiti pun monyet memang selalu ambil bahagian dalam campus life (mungkin lah, tapi tak semua kot).  So far, aku belum pernah ada ‘peristiwa’ dengan monyet-monyet ni. Mintak simpang la weh..!

Kalau nak kira konvokesyen, dah berapa kali agaknya monyet ni graduate kan. HAHAHA Monyet pun  educated weh sekarang neh.

Hectic.
Nama kehidupan aku di bulan ketiga tahun 2010 ini. Sungguh begitu, tetap aku bangga menggelarkan kehidupan sebagai hectic berbanding setahun lalu. Proud of being hectic.. heh kadang-kadang hidup memang kena poyo.

Baiklah. Submission date berkejar-kejaran di sana sini. Pening tepuk dahi 18 kali sekarang ni. Kat sana-sini aku tulis submission date dengan harapan aku ingat yang aku ada death line of assignment, dengan harapan aku tahu yang aku ni student sarjana bukan student kindergarden. Tapi macam biasa jugaklah. Aku selalu LUPA dengan semua tu.

Tak tidur malam buat assignment. Menjelang submission. Perkara Biasa. Aku seronok buat assignment cuma aku malas. Aku seronok cari bahan cuma aku malas. Senang cakap, aku ni pemalas. Malas tapi mahu. Inilah yang dikatakan ‘Melayu Mudah Lupa’. (tetiba…! aaahaha). Tadi siang, aku dah dapat satu tarikh untuk final exam. Terkejut bukan kepalang. Bukan terkejut sebab tarikh final exam, tapi terkejut assignment banyak gila dalam ‘kantung pending’. Adoiyaii ini masalah peribadi yang tak dapat dibantu. Parah sekali.

Biodata Terpaling Baru :

Nama: Jangan panggil aku SERI lagi, aku dah bagi sumpah buniah dekat nama tersebut. Remainkan saja nama aku kepada Lyana, atau tidak.. kamu tak payah lah panggil aku lagi.
Umur : 3 bulan menjelang 25 (angka stressfull)
Berat badan : Sudah turun satu kilo tapi macam dah naik 1/2 kilo pulak.
Alamat terkini : Dewan Penginapan Peniagaan Pelajar, Yayasan Al-Bukhary bilik 207 paras 2.
No handphone : Aku pengguna MAXIS sahaja. Nombor selain Maxis yang kamu ada, boleh delate.
Status pernikahan : Tak sempat lagi nak pegi bernikah.
Status percintaan : Super Single tapi tak desperate at all.

Enough.
Aku suka pergi kelas. Jangan lah ada yang larang aku pergi kelas. Aku tak boleh. Aku mesti pergi kelas walaupun aku rasa dalam kelas tu takde aku pun tak apa. Tapi siapa pedulilah. Aku pergi kelas bukan sebab aku bayar atau kerajaan bayar aku, tapi sebab aku suka pergi kelas. Aku pencinta bilik darjah. Sejak tadika lagi. Emak selalu suruh aku bungkus kain baju pergi pindah duduk bilik darjah ketika aku kanak-kanak dulu. Yeah, aku ingat lagi waktu itu. Sekarang aku rasa mulut emak memang masin, sampai usia segini, aku masih pergi bilik darjah. Hoyeeh, emak memang awesome..!

Ahad ada presentation Managerial Economic (ME). Aku rasa macam nak pengsan tak mahu bangun dah. Mereka kata Managerial Economic adalah wajib untuk pelajar MBA macam aku. Tapi aku rasa nak bentak habis-habisan suruh buangkan saja subjek tersebut. Aku rasa ia sangat heavy untuk otak sekecil otak aku yang cute ni. Aku belum mampu carry benda alah tu. Dan aku rasa pensyarah juga tahu keupayaan aku membawa subjek seindah ME. Indah. Betul indah. Kamu cubalah rasa.

Oh ya..!

saving_private_ryan_ver2

Saving Private Ryan yang disumberkan oleh Google Imej.

Aku perlu tengok movie ni untuk sudahkan assignment ‘heritage tourism’. Tapi sampai sekarang aku belum tengok pun lagi. See, benda senang sesenang tengok movie pun aku tak mampu buat. Aku ni tak dapat dibantu betul lah sekarang. T___T. Kalau Nadia Kay tahu, pasti dia tarbiah aku laju-laju.

Oh, aku stress kebelakangan ini. Ada ‘lelaki kesayangan’ yang aku dah letak dekat Planet Pluto yang nak muncul balik. Hok alossss semak aku rasa. Aku tengah hidup tenang aman damai ni, ada lagi yang nak buat ‘come back’. Bukan aku ni jahat nak buang-buang orang macam kes buang bayi yang makin semak tu, tapi mereka juga harus terima hakikat kehidupan bahawasanya ” Tidak semua manusia adalah PERLU untuk ada di sisi kita, mereka mungkin lebih PERLU di sisi orang lain. Don’t afraid of losing them because you’ll have someone else to replace them”. Bersangka baik sajalah kita pada masa depan. InsyaAllah good things will come to us.

Aku nak pergi melancong. Tapi aku tak punya fulus apalagi masa. Nantilah. Tunggu aku mampu, aku nak pergi ‘Great Barrier Reef’ , boleh singgah rumah Chika walaupun aku tak tahu dekat ke tak dengan rumah dia. Chika, nanti buat ‘Tiramitsu’ ye bila I datang sana. Agagagag baik bermimpi dari mengigau kan..?


great_barrier_reef

Great Barrier Reef yang disumberkan oleh google image

Ok dah. Aku ni melampau betul. Boleh update blog lagi dalam keadaan kritikal ni. Bye semua..! Taking Care.

Kehidupan online maksud saya.

Semakin menjadi-jadi di kala ini. Awal bangun ber Facebook. Nak tidur malam ber Facebook. Pendek kata pantang jumpa internet, Facebook dan Facebook. Atau ibarat kata pantang jumpa makanan, makan dan makan atau contoh lain, pantang dapat duit, shopping dan shopping dan shooo…. erkk ok Lyana, we get it. Sekarang ni ketagihan Facebook betul-betul di tingkat paling tinggi. Super High. Tiada ubat melainkan hapuskan saja Facebook seluruh dunia. Woh..! over betul bagi perumpaan. ahahaha

Lalai.

Banyak benda bertangguh dan terhimpun sana sini. Bikin panas je dalam hati. Ini bahaya. Ini virus mara bahaya. Walau internet slow-rock-down untuk loading Facebook, sanggup tunggu satu per tiga malam. Cuba kau suruh dia cari Jurnal. Baru buka front-page saja, loading lambat sikit pastilah klik pangkah - close tab - klik start - klik Shut down - dan klik ON KATIL. Begitu parah situasi sekarang. Genting sekali dan panas sebagaimana panasnya Malaysia di kala ini. Saya rasa monyet pon tak sanggup nak main netball tengah-tengah padang dah sekarang. So hot and sun-burn.

Sudah lah saya menyimpan sikap tidak suka pakai sun-burn yang begitu melting dimuka dan mendatangkan kilat setiap kali menempek bedak. Lepas tu ditambah dengan cuaca yang begitu… Ok you know how. Muka pun apa lagi, bagai dipanggang. Hitam legam walhal sudah sedia hitam sejak azali. Panas dunia Lyana.. Ingat..!. Baeklah… baeklah, saya ingat.

Datang-datang je merungut dekat blog. Rasa nak panggang je dia.

Saya dah buat kesalahan besar.
Saya tak rasa apa-apa pada awalnya.
Tapi selepas saya mengaku bersalah…
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Saya sengsara..!! Down giler..!

Walaupun beliau telah memberi maaf,
Rasa bersalah lebih berkembang dalam diri saya,
Sungguh besar perasaan tersebut berkembang.
Tapi kalau tak mengaku bersalah dan minta maaf,
Bukankah itu SALAH yang paling besar..?

Jadi sekarang macam mana..?
Pelik betul perasaan manusia ni.
Lebih selesa bila tak mengaku bersalah.
Tapi rasa DOWN GILER bila mengaku bersalah.

Syaitan banyak neh. Dush dush dush.

Patutnya saya rasa lega.
Tapi saya belum rasa lega. Malah saya rasa tersiksa.
Lagipun bukan best jadi orang yang bersalah. Tak best langsung.
Sekarang harus ambik iktibar.
Tidak mahu ulang lagi kesalahan tersebut.
InsyaAllah, tidak mahu ulang lagi.
Saya manusia biasa.
Ya…
Biasa saja, cantik pun tak. (Tetiba..!)

p/s :I minta maaf dari hujung tudung sampai hujung high heels walaupun I ni macam tak dapat di maafkan dah. Cuma maaf jelah yang I boleh hulur. MAAFKAN I atas kejadian itu. Senang je kan. Buat salah minta maaf. Buat salah minta maaf. Habis kalau buat salah tak minta maaf dan tak rasa bersalah, pastilah lagi keji bukan..? (Macam you selalu buat dekat I kan..? agagaa) Habis ni kira apa ni, FAIR AND SQUARE KAH..? Haaaaaaaaaaaa awak tentukan. Makin gelisss pulak aku rasa entri neh. Ok dah.

Kisah tamat.

Dalam bas hari tu cuma EMPAT penumpang saja all the way from Changlun to Kota Bharu. Nampak sangat aku je yang beria-ria nak balik kampung meskipun cuti cuma seciput saja. Apa ada kesah laa kan. I have my own good reason..!

Dan macam biasa, jalan balik ke Kelantan memang mencabar kewanitaan. Thrill betol. Bukanlah kata thrill sampai kena rentas desa, berenang kuak lentang ke apa.. tapi thrill lah. Memang thrill. Terpening-pening dibuatnya. Tapi macam steady jugak sebab takde penumpang sangat pon. Boleh lari-lari main-main kejar-kejaran dengan driver bas (ibarat kata).

img_0643

Horror, see..?

img_0637

Bukit bukau

img_0647

Tasik Banding (so so beautiful..!)

img_0646

Sekarang aku cinta dengan kamera usangku. Biarpun usang, tapi bisa capture yang bagus untuk mataku. I loved the scenary of Tasik Banding. Hope I will be there one day. Kayaking at the lake (erk..! boleh ke kayak kat situ…?) and also exploring the beauty of Royal Belum. Kawan-kawan, yuk kita ke sana..!

Oh ya…! Tasik Banding ni anda akan jumpa dalam perjalanan daripada Kedah ke Kelantan. Very nice place. And if you’re lucky, you’ll see the wild elephants at certain part of this route. I’m not sure which area but I sudah jumpa those Elephant for 2-3 times. Amazing..!

img_0708

Belimbing Buluh

One of my favourite fruit/vege

During my holiday, pokok Belimbing Buluh ni berbuah dengan lebat betul. Apalagi.. suruh la emak buat gulai ikan kering campur dengan belimbing buluh ni. Sangat awesome..!!!!!. CEH.. wat kecur air liur je aku neh.

Balik kampung kali ni, kerja I makaaaaaaaan je. Emak asyik suruh makan dan anak dia ni pun apa lagi kan. Siapa mahu tolak makanan kan..? Mujur tak gain weight yang melampau. Kalau tak.. memang saya kena jalan kaki je kat UUM neh. Takde dah nak naik kereta ke.. bas ke.. kira jalan kaki je sampai kurus. Agagaga dengan harapan..!

p/s : Hari kebesaran untuk BFF dah tak lama lagi. I’m not preparing anythings yet. OMG..!!! Tak sempat nya nak buat semua benda. T___T.

Now back in Sintok. I love my assignments..!

Ini dah kali dua ratus tolak seratus sembilan puluh enam punya kali dia rosak. Maksud saya.. charger laptop saya rosak. Okey baiklah… macam kecoh ja, charger laptop rosak. MACAM KECOH. Orang lain laptop rosak jatuh terhempas pulas apa semua pun bising.. Kau pon nak bising jugak Lyana..? Baiklah. Memang kena bising.

Tahukah anda..?

Charger laptop adalah lebih kurang sama harga dengan dua kali foundation muka jenama Sendayu Tinggi. Phew ~ Setakat kehidupan saya ni, dah dua kali beli charger laptop. DUA KALI yang menghancurkan harapan. Musnah dan terus tumpas di situ.

Semalam saya beli charger yang TAK ORIGINAL lah pasti. Oh..! Dia tak panggil tak original, tapi dia panggil UNIVERSAL. Whutever laaa kan. ORIGINAL punya saya tak mampu sangat. Mahal namampos kot. Pastu saya baru guna tak sampai 24 jam dia dah tak nak hidup. DAMN betol. Lepas tu hari ni saya pegi nak tukar ke apatah atau buat lah apa-apa yang patut kan. Sekali sampai je kat kedai tu.. dia terus tak rosak. Terus elok sihat walafiat. Saya mensumpah seranah dekat charger. Malu di tempat kejadian. Hampes punya charger.

Semoga charger ni tak rosak sampai bila-bila lagi. Oh tolong lah…!! Saya banyak kerja ni tahu tak.

Saya nak balik Sintok secepatnya. Saya mahu buat assignment…!!!


Rasulullah bersabda (yang membawa maksud) : Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan (atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya (percakapan) dan tangannya (terbaca dari SINI)

3183f595d004d7b0facfa1430f1191ed
Sumber : Deviant Art

Nak tegur ke tak ?
Kau ni boleh ditegur ke tak?
Kalau tegur nanti jadi apa?
Layak ke aku ni nak tegur kau?

Susah. Ini konflik peribadi. Diri ni tak lah sempurna pun, banyak pulak cacat dan cela sana dan sini. Nak menegur orang apatah lagi. Silap menegur, perang dunia ke-8 pulak yang jadi. Tapi tulaa, orang selalu cakap, nak tegur orang lain kena pakai cara yang betul. Pakai cara apa? Haaa, boleh ke blog tadi untuk pembacaan lanjut.

Saya tertarik dengan perenggan ini : IA MENARIK.. ! (BACA..! jangan skip)
Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya anda selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan kesalahan.

dan bagi saya pula, kalau dia masih boleh menerima kekurangan kita, kenapa tidak kita..? T__T insaf sekarang Lyana..!

Cuma, untuk sesuatu hal yang mungkin mencabar kesabaran kita, tegurlah semampunya dan pakai cara terbaik yang anda ada. InsyaAllah.. semoga kesulitan menegur yang anda ada itu dipermudahkan. Amiiin.

Tapi….
susaaaaaaaaaaaahnya nak tegur orang yang paling dekat dengan kita. Susahkan..? Susahkan..? Walaupun yang paling dekat tulah yang paling patut ditegur. Atau dengan kata lain, orang yang paling kita sayang tu lah yang paling susah nak disayang (sumber ayat : filem CINTA).

Pucuk pangkalnya, dalam hati sila bela sifat SABAR yang paling banyak. Bela lah banyak-banyak, sebab tak rugi sikit pun. Saya pun percaya, what we give, we get back. Kalau kita bagi benda baik, benda baik lah yang kita dapat balik. Sekarang saya berfikir, usia yang makin menginjak lantai TUA, makin hari makin jauh pula dari INSAF. Uhuuuukkkk insaf.

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA. (tetiba..! agagaga)

nota bunga-bunga : Awak, saya pernah tegur awak baaaanyak kali. Awak tahu awak buat benda salah. Awak kata, terima kasih sebab tegur, awak tahu apa yang awak buat. Tapi awak belum berubah lagi. Takpelah, saya duduk sini doakan awak ye..! Saya yakin awak pasti berubah nanti. Semoga masih punya masa untuk kita lihat awak berubah. Dan awak, jangan jemu berusaha..! InsyaAllah, semoga kita dibantu-NYA. Ameeen.

## Saya pun banyaknya buat silap. T___T.

Mode : Muhasabah diri

update :  Saya akan offline untuk 5-6 hari. Harap Maklum.

Di zaman yang canggih manggih ini, laman sosial begitu banyak sekali. Facebook dan Twitter tak yah cakap dah laa kan. Dah jadi trend luar biasa hebat. Dah macam, WAJIB ADA punya barang. WAJIB ok..!! Dah jatuh wajib. Haaa cam mano tu. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde Facebook…!  Macam kalau dulu-dulu masa email mula-mula nak famous. Semua pun pakat buat email. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde email..! Haaa, lebih kurang macam tu lah cerita dia.

Disebabkan ada banyaaaaaaaakk giler laman sosial neh, maka pasti lah kena guna LOG IN id dan juga password. Tak pasti lah pulak kalau bukak social web punya account tak yah pakai password ke apa. Macam tak de je kot. Mungkin ada..? Mungkin… erghhh saya tak pasti. Tapi macam semua benda kena sign up dan letak password kalau kita wujudkan akaun kita sendiri. You Tube boleh je bukak..??? haaaaih, kau ni. Maksud saya, kalau kau nak ada akaun dalam laman social tersebut, pastilah kena sign up dan kena letak password. Betul kan..? kan…? ke..? eh ke tak..?

Password ni maksud dia kata laluan lah kan atau dalam bahasa melayu mudahnya nak lalu kena kata dulu. HAHA ~ sengal. Jadi, macam mana anda set password yang banyak-banyak tu eh..? Ada orang letak no. IC, ada orang letak nama girlfriend/ boyfriend/ nombor matrik/ nama jiran/ nama buah-buahan tempatan/ nama kucing/  no plat kereta/ no azimat yang pelik-pelik dan macam-macam lah. Ada orang suka letak pasword sepanjang-panjang alam. Ada jugak yang letak sependek-pendek perkataan.

Ada orang ingat semua jenis password dia. Kalau kata dia ada 10 akaun Facebook (macam saya…!!), maka dia ingat semua log in ID dan password dia. Ada pulak orang yang walaupun ada tak banyak akaun web sosial, tapi yang tak banyak tu pun dia tak ingat. Bila nak log in, lupa. Lepas tu buat akaun baru, lepas tu lupa lagi.. Memang ah kau ni. agagaga. Tapi tidak dinafikan, memang ada manusia yang sukar nak hafal password apa-apa. Dan ada juga yang senang nak ingat password apa-apa. Tak leh nak kata apa. Ini keunikan manusia..!

Yang datang ke ingatan saya adalah, (selepas membaca entri INI) jika sesuatu berlaku pada kita, let say kalau kita jatuh sakit atau sesuatu yang lebih besar berlaku seperti kemalangan, kematian dan sebagainya, pastilah tiada siapa tahu password kita. Dan akaun kita akan remain saja macam tu. Tiada terbela, tiada terjaga. Macam sedih saja. T___T. Jadi, selepas diusulkan juga oleh adik Arina di FB tadi, saya macam terfikir. Betapa perlu juga untuk kita reveal password kita kepada seseorang yang paling kita percaya just in case kalau-kalau something happend in future kan. We never know lah kan. Nak reveal pada siapa itu hanya kita yang tahu. Sebab kita je kenal orang yang kita percaya.

Benda ni nampak remeh, tapi towards the end, ia semacam penting juga. Contoh paling jelas sekali blog pengarah terkenal tanahair, Arwah Yasmin Ahmad. Sesungguhnya hanya beliau sahaja yang boleh akses ke akaun blog tersebut. Perginya beliau.. maka tinggallah blognya sebagai kenang-kenangan. Benda-benda macam ni, tiada siapa pun yang boleh menjangka. Itu pastilah kan. Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan itu rahsia Allah. Rahsia yang sungguh besar sekali.

Revealing your password untuk social networking (Maybank2U jangan la weh) memang ada pro and cons yang pasti. Tapi terpulang lah pada pendirian anda. Kalau saya, kalau bertemu dengan seseorang yang terpercaya, mungkin saya tidak teragak-agak untuk berkongsi password. Mungkin akaun-akaun yang macam tak penting, boleh ditutup terus dengan bantuan penyimpan password ini kalau kata anda tidak mampu lagi berbuat demikian. T____T macam sedih pulak bercakap benda begini. Tapi ini fact..!!!! Apa yang pasti towards the end benda ni balik kepada soal Trust or Mistrust lah kan. Juga berbalik kepada tiada siapa tahu apa terjadi di masa depan.

Anda mungkin “banyak fikir sangat lah kau ni Lyana ” . HAHA Sebenarnya benda ni dah lama muncul dalam kepala. Cuma belum ada idea untuk garapkan menjadi tulisan di blog. Naaah, sekarang ia sudah diblogkan.

Seorang BFF pernah berkata ” Lyana, macam mana kita nak tahu if anything happened between one of us eh? ” . Gulp…! ternyata macam benar. Terfikir lah jugak saya. Kami kawan yang saaaaaaaaaangt rapat, tapi dia takde contact number family saya dan saya juga takde contact number family dia.  Hmmm nampak remeh kan..? Tapi percaya cakap saya, ia akan jadi benda penting bila tiba masanya. Jadi, pergi bertanya contact number ahli keluarga BFF anda sekarang..! Anda mungkin perlukannya nanti. :D

Apa-apa pun.. ingat..!!!!!.
Semua ni, balik kepada soal trust dan mistrust. Siapa yang anda lebih percaya, maka dia lebih berhak ke atasnya…!

p/s : Saya pernah bagi password blog saya pada BFF, tapi dia hilangkan. Damn betol. Saya tak nak bagi dah kat dia lepas ni. Cari orang lain ah pulak. T____T.

Say somethings peers…!!!