Author Archive

24 Ramadhan 1406 (1128am) bersamaan 13 June 1985, saya di lahirkan emak.
24 Ramadhan 1431 (1128am) bersamaan 3 September 2010, err.. update blog.

Selamat Hari Lahir saya !

Kampus sunyi sepi!. Semalam, balik dari buka puasa dekat Kuala Perlis dengan gadis-gadis, tengok dekat padang kawad UUM, punyalah banyak bas persiaran. Banyak GIL !. Puduraya pun kalah. Serius ah banyak. Macam-macam jenis bas persiaran ada. Yang aku tak pernah tengok dekat muka bumi ni pun ada. Fuh (kesat peluh jap) . Yelah, semalam kan hari  last untuk student undergraduate balik kampung (bagi yang menggunakan bas dari dalam kampus lah kan – ok, macam tak yah explain) . Kami ? Grhhhh menggelupurlah kami masing-masing. Sakit jiwa aku tengok semua orang dah balik. Blok pun dah kosong. Kalau siang hari ni ok lagi. Tunggulaa malam kang, membungkus lah aku dalam bilik tak keluar-keluar. Lepas tu pasang lagu kuat-kuat, lampu bukak sampai ke pagi. Dah lah aku ni pemalas nak naik menempek di bilik rakan-rakan. Lagi suka duduk di bilik sendiri. Bajet berani. Padahal…

Itulah orang kata, hargai hidup beramai-ramai sebelum datang hidup tersepi-sepi.

kad raya korang

Maaflah. Saiz dia XXXS. Tak mampu nak bagi yang besar-besaran. Tunggulah bila dah kerja nanti. InsyaAllah, ada rezeki kita bagi yang saiz Badak Berendam pulak. InsyaAllah. Ini pun tak tahu nak posnya bila. Harap-harap sempat. Tak pe, raya kan sebulan. Sampai lambat pun kira aci kan ? kan?. Paling tidak, boleh pakai untuk raya haji nanti.

Kuala Perlis, petang semalam

Sekarang kena sambung buat assignment. Ada 4 nak kena buat. Campur tulis kad raya dah jadi 5. Fuh ! Fuh !. Tak semangatnyaaaa. Ini lah masalah dia bila cuti tak sama dengan orang. Kan dah tension. Kan dah rasa malas (padahal hari-hari pun memang malas).

Oh ya !, selasa lepas, berbuka puasa di rumah sahabat lama, Mohd Faiz. Ada Qeqe, abang Cipun dan rakan-rakannya sekali. Ada kawan-kawan Faiz juga. Terima kasih pada keluarga beliau yang telah menyediakan macam-macam jenis makanan sampai tak termakan saya. Banyak sungguh ! Sedap pulak tu. Larat makan bihun sup je. Sambung makan nasi lepas balik terawikh. Kenyang. Terima kasih.

Tak sabar nak bukak Facebook weh. Sikit ja lagi !

Tak sabar nak balik raya. Atau dengan lebih tepat lagi nak cakap, tak sabar nak balik beli baju raya. Aku sorang je kot yang takde baju raya lagi ni. Tu ah, jadi perantau memang macam ni. Pakai baju yang beli dekat kedai je. Tunjuk-tunjuk, bayar, lepas tu pakai. Jubah? Seronok weh pakai jubah. Ingat nak beli jubah je nanti. InsyaAllah, semoga ada kebaikannya nanti.

Ok dah.
Buat asignment gi !!!

Suatu petang ketika masih di US.

The SistErs

I love the reflection !

Dramatic. Romantic. Mathematics sangat !

Untuk himpunan photo-photo lain, tunggulah sehingga Facebook di buka kelak yakni selepas habis semua tugasan kuliah yang banyak GIL sampai tak terbuat ni. Sudah lah semua budak-budak degree sudah balik sorong beg meninggalkan kami di US tercinta ni, tinggal pula saya terkial-kial sebatang kara tak berteman, keseorangan.. duhai malam, tiada bintang… (eceh ceh poyo pulak dia) LOL

Apa dia ?

Oh, itu lakonan semata je dik non. Dah kata photoshoot raya. Berlakon lah kami sekejap. Rembat sajalah adik-adik buat peneman bergambar. Semua stok adik-adik. Aku kan kakak ! T________T. Kesimpulan dia, panas terik dekat US sekarang ni, kami redah jugak demi menghasilkan gambar-gambar super best di atas.

Oleh kerana itu, mari lah kita sama-sama memberi tepukan gemuruh kepada photographer kami yang memang terbaek woookk ah petang semalam. Baring, menyenggeng, berguling semua ada semata-mata nak shoot kami. Tak percaya ? ha tengok :

Semoga Linda menjadi photographer yang hebat suatu masa nanti. Mungkin boleh ke US betul-betul ambil gambar kami semua bila kami semua sudah pindah duduk US betul-betul nanti. Nak tengok gambar lain, boleh ke blog Linda

KLIK untuk ke blog Linda

Queenlyana said: Terima kasih semua adik-adik kesayangan menjayakan pengambaran ini. Kita memang tabah GIL kan. Tak sanggup bila fikir balik. Dengan kena gigit semutnya (aku lah tu), dengan panasnya, bulan puasa pulak tu. Terima kasih ye. Lepas raya buat lagi ok ! LOL.

US?

Yer, US.
Ulu Sintok

Bye !

” Tak kan ada cinta yang bisa sempurna selain kepadaMu “

Bila rasa down apa kita buat?
Bila rasa jatuh apa kita kena buat?
Bila rasa tak best apa kita nak buat?
Bila rasa tak syiok apa nak buat?
Bila rasa serba tak kena apa kena buat?
Bila rasa sudah tiada lagi rasa?
Apakah yang perlu buat ?

Semoga ada hikmahnya.
InsyaAllah ada hikmahnya.

Kembalilah ke sejadah kita. Cari penawarnya disitu. Allah sentiasa menunggu. Tidak pernah jemu. Tidak pernah ragu. Allah sentiasa memberi lebih daripada apa yang kita minta. Kita yang jarang meminta. Jarang pula menurut suruhNya. Lebih memilih melupakan Dia, padahal esoknya nanti kembalinya kita pada Dia. Tidak kembali pada dunia. Tidak kembali pada asyiknya alam maya.

Diuji kita dengan cinta manusia, padahal Dia mahu ingatkan kita, bahawa Dia yang patutnya lebih kita cinta. Allah sayang kita. Sentiasa. Tidak pernah meninggalkan kita. Menguji pada hal-hal yang hanya akan mengembalikan kita dalam rahmatNya. Sungguh besar kasih sayang Allah. Subhanallah !

Cinta kita biasa-biasa saja. Tak hebat pun.
Dah lah selalu tercedera.
tak sempurna pula.

Alhamdulillah, ku sedar kini.
Syukur.

Oh, hye !

Bila datang satu situasi di mana segala-galanya adalah tidak tentu arah, diamlah seketika. Lihat kembali hari belakang yang seketika ditinggalkan. Apakah ada penyesalan? Jika ada, tebuslah hari ini. Sementara masih punya waktu !

Kawan-kawan, anda kesayangan !
Hari-hari buat saya gelak
memikirkan itu,
damailah hati
Tidak mahu menyesal lagi
Kerana itu,
anda begitu saya hargai !

## Ramadhan sudah hampir 10 malam terakhir. Begitu cepat dan tidak tersangka. Di kolej saya sudah pasang pelita, sudah gantung ketupat, sudah ada lampu kelip-kelip. Semangat ah dorang ni !

Salam bahagia kembali semua orang !

Minggu lalu, ada seorang tuan menegur,

Pelajar perempuan dekat sini suka sangat pakai baju corak bunga-bunga. Kalau orang tak tahu itu kebiasaan kita, tentu orang ingat ‘pokok bunga berjalan’. Sama lah macam kalau kita tengok orang yang suka pakai baju warna terang-terang, kita akan ketawa dan cakap sakitnya mata, agaknya samalah dengan mereka bila tengok baju-baju kamu yang banyak bunga. Pergi kuliah pun pakai baju pergi kenduri. LOL

Dalam hati mahu menjawab,
Alaa tuan, kami ni semua pencinta alam. Sebab tu baju pun mesti ada kaitan dengan alam. Kami harmoni.

Bila difikir balik, memang iya. Satu hari suntuk aku termenung depan loker baju. Habis termenung, ku renung satu persatu baju-baju di dalam loker. Sah ! Memang taman bunga. Majoriti adalah motif bunga. Motif sangat !. Dekat sejadah pun ada corak bunga. Kain telekung solat lagi lah !. Bunga-bunga. (Tapi cantik wooo). Dengan board depan meja tulis aku pun ada satu kuntum bunga. Apa lagi eh.. ha ! Dekat kasut aku pun ada bunga. Okey, tak boleh lari ah. Mesti ada bunga.

tolooooooooooooooonglah !!!

Eh cantik pe pegang bunga, pakai baju bunga-bunga. Tak macam taman bunga pun.

Sungguh berbunga.

Kalau dah nama perempuan tu, tetaplah tertarik pada bunga. Pada pink (eh, pink pulak macam takde kena mengena).  Fitrah dia memang macam tu lah tuan. Makanya, taman bunga pun taman bunga lah. Kami takde kesah. Kami suka !

Tapi kalau lelaki pakai baju bunga-bunga ???

Yawww, jambunyaaaaa. LOL

p/s : Sudah iron baju bunga-bunga. Tuan jangan marah ok!

Related Posts with Thumbnails