Archive for January, 2009

~ Lyana ~

dah lama cik seri tak edit mengedit nih.. dek kerana kes delate mendelate blog nih…

cam best pulak edit gambr… amacam best tak gmbr kat atas tue… hikkksss

awwww…. kamu mahu tahu tak? tahu atau tidak…mahu tahu atau tak? hehehehe saya sudah berjumpa dengan novel yang saya mimpikan siang dan malam.. lepas ni saya tak payah bising-bising pasal novel lagi… sukeeeeeee sukeeeeee sukeeeeee nmpk tak saya tengah sukeeeee niee…

Hati berbunga girang apabila novel yang dicari-cari akhirnya berada dalam genggaman.. malam ini cik seri pasti tidak akan tidur… okey semua.. jgn ganggu cik seri… mahu tekun membaca novel nih…

Sambungan Epik Thriller “Bagaikan Puteri”

Latar watak:
” Sila rujuk entri Bagaikan Puteri sbb novel nih kan smbung menyambung gitew.. so watak2 dia still sama utk Laksaman Sunan, Haryani dan Dani.. cuma tambahan 3 watak nih…”

Ratu Sulaman / Ratna
Ratu yang asalnya manusia penyembah syaitan ini.. ditakdirkan jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Walaupun berkali-kali cuba utk membunuh Laksamana Sunan.. namun.. ratu tetap gagal.. malah Laksamana Sunan tidak pernah berdendam walau sekalipun…

Maharani
Bonda asuhan Ratu Sulaman yang cukup terkenal dengan sifat jahatnya.. Mengagungkan pertolongan daripada syaitan Taghut.. Maharani mencuba pelbagai helah utk memisahkan Ratu Sulaman dengan Laksamana Sunan..

Kastiwara
Ditakdirkan bertemu dengan Laksamana Sunan untuk membantu Laksamana menjejaki Ratu Sulaman yang diculik Maharani… Asalnya Kastiwara adalah rakan baik Maharani sblm Maharani berpaling menjadi manusia penyembah syaitan..

Sinopsis
Laksamana Sunan yang telah kehilangan Haryani pulang semula ke tanah Acheh.. Beliau dipanggil untuk memerangi manusia penyembah syaitan iaitu Ratu Sulaman.. namun.. pertemuan awal Laksamana Sunan dgn Ratu Sulaman telah mengubah hati dan pendirian Sang Ratu.. melalui ungkapan ” Sebagai manusia..aku sayang padamu” oleh Laksamana Sunan telah memutikkan cinta di hati Sang Ratu.. Sang Ratu akhirnya dipulihkan dari kuasa sihir Maharani dan menjadi isteri Laksamana Sunan.. Namun Maharani menjejaki Ratu Sulaman dan menculik Sang Ratu… Laksamana Sunan menjejaki isteri kesayangannya Sang Ratu yg telah disihir menjadi manusia penyembah syaitan semula.. biarpun berjaya.. namun dalam pertempuran yang berlaku.. Ratu Sulaman dibunuh oleh Maharani sendiri.. “lelaki berduka dari Tanah Rencong” yang digambarkan sebagai Laksamana Sunan membuktikan kedukaan yang ditanggung… namun sifat mulia dan rasa cinta pada Allah mengatasi segala-galanya..

Mushaf Laksamana Sunan kpd Ratu Sulaman

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan
sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian

Ulasan cik seri lyana
Dengan penuh berhati-hati cik seri baca novel nie.. berharap semoga ceritera epik unggul ini tidak akan ada penghujungnya.. setiap baris ayat yang penuh bermakna.. cik seri selusuri sepenuh jiwa.. Watak Laksamana Sunan yang sungguh mempunyai pekerti yang wajar diikuti.. benar-benar melekat dalam jiwa.. Malah.. saban hari cik seri berazam untuk sentiasa memperbaiki dan muhasabah diri.. Seperti mana tulisan Ramlee Awang Murshid melalui ayat Laksamana Sunan iaitu Mati Itu Pasti…. Hidup… InsyaALLAH..

Kisahnya… cik seri masih mencari2 novel Hijab Sang Pencinta… untuk melengkapkan trilogy ni.. Tapi percaya atau tidak.. sudah hampir 8 kedai buku yang cik seri pergi.. semuanya mengatakan novel ni dh habis dijual… see i told you… trilogy ni memang hebat gilakkk…. mesti korang gelakkan cik seri… kerana.. mlm tadi… dek kerana betul2 gian nk baca novel niee… cik seri pegi pejabat KarangKrafkat sek 16 shah alam…dgn harapan dptla terus beli novel nie… tapi tetap hampa jugakkk… aduyyaaaiiiii malang sungguh… sukar sungguh perjalanan menjejak Hijab Sang Pencinta nih….
~sebuah ceritera epik thriller~

Salam suci kesejahteraan buat semua pembaca
Cik seri mungkin agak terlambat untuk bercerita tentang
Trilogy hebat ‘Bagaikan Puteri’ nie
tapi…. tak kisah la kan… x kira… x kira… nak letak jugak kat cnie…
asalnya.. cik seri tak taw pun novel ni trilogy… so bila dah taw tue…
maka terpanggillah utk baca smpai habisss
oppsss!!!! cik seri sngt memilih dalam membaca novel taw…
hanya novel yg diyakini mampu ‘membangun jiwa’ sahaja akan dibeli
baru la berbaloi kan… kan… kan…

BAGAIKAN PUTERI

Latar Watak:
Laksamana Sunan, digambarkan sebagai seorang lelaki pd kurun ke-15 yang indah akhlaknya.. taat pada ajaran agamanya.. Cinta pada Allah dan Rasulnya dan dianugerahkan kelebihan dan kekuatan tersendiri dalam memerangi manusia penyembah syaitan.

Haryani, gadis lincah yang ditimpa musibah sehingga koma dan hampir menemui ajalnya.. dalam penderitaan koma itu, Haryani melalui alam bawah sedar yang membawanya menemui Laksamana Sunan pd kurun ke-15.

Dani, jatuh cinta pandang pertama pada Haryani yang sedang koma.. Memiliki susur galur keturunan Laksamana Sunan.. Kerana cintanya pada Haryani, Dani cuba membawa Haryani kembali pada abad ke -21

Sinopsis:
Antara dua nyawa dalam jasadnya… Haryani harus membuat pilihan…samaada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali kepangkuan keluarga pada abad ke-21.. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan harus mati. Perjuangan Laksamana Sunan menentang Nyi Burga Kelara, manusia penyembah syaitan yang menyesatkan manusia akhirnya membawa kepada kematian Haryani pada kurun ke-15 dan menyedarkan Haryani semula dari komanya pada abad ke-21, walaupun pada ketika itu Haryani sudah diistiharkan meninggal dunia dan pada hari pengebumiannya.. Haryani bernafas semula!

Mushaf Laksamana Sunan utk Haryani
Apabila Hujan Turun
melimpahlah air dari perbukitan
aliran menujah ke batu
melekuk tanda waktu beralih
seiring nyawa menghanyut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung
Awan kalau dapat dicapai
Maka saktilah hamba…

Ulasan Cik Seri Lyana: Akhlak dan budi pekerti Laksamana Sunan yang taat pada agama.. benar-benar mengisi jiwa yang makin kosong dengan pengisian agama.. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan betapa manusia kerdil seperti kita secara sedar mahupun tidak semakin lalai mengejar dunia dan membuatkan syaitan durjana mendabik dada tanda bangga… Astaghfirullahhal’azim…. Moga jiwa ini kembali terisi dan tidak kosong lagi… Sesungguhnya jiwa-jiwa yang kosong… petanda bahawa semakin lunturnya iman di dada!…. Peringatan buat cik seri dan buat semua!

Tahniah kepada Novelis Thriller No 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid diatas ceritera Epik yang sarat dengan pengisisan ini.. Anda diluar sana… dapatkan Trilogy ini!

untuk pengetahuan semua
Novel pertama tajuknya Bagaikan Puteri’
Novel kedua tajuknya ‘Cinta Sang Ratu’
Novel ketiga tajuknya ‘Hijab Sang Pencinta’

maka lengkaplah trilogy hebat ni!

Next entri haruslah tentang ‘Cinta Sang Ratu pulak’

Assalamualaikum semua..
sudah agak lama tidak men’update’ kan.. kan… kan…
Walaupn hari-hari jenguk page nih.. tapi nak dapat feel utk posting.. hadooeeiii sngt la susah..

Entri kali ni merupakan antara yang tersenarai dlm ‘favourite list’ cik seri.. Masih ada banyak ‘ceritera’ yang perlu diabadikan disini.. dan untuk kali nie.. izinkan cik seri memuatkan cerita ini..
Hanya sekadar mengimbau antara nostalgia termanis dalam hidup cik seri..

Sepanjang tiga tahun di universiti… waktu menjadi Juruhebah Radio Kampus UUM merupakan antara perkara yang membuatkan cik seri benar-benar teruja dengan kehidupan di kampus.. Cik seri bermula menjadi Dj sewaktu semester 2.. Mengenali beberapa barisan hadapan juruhebah, pengacara majlis dan Emcee2 hebat di uum waktu itu.. menarik minat cik seri untuk benar2 dekat dengan bidang ini.. Alhamdulillah.. bakat pengacaraan ini secara peribadinya dikurniakan Allah melalui abang cik seri yang juga bekas pengacara TV.. cik seri bermula sebagai pengacara pada seawal usia 11 tahun iaitu di peringkat sekolah rendah hinggalah menjadi juruhebah radio kampus dan mengacarakan pelbagai majlis universiti. .

UNIUTAMA. FM adalah radio kampus utk Universiti Utara Malaysia.. Sewaktu cik seri mula-mula menjadi Dj, Radio itu masih lagi gah dan dikenali oleh hampir semua penghuni kampus.. namun beberapa musim selepas itu.. rentetan karenah pelbagai pihak.. radio UUM terus menerus dihujani ujian.. dan kini.. ia bagaikan hanya tinggal nama…

Tapi, bukan itu yang cik seri kenangkan… yang selalu menjengah ingatan.. adalah komuniti dj yang cukup erat dan menggembirakan.. Pelbagai istilah-istilah erat mengungguli kemesraan kami.. Selain tugasan2 wajib yang harus dilangsaikan di konti.. konti jugalah yang menjadi tempat lepak utama kami… dari sekadar teman sekonti.. ada yang menjadi teman baik.. malah menjadi ‘best friend forever’… semua bermula dari konti uniutama FM.. yang senior dihormati.. yang junior disayangi.. Hingga kini.. komuniti DJ merupakan kalangan rakan2 yang paling cik seri hargai.. Semangat dan kasih sayang yang terbina sukar untuk diungkapkan. hanya Allah sahaja mengerti betapa utuhnya hubungan kami semua..

Masa silih berganti.. dj-dj senior yang lebih dahulu menamatkan pengajian telahpun meninggalkan konti.. malah cukup betah menerjah tugasan baru yang lebih menduga.. cik seri juga telah pun melalui zaman peralihan itu.. sesungguhnya hati menjadi terlalu sayu.. pada hari-hari terakhir berada di konti radio.. pelbagai koleksi lagu dan ‘jingle’ yang mempunyai kenangan tersendiri terpaksa ditinggalkan jua.. nama seri lyana juga asalnya daripada nama Dj Seri Lyana… tak taw la mana datangnya ‘seri’ tu.. hik hik hik hik.. x kisah la kan.. janji cun…

Kini. cik seri masih cuba memacu haluan untuk menggapai impian menjadi seorang ‘Juruhebah’.. namun tuntutan dan keperluan di syarikat abang cik seri.. memaksa cik seri menangguhkan dulu impian tersebut.. namun jika sudah takdirnya, cik seri tidak akan bergelar ‘Juruhebah’.. apakan daya..

Apapun… inilah yang dinamakan kenangan.. meski pahit untuk ditinggalkan namun ia akan tetap segar dalam ingatan.. terima kasih kepada komuniti dj yang telah berkongsi pelbagai kisah suka dan duka.. I lap u olls lahhh…

Ini tag nama cik seri time jadi Dj
haa… ni zaman cik seri muda-muda dulu
kurus lagi time nihh.. hikksss

ni antara bdak2 dj yang sngt best
serius.. dorang memang best gilakkk

bdak ni lak.. asalnya mentee cik seri..
pastu selalunya akn jd partner emcee & dj cik seri
skrang dia tgh malathopss jadi emcee kt uum nun..

Related Posts with Thumbnails