Archive for February, 2009

Baru tak sampai sejam berada di rumah.

Eh. Macam mengantuk sangat. Ya Allah, penatnyalah.. duduk bersandar di kepala katil sambil mentengok bilik yang sebijik macam stor Reject Shop.. Huh! tak tipu… Hari ini adalah hari jalan-jalan untuk saya. JALAN-JALAN ? sayakah itu? dah lama sangat tak keluar berjalan-jalan di bandar yang orangnya suka berjalan. Awak tak rasa orang kat KL nih suka berjalan keh.. bernaik kereta motor komuter monorail pun mereka suka. Saya pun macam terikut2LAH.. cehhhh macamlah kat kampung dulu tak de berjalan.. HOHOHOHO.. unsur menambah seperti biasaLAH.

Telah pergi tengok wayang bersama Mat dan Jene. Ya Allah, macam takda rasa romantik langsung sebab pergi dengan rakan-rakan. Sebab dah lama tak beromantik mentengok wayang dengan kekasih..lepas tu jalan-jalan penatkan kaki.lepas tu makan secara heaven.lepas tu kaki pun tercabut dan pengsan.. (sudah tipu!) HOHOHO… asalnya nak tengok Upin dan Ipin. Bila dah smpai kt kaunter boleh pulak pergi beli tiket ONG BAK 2… Hey hey… macam hape ntah perangai. Saya macam tak paham sangatLAH citer tu.. (memang tak paham pun.. nama pun cerita Siam) tapi kena buat2 seronokLAH.. lepas tu.. macam dah masuk waktu Maghrib.. bergegaslah secara comel untuk ke surau nun jauh di bawah sana.

Ya Allah, kaki macam nak bengkokLAH. berjalan dengan sangat tekun pergi ke surau.. Lepas tu.. Ya Ampun.. punyaLAH ramai manusia.. beratur2 utk ambik wudhuk.. saya macam takut tak sempat bersolat. jadi dengan kaki yang sedikit bengkok telah pergi berwudhuk di toilet.. Huh! punyalah thrill Maghrib hari ni.. Lepas tu mengomel dengan comel dalam hati.. tak boleh ke surau dibuat di tempat yang orang senang nak pergi.. lepas tu.. tak boleh ke buat bagi besar sikit. dah namapun MEGAMALL.. surau pun kasi MEGA lah.. eh.. eh..eh… saya membebel nih.. HOHOHOHO tapi betullah.. saya telah membeli baju sebanyak dua.. (Lately banyak betullah kejadian beli baju secara lebih dari satu!)

lepas tu kami pergi ke PS (Petaling Street) jangan gelak kalau saya kata saya tak pernah pergi Petaling Street.. Hep! hebat sangat kah kalau dah pernah banyak kali pergi Petaling Street tuh!.. no no no no.. takda hebat sangatLAH.. macam pasar malam sajalah bukan? Lepas tuh saya beli handbag.. Waaahhhhh macam bukan sayaLAH.. hayohhhhh sangat seronok.. tapi tak seronok sebab bila lelaki ikut.. bukan boleh bagi pendapat bernas macam nenas pun.. bila tanya angguk je.. sbb malas nk tunggu perempuan shooping kan.. HOHOHOHOHO

lepas tu

balik rumahLAH.. dan bersidai di tepi katil dengan rasa mengantuk yang luar biasa mengantuk!. Esok ada kenduri Rafik.. Ya Allah, moga ada yang akan membawa saya pergi ke majlis itu…

A Sabtu

Posted by queenlyana

dua hari selepas shooting..

Macam lapang sikitLAH sebab dah balik rumah. Bukahkah berada di rumah itu sangat mengkagumkan apabila kita tak selalu ada dirumah. Ya Allah, macam hape ntah bilik saya.. Tak tahuLAH nak jeniskan sebagai apa bilik saya pada ketika ni.. Bilik kah?

Semalam tidak mencapai sasaran.. cehhhhh tak siap pun skrip kereta lembu.. so xdela White Chocolate Macademia.. waawawawawawa tapi today sudah siap skrip kereta lembu.. Huh! macam takda rasa nak makan kekLAH pulak.. wadehell…

Upin dan Ipin

Saya kena belanja orang tengok wayang malam nih! Ya Allah.. macam kejam sangatLAH perilaku orang-orang nih kepada saya.. HOHOHOHOHO… ada ke saya yang comel nih disuruh belanja kawan-kawan tengok wayang.. secara beramai-ramai lagi tuh.. Hey hey.. mengungkit.. berdosa! …..

okeh… mahu keluar sebentar.. Hari sabtu adalah Saturday! paham??? ok paham tak apa.. duduk diam-diam yer..

sekian.

Tidak tahu sangatlah apa perasaan sekarang ini..
Penat mungkin?
Oh! tidak sangat.. Tension kah? Errmm tidak juga kali…
HOHOHO…. macam apakah perasaan ketika ini?

Ya Allah. sedang mengumpul kekuatan secara super untuk membuat skrip. Anda tahukah? membuat kerja yang menggunakan komputer sangat memuakkan. Muak tahu? Err.. ia perasaan yang tidak sama dengan menulis blog, ber’ym’ secara rakus, menukar layout friendster atau My Space (MY SPACE???) secara rajin namampos, Bermain poker di FacebOOk (Ouch.. bukan saya!) atau apa-apa sahaja yang boleh bersosial secara malu di depan komputer.. Sunguh muakLAH i told u.. Nak siapkan satu PERENGGAN sahaja… Ya Allah.. bercintanya rasa… (hEH?) tapi tak payah suruh tulis blogLAH.. tangan semacam ada kuasa dragon ball… Laju smpai ke bulan! macam tuh punya tulis blog.. HAHAHHA… See… kan saya sudah membuat entri di ketika sepatutnya sedang sangat perlu untuk siapkan skrip…

Sedang dengar lagu Take A Bow oleh Rihana dan membuat versi seri lyana

Macam mahu tampar diri sendiri. Lepas tu hantuk kepala sendiri di dinding supaya tidak malas lagi. Ya Allah, mahu jadi apakah saya ni? Telah malas secara banyak nih.. Come on baby.. Rajin Lyana rajin.. lepas nih belanja diri sendiri dengan cake ‘White Chocolate Macademia’ from Secret Recipe… Yes! nak nak nak nak nak… takda kesah sangat lah dengan diet..

ok set:

Kalau siap skrip kereta lembu : Bleh makan White Chocolate Macademia
Kalau siap skrip ukiran topeng: Bleh makan sate
Kalau siap skrip Kuda kepang : Bleh beli novel ‘Ungu Karmila’
Kalau siap skrip Gambus : Yeeeeeaaayyyy boleh pergi karaoke!
(Hoi.. semua kredit yang menghabiskan duit nih!)

blush!… nampak tak keinginan perempuan ini telah melampau.. motivasi diri yang sangat hancus… (hep! kau diam… ) HAHAHAHAHA…

bernota:
BERKAHWINNN???? (baca entri sebelum nih)
wahhhh jadi isuLAH u olss! Hayohhhh mak macam tak kasi jek.. ermmm ok sila bertenang semua.. tunggu jodoh datang berjoget depan mata baru boleh kawin.. HOHOHOHO

okeh… motivasi memburu kek sudah tiba… Nah.. akan aku siapkan kau wahai skrip! okeh… yang lain sila minggir… saya mahu bekerja!

Ya Allah. Mengantuk dengan hyper!.. Mata macam sudah boleh menggunakan tongkat supaya tidak jatuh dan tidak tertutup tidur.. Heh!

I’m home… yeeaayyyhhh

Beberapa jam yang lalu telah selamat meninggalkan bumi Johor. Juga telah melintas dan membuat acara makan-makan secara heavanLAH di Melaka.. Saya tak paham Geography walaupun telah mendapat gred A untuk subjek itu.. (aik?) err.. sbenarnya nak cakap.. perlukah saya lalu dan melintas di Melaka untuk sampai ke Shah Alam dari Johor? Sungguh penatLAH kan? HAHA anda pelik? ok duduk diam2.. saya pun tak paham!

Apa rasa bila tak menulis blog? Ya Allah. macam tak dapat udara secukupnya. betul tak tipu.. Saya cinta sungguh dengan negeri Johor neh.. Heh.. apa nih.. balik-balik sudah menjadi angau dengan Johor..Awak tak tahulah kan? Saya punya kasih sayang dengan Johor… (wahhh bahasa yang rumit neh!) sungguh! memang sudah bercinta dengan En. Johor… hayohhhh maluuu..

Dengan ini mengumumkan Pengambaran Dokumentari Jari Seni sudah ke episod terakhir.. Ya Allah bersyukur betullah saya.. Tak sabar nak habiskan program neh.. Walaupun EMPAT skrip yang saya tak buat lagi.. tapi macam mahu buat-buat lupaLAH sekejap.. mahu menjadikan otak supaya ‘empty’ seketika.. boleh? (Maaf.. entri ini tidak disusun mengikut cerita.. tidak akan ok!)

Kuda Kepang dan Gambus di Johor
Ada pengalaman Malathopss. Nanti saya bubuh secara rela kat cni.. oh! tidak malam ini.. Malam ini cuma entri ketagihan blog sahaja.. cerita-cerita update dan bergambar akan menyusul bila rajin.. Tapi.. wahhhh I never know the truth of Kuda Kepang before! MistikLAH.. budak ini telah sempat berasa seram.. Jeng Jeng Jeng… nantiLAH ceritanya..

Saya macam menjadi ‘wanita super cool’ sekali lagi kerana telah tidur di hotel berseorangan krn.. partner yang selalu ikut saya tuh bercutiLAH.. Apa rasa? Heh.. giler…. takut namampos! HAHAHA saya ONkan TV smpai kepagi.. HAHAHA.. takut punya pasal.. padahal bukan ada apa pun.. cehhhhhhh…

Mengantuk again!
Tahukah? saya telah diajak untuk BERKAHWINNNN ! maluuuuuuuuuuuuuuuu
(hep!… pukul kang… mulaLAH tu buat gossippp… statement I kan versi DIVA.. jadi nak tahu cerita sebenar… TUNGGU!!!)

JohorLAH

Posted by queenlyana

a few hours to go… alahai.. sayangnya nak tinggal blog neh.. kalau ada internet lak mcm malas pulak nk posting.. HAHAHA pelik lah kan! Matt dah remind saya awal-awal.. kitaorang akan gerak after Zohor today.. Next Location.. JOHOR…

Macam sedikit excited!

Sebab Johor adalah satu-satunya negeri di semenanjung yang saya tak pernah jejak.. HOHOHO.. sedih betul budak ni kan.. Johor pn tak pernah pergi.. Hep!.. gelakkan sayaLAH tu.. kau keluar sekrang… HOHOHOHO.. shooting kali ni di tempat Kuda Kepang dan Gambus

saya mahu buat kerja last minute hari nih.. mahu mandi lambat2.. mahu packing lambat2. mahu bersiap lambat2.. HAHAHAHA bukankah saya bakal membuat orang geram dengan saya nanti.. Takda kisah sangat.. sebab orang selalu buat saya geram.. Today.. I will be a true DRAMA QUEEN! …HOHOHOHO

Ada yang bertanya.. di area manakah Johor nanti.. BATU PAHAT jer ok! hehehehe orang-orang batu pahat.. sila serbu saya.. HAHAHAHA (keterlaluan betul ayat tu.. kau ingat kau diva sampai nak kena serbu segala nih) ok ok ok saya bukan diva.. jadi jangan pergi serbu..HAHA…

okeh… mahu bergerak secara malas.. mahu berkemas secara malas… Hep! kau pergi packing sekarang liana!

p/s : macam sudah pernah buat entri shooting di Johor nih.. HAHAHAHA takda kesahLAH.. blog sendiriLAH.. jadi suka hatiLAH…
kalau nnti tak leh online.. jumpa lagi after 5 hari.. kalau nanti boleh online.. jumpa lagi nanti..HOHOHO jaga diri.. jaga blog… jaga kaki! (KAKI?)

Related Posts with Thumbnails