Archive for April, 2009

Waaahhh dah ada entri. Walaupun cakap dah tak nak tulis blog, malas tulis blog, menyampah dengan blog dan bosan mengadap blog. Tapi pagi ni… dengan hati gagah seperti besi waja.. telah menghasilkan sebijik lagi entri.

Err.. hari ni nak menulis dengan bahasa mudah. Bahasa biasa yang boleh digunapakai dalam karangan Bahasa Melayu. Ringkas dan mudah. Tiada ayat-ayat remaja yang melintang pukangkan bahasa tanpa mengambil kira perasaan pembaca sedikit pun. Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu, dan engkau abang. (hehehe)

Mengapa tajuk entri menjadi begitu. Seperti di atas itu?. Apakah pula yang mahu disampaikan oleh saya hari ini. Hari ini hari Rabu, hari pertengahan dalam seminggu sebelum menjelmalah semula hari minggu. Samaada berasa minggu ini baru bermula atau juga berasa minggu ini semakin mengejar ke hujung minggu. Seperti itulah diskripsi hari Rabu pada pendangan saya. Kalau pandangan anda pula, manalah saya tahu.

Saya berpunya cita juga berpunya cinta. Alhamdulillah, selagi masih mempunyai kedua-dua anugerah tersebut maka ia adalah petunjuk bahawa saya masih hidup hari ini. Cita-cita adalah perkataan yang kita laksanakan setiap hari. Semenjak kecil semenjak telah sedar cara-cara untuk hidup. Setiap hari kita ada cita-cita. Terus memasang cita-cita walaupun kadangkala bukanlah bercita-cita untuk menjadikan cita-cita sebagai satu kenyataan. Tak mengapa, asalkan hidup berpunya cita-cita. Tepuk pipi sendiri, tampar hidung sendiri, atau goncang kepala sendiri kalau anda nak kata bahawa anda tiada cita-cita, tiada harapan hidup, tiada pedoman, juga tiada tujuan. Ya, anda ada cita-cita! Apa sahaja cita-cita anda, ia adalah petunjuk aras bahawa anda masih hidup. Setiap nafas menghembus harapan.

Bagaimana pula dengan cinta?. Sebuah perasaan yang melengkapkan cita-cita. Cinta yang paling popular di kalangan manusia adalah cinta kepada pasangan. Sehingga kisah-kisah cinta lainnya tenggelam begitu sahaja, tidak ada yang ingin memperkatakannya, membahaskannya setiap hari. Yang paling ada sehingga diungkapkan dalam pelbagai kestimewaan dunia adalah cinta lelaki kepada perempuan. Cinta kepada pasangan. Cinta kebanggaan manusia. Anda tentu sahaja pernah ada. Saya juga.

Selagi belum halal, maka ia adalah nafsu.

Iktibar untuk diri saya sendiri juga. Semoga usia semakin matang untuk berdepan dengan cinta. Mak dan Ayah dikampung sana yang paling perlu didahulukan. Dari sifat usia dan masa, kita seharusnya telah pandai mengira betapa masa semakin mencemburui kita. Tanpa cinta ibu dan bapa, anda tidak mampu mengambil cinta-cinta lain di dunia. Kerana mereka sumber kekuatan cinta kita pada sesiapa juga. Jangan tercalar hati mereka maka musnahlah kisah-kisah cinta kita yang lainnya. Mereka memegang kunci kebahagiaan kita. Ibu dan Ayah tercinta yang nun jauh di kampung sana. Yang setiap kali subuh sehinggalah di dalam Tahajudnya tidak pernah henti menitipkan doa buat cinta kita. Kita tidak semampu itu, tidak sekuat itu meskipun secara sifat fizikalnya, kita jauh lagi kuat dari mereka. Mereka semakin tua, membilang usia, sedangkan kita semakin dewasa membilang wang dan harta. Namun mereka tidak pernah melupakan kita, zuriat yang terhasil dari cinta mereka. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka. Saya sayang mereka.

Saya punya cita-cita mahu memiliki cinta. Cinta yang direstu, cinta yang diberkati, cinta yang mendamaikan hati, cinta yang menjamin syurga. Cinta hakiki, cinta abadi. Ya Allah Ya Rabbi, sesungguhnya DIA lebih mengerti….

Semoga setiap langkah ke hadapan adalah perjalanan terbaik kita.

oleh

Raja Norliana Raja Omar

Ini adalah Sticky Entry sampaiLAH saya jemu menatap video konvo tersebut.. kahkahkahkahkah. Untuk Baca Entry baru.. Scroll ke bawah ok..!

Yahoooooooooo video sudah siap..

Seronooottttttttttttttt tak tahu nak cakap..

Best ke.. tak best ke.. video ni belakang kira.. janji dah setle.. dah lepas beban yang saya tanggung. Fuuuu beban betol bila sesuatu yang kita excited nak buat tetapi tertangguh-tangguh. So hari ni saya dengan suka hati nak tayangkan kat sini video konvokesyen nih. TengokLAH… kalau2 muka anda ada terselit sama.. Jom tengok Video..

Ok DONE..!

Di Edit oleh : Matt

Di bantu sikit-sikit oleh : Liana

turut metonton pada peringkat Awal : Jene

Jai Ho

Posted by queenlyana

Jai Ho (SlumDog MiLLioNnAiRe)

Belum tengok lagi Movie nih. Dorang kata sangat best. So nanti suatu hari.. mesti akan tengok jugak.

Hari ini kita masih nak update blog walaupun kita kata kita tak nak tengok blog selagi belum pukul 6 petang. Wah Wah Wah adakah kita boleh dipercayai. Percaya secara Sangat. Nampaknya untuk hari ini anda tak boleh percaya dekat kita sebab.. Haaa.. tengok… kita terupdate jugak hari ni.

Haahahahahaahahahaahahahahahaha (gelaklah)

Kelakar dan macam baik sangat pulak sbb pakai ayat ‘kita’ dan ‘awak’. Wah Wah Wah… pandai sungguh permaisuri Drama bermain ayat dengan pendengar sekalian. Pendengar..? Oh, bukan.. Pembaca maksud saya.

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Status kat FaceBook sekarang. Hasrat..? Hasrat apa kakak..? Ehem Ehem Ehem.. manusia kan memang hebat memasang hasrat. Walaupun belum tentu hala.. xpe.. pasang je.. pasanglah pakai paku, pakai gam, pakai hammer.. bukan kena cukai pun kalau pasang hasrat banyak-banyak kan. AdatLAH tu. Saya menyimpan hasrat untuk memiliki kereta sendiri dan membawa kereta tersebut secara sendiri. Kakak.. membawa kereta tu bagaimana sebenarnya..? hahahahaha bawaLAH macam mana cara pun.. Janji bergerak. Waaahhhhh

Tak sabar nak mengeluarkan video konvokesyen saya. Lama betul nak boleh keluar sebijik video. Incik Matt sibuk.. maka.. lambatLAH dia edit video saya. Waahhh tak sabar betoL nih. tadi dah intai2 sikit.. Tengah pk nak masukkan lagu apa yang paling ngam. Setakat ni pegi letak lagu ‘stay the same’ dan juga ‘love story’. Tapi macam tak brapa best je.. So tak tahu nak letak lagu apa yang paling best dan masyuk..! Dramatic betul Permaisuri Drama nih. Konvo pun pakai video segala. Ko memang verangan Diva kan..!

MalasLAH nak bagi entri panjang2 di hari pekerjaan nih. Nanti nampak sangat tak buat kerja sebab asyik memberi entri je tak kira masa. Padahal bukan dapat hadiah pun kerana mengeluarkan entri. Woohhh Malaysia kini sungguh panas. Ambik iktibar ok semua orang.. Pemanasan Global tu nama dia.. Lindungi alam sekitar.. Tutup Aircond sekarang..!! Pakai kipas tangan je semua… (Errkkkkk….)

Kita tidak mampu menjadi terlalu sempurna untuk mengekalkan keutuhan (ewahh) alam sekitar kita. Tetapi.. sedaya upaya kita selagi boleh.. tolongLAH menjaga alam sekitar. KurangkanLAH apa sahaja punca kerosakan.

Alam sekitar kesayangan kita. Kita meminjamnya dari generasi hadapan. Maka pulangkan pada mereka dalam keadaan yang baik dan terjaga. Mereka perlukan alam sebagai kesinambungan kehidupan.

Dua perenggan di atasa adalah bewarna hijau sebagai tanda sokongan terhadap Alam semulajadi. GO GREEN GO

Pesanan Khidmat Alam Sekitar ini ditaja sepenuh hati oleh :

Permaisuri Drama Cik Seri Kak Pah Marmalade

Hari Ahad anda bagaimana..? Hari Ahad saya sungguh biasa.

Bangun pagi.. makan..Main Facebook..makan..tengok Movie..Makan..Main dengan Chumby… makan..

Makan..? Bukankah entri sebelum ni bukan main lagi cerita pasal kesihatan. Apa dah jadi nih..? Mana pergi janji-janji manis yang ditabur untuk kekuatan diri sendiri supaya menjaga bentuk tubuh badan supaya jangan mengancam sangat. Kah Kah Kah Kah.. Mengancam..? Hahahaha tahukah anda, perempuan yang berbadan Solid dan Sedikit Chubby adalah mengancam. Waaahhhhhh bukan main lagi. Lyana, tolong berlapik sikit bila buat entri. Kang kena bagi penyembur Bygon kat muka sendiri baru tahu, baru tahu langit tu tinggi dari langit atau pun rendah dari bumi..  Eh, kenapa pulak nak bagi penyembur Bygon kat muka..?

Apa nak tulis nih.. Dah taip, delate.. dah delate, taip..

Oh ya..! saya baru meletakkan Application baru dari Network Blogs oleh facebok di sebelah kanan anda. Maksudnya di kolum yang ke-empat.  Errr apa..? kat bawah..? Mana-mana jelah.. Janji keluar Follow this blog dan juga Network Blogs. Aihhh saya tak paham betul.. kenapa layout blog saya di beberapa PC lain adalah berlainan dengan PC-PC yang lainnya. Maksud saya, side bar yang ketiga dan keempat berada dibawah sidebar 1 dan post punya sidebar.. Pelik memang pelik.. Ahhhh malas lah nak fikir sangat. Yang penting entri bukan Widgets..!! Owh. tak tak tak.. Widgets adalah turut penting supaya belog tersebut tidak menakutkan dan sunyi sepi macam rumah lama tiada penghuni dan ada mayat manusia keluar taring tunggu depan pagar.. Hoooooooo takut sehhhhhhhhhh.

Errr… Anda FollowLAH saya.

Walaupun.. bukanLAH ada pape pun dekat blog saya, sebab saya dah buat azam baru yang berbunyi:

Write to yourself. Sama macam speak to yourself bunyi dia.

Kalau anda suka membaca (Walaupun silent reader macam kamu tu yang sedang baca..!), maka anda follow jeLAH supaya saya tak boleh berhenti menulis blog sebab kasihan dekat silent readers yang mungkin nak baca dan nak tahu apa cerita Assistant Producers tak bertauliah ni buat pada masa lapang dia yang lapang setiap masa. Silent reader..? Siapa pulak tu..? Errr.. contoh : Faiz. Dia adalah silent reader saya yang memang saya selalu nak merajuk dengan dia sebab.. Sebab apa..?? Sebab saya dah banyak buat entri pasal dia.. Dia mesti akan baca.. tapi.. dia memang LIAT nak bagi komen sebakul dua. LIAT sangat. Fuh.. BukanLAH tak pernah bagi.. tapu sangat LIAT nak membagi komen.. Ish Ish Ish.. I marah ni :-(

Yelaaaa.. Tak kan lah saya nak kena buat entri sorang satu untuk silent reader kan? Macam saya pernah buat kat Faiz, Nadia, Ayang Azmah dll.. Nasib baik sekarang pakai wordpress. So tak boleh main ShoutBox. Dan orang selalunya singgah kat blog orang lain, bukan nak baca sangat entri dia sebab panjang giler (mcm entri2 saya), tapi nak tengok ada bertukar tak layout blog dia bulan tu.. Ada widget menarik tak.. Err.. tapi tak semuaLAH macam tu.. Ada jugak yang selalu nak baca dan selalu tertunggu-tunggu nak baca walaupun Layout atau Templete blog orang tu punyaLAH takdak seni langsung.. Tapi orang tetap tunggu-tunggu entri dia.. Sebab dia ada power dekat fingers dia.. Tulis Lah apa pun orang mesti akan baca.

Jadi.. apakah motif entri ini..?

Entah Entah Entah

tak nak mengaku saya yang buat.

ok bye

Assalamualaikum dan Salam Muhibah untuk anda semua..!

Entri Kesihatan

Entri Motivasi Makanan

Entri Kurus

Baiklah.. bagi gambarLAH dulu sebijik buat kuat semangat menulis entri.

57905c

Banyak yang nak ditulis.

Aihhh tension betul bila cerita pasal makanan dan diet. My Bf (BF..??) selalu komplain sebab perempuan obviously terlalu fikirkan pasal kesempurnaan tubuh dan badan sehingga mengabaikan perkara-perkara lain.. Seperti..? Seperti apa sayang..?? hahahahaha .. ok.. Done this paragraph sebab tak mahu anda musykil dan bertanya yang bukan-bukan pula nanti.. seperti…?? (kenapa cik seri sangat jarang keluarkan entri atau gambar atau apa-apa berkaitan BF..?? asyik keluar cerita skandal jeh.. ) Haahaha ok diam semua.. kita pergi pada perenggan lebih penting dan lebih perlu malam ini..

Makan malam pada malam ini adalah bersama seorang sahabat lama kepada abang saya. Kak Fauziah nama dia. She’s a Chinese converted to Muslim from Sarawak (Kalau tak silap). Tiba-tiba I rasa sangat admire dengan dia. Nak tahu kenapa..?? sebab dia adalah ibu kepada dua orang anak yang beberapa bulan sahaja lagi akan mencapai umur 40 tahun. But… But…But.. She’s so damn slim and sweet and look so so so younger.. I ingat she’s younger than me.. it was so unexpected.. She’s almost 40..!!

Cerita pasal kesihatan. Dia buat I sedar bahawa:

  • Malaysia kita yang kini dilaung-laungkan sebagai ‘ Satu Malaysia ‘ merupakan sebuah negara yang kaya raya dengan pelbagai jenis makanan juga minuman. Anda pergi sahaja ke foodcourt / like uptown jugak di Sek 2 Shah Alam.. CariLAH makanan apa pun.. macam-macam yang anda boleh jumpa.
  • Ais Kacang dengan topping Coklat Panas yang sangat best, Sate, Nasi Ayam, Nasi Lemak Kukus, Mee Bandung, bihun sup, air bandung, sambal belacan, ayam masak kicap, err.. macam-macam lagi.. bahaya kalau sebut banyak-banyak nih.. Ok.. itu makanan tempatan, bagaimana pula dengan Fast Food Restaurant seperti McD, KFC (yang kononnya kita boikot tu.. sbb sekarang kebanyakannya macam dah lupa nak boikot), Pizza Hut, A&W, Burger King, Marry Brown (Marry Brown pun masuk sekali..?), err.. Ye Ye Ye belum masuk lagi kedai mamak seperti Pelita, Syed Bistro, Subaidah, Hakim, Khulafa, Khalifa.. belum masuk jugak kedai laksa, air kelapa muda, goreng pisang, goreng cempedak, goreng ubi… dan juga makanan dari Tanah Seberang seperti Bakso, Masakan Minangnya… dan err.. Kalau nak sebut semua jenis makanan yang ada di Malaysia ni.. Anda boleh termuntah baca, dan saya boleh terpengsan sekejap ketika menulis.. (tolong..tolong..tolong.. penulis pengsan sekejap.. tolong..!!)
  • Betapa rakyat Malaysia suka makan. Terlalu sangat suka. PergiLAH kat mana pun… Makan mesti akan jadi agenda Muhibah yang paling penting. Bukan itu sahaja..  pergi melancong ke luar negara sekalipun.. Makanan jugak adalah agenda utama (dengan alasan nak merasa makanan kat tempat orang..).. Tak cukup benda lain tak apa.. Jangan tak cukup makan. Terlalu Muhibbah saya rasa. Kalau nak buat majlis apa sekali pun.. Makanan adalah item paling penting dalam itenary.. Kerja tak jalan kalau tak makan.. Fuuu semangat giler aku pegi describe pasal tabiat semulajadi rakyat Malaysia nih.
  • I’m proud to be Malaysian. Heaven of Foods. Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain yang malang tersebut.. Kita ni… jauhlaaaa sangat beruntung kalau dikira dari sifat makan.. Tambah lagi bulan puasa.. padahal bulan puasa tu.. sepatutnya jumlah makanan yang diambil kurangLAH sedikit daripada biasa.. Tapi kau jangan harapLAH.. Bulan puasa punya makanan jauh lebih hebat dari hari-hari biasa.. Fuuuu heaven betollll beb..

Tapi…

  • Rakyat Malaysia juga banyak mendapat penyakit yang berpunca daripada makanan. Kerana yang sedap itu adalah nikmat yang menyakitkan..?. Errrr I’m talking about makanan ok..!! (jangan pikir yang pelik-pelik.. hep hep hep..!!!)
  • Sedap di perut.. Sakit juga melalui perut.

Menurut Kak Fauziah…

Di negara China.. Sesebuah keluarga boleh jatuh bankrap jika salah seorang ahli keluarga jatuh sakit. Kerana apa..?? kerana  bill rawatan yang sangat tinggi. Syukur kita masih di Malaysia kerana setidak-tidaknya masih ada Hospital Kerajaan, Masih ada rumah Kebajikan, Masih ada unit-unit bantuan. Jadi bagi mereka, cara yang paling baik untuk selamat adalah dengan menjaga kesihatan sebaiknya..

Wah Wah Wah.. kita manader… Selagi tak sakit.. selagi masih mampu makan.. mana peduli sangat pasal kesihatan. KaK Fauziah turut bertanya.. ” Dah buat total medical Check-UP..?? ” Ish Ish Ish.. Total medical check up..??? Bukankah kita lagi suka pergi makan.. pergi melancong.. pergi karaoke.. pergi Sunway Lagoon.. (err.. apa pulak masuk Sunway Lagoon kat sini..??).. Haaa saya pun mengaku.. masih rendah tahap kesedaran terhadap kesihatan sendiri. Tidak buat pun total medical Check Up.. Tak pernah terfikir pun nak kaji selidik tahap prestasi kesihatan diri sendiri. IyaLAH.. anda yang memandu pun.. mestiLAH ada pergi service kereta kan.. Nak check mana-mana masalah yang ada atau juga nak tengok sejauh mana prestasi kenderaan anda yang terkini..

Saya berasa sungguh tidak adil kerana :

  • Hanya menjaga beberapa bahagian anggota tubuh badan. Padahal Allah dah bagi jumlah tubuh badan yang lengkap.. tetapi yang hanya diteliti dan dibelek setiap hari hanyaLAH beberapa part sahaja seperti belek muka.. belek kaki, belek jari, belek perut (perut..? awww sensitippp), belek rambut, belek gigi, belek kuku, belek mulut (nak tentukan makanan apa yang nak masuk..hehe)..
  • Tapi lupa nak belek hati, belek usus, belek ginjal, belek pankreas, belek tisu kulit, belek paru-paru, belek sel-sel otak, Limpa, Plasenta, Rahim, Tulang Rusuk, Tulang dada, Tulang Selangka, Kalenjar Tiroid, Kalenjar Adrenal, Arteri, Saraf, Vena… (adik-adik.. salin..salin.. hari ni kita belajar Anatomi Tubuh Manusia ok..!)
  • Nampak kan..? Jika yang point nombor dua tu tidak dibelek, dijaga dan dibela jugak.. maka takda bermaknaLAH anggota point yang nombor satu tu.. Ewah Ewah Ewah.. macam pandai pulak bagi diagnosis kepada anda.. Padahal Subjek Sains bukan pandai sangat pun dulu walaupun memang masuk kelas Sains Tulen pun..

Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Kalau mahu menjaga kesihatan.. mesti sentiasa kata ‘NAK NAK NAK NAK’ sebab kata Kak Fauziah.. Tiada istilah ‘akan cuba’ dalam menjaga kesihatan.. Yang ada cuma ‘NAK’ dan ‘TAK NAK’. Kalau anda Nak.. maka anda sihat.. Kalau anda tak nak.. maka nasib andaLAH..

KasihanLAH pada tubuh badan sendiri. Usus pun dah tak larat nak cerna jumlah makanan yang dihumban setiap masa.. Ingat.. generasi depan akan turut mewarisi tabiat makanan kita pada hari ini. Bukan itu sahaja.. Generasi hadapan akan turut mewarisi penyakit yang kita bawak hari ini. Generasi hadapan tu siapa cikgu..? Generasi hadapan tu anak-anak kita lah, cucu cicit kita lah jugak.. bukan orang lain pun..

Jadi.. sayangiLAH perut anda.. (wahhhhh….)

Apa yang anda makan.. mencerminkan masa depan anda.. JomLAH kita makan untuk sihat dan bukan untuk kurus..!!!

Kalau kurus tapi sakit.. tiada guna

Kalau gemuk tapi sakit.. tiada guna

Ajal dan Maut di tangan Tuhan.. Orang yang sakit juga akan ‘pergi’ yang sihat juga tetap akan ‘pergi’.. Tetapi organ yang diberi pinjam pada kita hari ini.. Adakah telah kita jaga ia dengan memberi makanan yang sebaiknya..?

Sayangi organ dalaman anda. Pastikan ia sihat sentiasa.

Kak Fauziah juga cakap.. Candi Angkor Wat di Cambodia akan ditutup tidak lama lagi.. (beliau merujuk kepada kawan beliau), jadi beliau mengajak kita untuk turut melawat candi tersebut sebelum ia ditutup kepada para pelancong.. Errrrr Cambodia tu kak… Fuuuuuuuuuuuu jauhnya nak kena pergi melawat… aiseyman.. hehehehehe

Info kesihatan malam ini disediakan dengan penuh motivasi oleh

Permaisuri SIHAT Cik Seri Kak Pah Marmalade

Related Posts with Thumbnails