Sebelum buat apa-apa spekulasi, let me bagitahu awal-awal dekat sini. This guy is my beloved FRIEND. Kadang-kadang jadi ‘beloved scandal lover’ hahahaha. So jangan lah buat conclusion sendiri-sendiri. Kasihan dekat dia. Mana tahu GF dia marah ke apa kan. Ahahahaha.
Soulmate..?
Eh, bukan lah. Home made.
Bukan bukan bukan..
Mate = Classmate, clubmate, roomate ayyokk bukan bukan.
Tadi saya berjumpa dia. Dia lah dia. Yang nama Faiz. Yang terpaling selalu muncul namanya dalam blog saya selain Nadia. Dari Kedah dia datang nak jumpa saya. (Faiz, memang u cakap u datang nak jumpa i kan kan kan..?). Ahaha tahniah untuk Faiz. Sila tuntut hadiah di kaunter hadapan.

Faiz bertemu Lyana
Dihantar oleh abang sampai tiga suku penuh perjalanan dari Shah Alam. Lepas tu, dia malas nak masuk area Midvalley. Then, dia tinggalkan saya kat mana tah suruh saya naik teksi. Owwhh my brother memang mcm tu. Unexpected. Ahahaha. Nasib baik adik dia ni pandai redha dah sekarang. Hihihihi… Kena tinggal betul2 tempat teksi port. Lepas tu saya terblur blur tunggu teksi. Punyalah lama.
Saya dan Faiz. Berjumpa dekat KL Sentral. (Tempat paling common untuk bertemu janji dengan rakan atau kekasih di ibu kota kuala Lumpur ini). Saya sampai dulu.. lepas tu terus pegi surau. Fuh, nasib baik tak ramai orang sangat. Lepas tu, bila Faiz sampai, dia sempat lagi kena layan dengan brother Maxis yang sibuk nak jual broadband kat KL Sentral tu. Ahahaha. saya dah gelak dah dari jauh. (Shhhhhh.. yang ni jgn cakap dekat Faiz.) . Hehheeh

Tengok lah. Ramai betul orang melawat Midvalley.

Roof yang cantik-cantik bila ditengok dari atas. Patot lah meriah. School Holidays rupanya. Lepas tu sepanjang hari asyik main lagu High School Musical je kat MidValley nih.
Midvalley Megamall (tetap di hati). Faiz pakai baju yang saya bagi masa birthday dia that day. WHITE dan GEMUK. Ahaha. Sorry Faiz, memang I nak suruh u jadi gemuk pn.. Gemuk macam… eh eh eh.. bukan macam I..bukan. I tak gemuk.. cuma tak kurus je.. (alamak kantoi di tempat kejadian…) Weeikss nyampah lah Lyana nih. Ahaha

See the colour. WHITE and GEMUK
Dah sampai tempat kejadian, lepas tu blur.. tak tau nak buat apa.. then kami membuat aktiviti jalan-jalan pusing keliling Mid Valley. Fuh giler terror. . Habis ah jelajah satu kedai ke satu kedai. Macam inspektor kesihatan pon ada. Mula-mula saya macam ada cita-cita nak dapatkan satu sandal baru. Tak pon, blouse baru ke kan. Tapi tak terbeli pun sebab dah asyik sangat jalan-jalan smpai lupa dah kedai mana yang patut masuk. Bila nak cari balik dah tak jumpa dah. Ahaha. tapi sempat terjumpa kawan sekolah lah (hye Asyifah..), kawan UUM lah (err.. kawan Faiz, tapi tak tahu siapa nama dia, hye awak, siapa nama..?) dan macam-macam jenis orang pun ada dekat situ.
Acara kemuncak adalah MAKAN. Lutut dah goyang tak hingat dunia dah. Mula-mula nak lepak Nando’s.. tapi tak jadi. Then lepak Kenny Roger Roster. Tapi xdelah lapar mana pon. Beli satu set then kongsi. Tu pun jenuh dah nak perabihnya. Last2 I jugak yang jadi tukang perabih. As usuall lah kan. Faiz bukan makan banyak pon. (sebenarnya dia baru balik dari kenduri. Kalau tak, mesti I kena order 3 set untuk dia. Hahahaha)

Best. Makan kongsi-kongsi sampai habis. Err I yang habiskan.

Menulis kad hari lahir untuk saya. Di hadapan saya. Who cares..!
Faiz membagi kad hari lahir secara super advance pada saya. Padahal belum masuk bulan kelahiran saya lagi, tapi dah dapat kad birthday. Tapi, kad tu saya yang pilih, Faiz yang bayar. Lepas tu Faiz tulis kad tu depan saya lah jugak which is ayat dia saya yang tentukan. Ahahaha. Boleh tak macam tu..? LOL. Yeeeaaayyyyy dah dapat dah satu hadiah hari lahir. Terima kasih Faiz, walaupun I sebenarnya nak suruh you tulis panjang-panjang lagi.. tapi xpe lah. Ahahaha.

Gilerrr lah comel punya card. Siap topping dengan kain baldu warna hitam. Inside warna pink. Fuh.. I teruja dengan kad nih. Faiz, TQ so MuCh.
Lepas tu kami berkeputusan untuk membeli sesuatu cenderamata untuk diri sendiri sebagai tanda perjumpaan kami.. As usuall jugaklah. Kami memang kaki shopping jugak sometimes. Like twins pon ada kadang-kadang. Semua benda nak sama. Tapi Faiz tak kan ada sesuatu yang sama dengan saya kalau ianya berwarna pink. Ahaha HARAP MAAF. Pink hanya untuk saya. Faiz cannot lah.

PICASO T-Shirt. I suka presentation T-Shirt nih. Dalam bekas yang sangat smart tersebut. One for me One for Faiz. Beli untuk diri sendiri tapi design yang sama. Alahai.. dah lama tak buat benda-benda suwitttt nih. Awww…

Macam tu lah sorak dia. AGAIN. White colour. Faiz, I nak yang black tuh. Tapi u nak yang warna putih ni jugak. Takpe aaah.. nanti I beli lah sndiri yang black tuh.
T-shirt. Again, beli t-shirt yang sama. Kami memang dah banyak t-shirt yang sama. Dari masa belajar dulu pon selalu beli barang-barang yang sama. Like twins lah kan. No wonder kalau bnyk jugak rakan-rakan percaya kalau saya cakap dia adik saya. Ahahaha lepas tu rakan pon punyalah percaya then siap cakap ” owh, patutlah muka sama”. Hahaha memang tak buley blah betol ayat tu. Dulu, kami selalu bertekak untuk tentukan warna baju untuk dipakai pegi kelas keesokan harinya. Ahaha. Tapi saya tak kisah. Sebab saya ada hampir semua warna baju. Hik hik hik. Ok Faiz, jangan marah. hikhikhik.
Lepas tu. pulang ke pangkal jalan. Kami berpisah (eceh..) di KL Sentral. Saya pon balik ke rumah dengan perasaan tak sabar nak update blog. Hahaha tapi lupa. Saya dah tutup blog. Ahahaha. So tulis sekerat pastu sambung keesokannya. Then baru publish.
Faiz dear, terima kasih sebab datang sejauh ni untuk jumpa I. Pastu kita pon macam bersalah sebab kita tak invite pon rakan-rakan lain untuk sama berjumpa. Nasib baik xde yang merajuk. Kalau kawan-kawan I, mesti ada dah yang merajuk hantar surat layang lepas tu dia pon terbang dengan suratnya tu merajuk sebab I tak panggil dia jumpa. Ahaha nasib baik kawan-kawan kita COOL macam kita.. hehe. Malam tu, ur sister sms I say thank you for the present. But I macam dah tidur-tidur lupa dunia dah. Punyalah lenguh.. Kaki pun rasanya dah tinggal kat KL Sentral dah sebelah. Entah-entah kaki I ada ikut you balik tak. Cuba you tengok. Hahaha tq again my mate. Nanti ada masa, I visit you pulak dekat Kedah yer. (dalam mimpi..) hehehe. Selamat Berpraktikum ok..!
Done. Itulah dia. Hari minggu yang saya nantikan. Hilang sudah cerita blog yang ditutup. Bertemu dengan my best buddy membuatkan saya seperti hidup semula. Aaik..? Sebelum ni tak hidup ke..? Hahaha. Bukanlah macam tu. Tapi.. Hmmm. tak pe. simpan dalam hati sudahlah. Malas aah nak cerita banyak.



