Archive for July, 2009

Kenapa kena balik kampung hah Lyana?
Tak balik tak boleh ke?
Tak tahu ke kau tu banyak keje namampos ?

Lyana menjawab ;

Arghhhh…  keje sampai mati pon tak kan habis.
Ibu & Ayah nak kena jenguk jugak.
Jiran-jiran kat kampung nak kena jenguk jugak
Nak jadi apa kalau asyik kerja dan kerja
Sampai lupa nak bermasyarakat.
Sampai lupa tanah tumpahnya darahku
Heh, mana boleh. Emak marah nanti.
Lagipun, siapa yang tak rindu ibu-bapa dia memang Senget ah orang tu.
Minah Senget Yeaay.. Minah Senget Yeaaay. Kasihan dekat Minah orang panggil dia senget.
(Siapa tak tahu lagu Minah Senget Yeaaay siap lah dia)

Habis, kenapa kau tulis blog neh?
Kata banyak keje namampos.

Lyana menjawab ;

Kepala aku sikit je lagi nak jadi biol
So aku kena berhenti sekejap.
Take a Bow Break.

Apa yang penting ? KERJASAMA.
Heh, bukan.
Apa yang penting ? BALIK KAMPUNG
Hureeeeey.

Esok jam 7.20PM aku akan fly ke Kota Bharu tercinta
Tanah Tumpahnya darahku (again).
Kalau aku diberhentikan kerja pun kali ni
AKU SANGAT SANGGUP..! dan sangat mengalu-alukan.
Tolonglah berhentikan aku dari bekerja.
HAHAHAHHA statement berani nampak.
Tak takut kena hentam ke?

Lyana menjawab ;

TAK. Sebab macam takde harapan je boleh berhenti kerja. Eh eh eh, sebut pasal berhenti kerja memang sensitif eh pada anda semua. ehek..

Merepek yang ke seterusnya.

Sekarang saya tengah siapkan jadual apakebenda tah.
Pening dah aku tengok font-font bulat comel lagi membuatkan mata saya berpinar. Sikit je lagi nak tumbang menyembah laptop nih. (Sekejap saya, sekejap aku. Kau ni memang lah Lyana)

Lyana menjawab ;

Ahhhh diamlah kau.
Aku tension nih.
Jangan kacau aku kerja..!

Di mana dia pujaan hatiku ?

CEH, awal-awal lagi dah buat ayat sampah. Eh, bukanlah. Tu soalan nama dia. Ada sape-sape tahu pujaan hati saya pergi mana ? Aiik ? Kenapa hebahkan masalah rumahtangga kepada blog. Mana boleh.. nanti orang tahu. Not good. Emak Mertua marah nanti.

Masalah dia,
sejak bilakah saya ada emak mertua. HAHAHA tertipu anda. Ahhh, bosan ah cakap pasal emak mertua pulak apakebendanya tah. Padahal tak kahwin lagi tapi ada hati nk ada kaitan dengan Emak Mertua. Dah lah macam horror je tittle tu.Aiiyakkk.. Lyana please. STOP the sentences..!

Ok, serius sikit. Sebenarnya saya nak cakap. Saya sedang mencari kekosongan jawatan untuk hati saya. Ada siapa-siapa nak isi ? tapi bukan Full timer. Part timer saja. Since I punya partimer tgh sibuk jadi Menteri Besar Kedah. Sibuk giloss sampai tiada masa untuk saya lagi, sms tak balas, call tak angkat. Siap lah you Faiz, I tengah canang kat orang ni. GAGAGAGA (aneh betul bunyi gelak yg semacam ini kan ?) Sampai saya nak merajuk pun tak jadi. CEH perempuan sangat tipikal denga perkataan MERAJUK. Apa lagi, lelaki pun sangat suka mentuduh perempuan adalah suka MERAJUK. Padahal memang pon. GAGAGAGAGA (again, gelak aneh).

Lyana, apa pula yang terjadi pada pujaan hati FULLTIMER ?

Errr… No Komen. I kan artis (sila bluek ramai-ramai) , jadi perkataan No Komen adalah sangat sinonim dalam hidup I, GAGAGAGAGAGA (aneh, sungguh aneh gelak tersebut).  Tapi… kalau dia buat hal lagi kali ni, siap ah dia. I marah nanti. Kang I suruh stand by fulltimer lain… habis ah dia. Lyana please. GAGAGAGAG GELAK ANEH KAT DIA.

Oyyya, since laptop saya yang masih sngt kesian sampai Lyana terpaksa menggunakan PC Ofis yg lagilah kesian ni, maka tiada masa I nak buat kreatif letak font warna warni canggih manggih mcm pelangi (aik, mcm sudah terbalik ayat tersebut. Aih, tidak apalah Cikgu BM saya Pn Norlaila tak akan marah punya, sebab I pasti A dlm Bahasa Melayu. Haa sudaaah, dah masuk bahagian bahasa pulak, padahal tadi tengah cakap pasal Laptop sendiri yang kesian dan PC ofis yang lagi kesian. GAGAGAGAGAGA gelak aneh dekat Lyana.

Yehooooo takde tense langung tulis blog hari ni, sebab tak yah tukar colour font. Yes Yes AGAGAGAGAGA Gelak Kesian dekat Lyana.

Saya dah plan nak tengok Movie THE PROPOSAL dengan Nadia Ramli (I Miss you) . Tapi sebelum puasa nanti. Bulan Puasa kang tak elok masuk panggung wayang tengok cerita English. Isk. Malu ah. Sesape rasa nak join sila call Pizza Hut Delivary, cakap kat dia anda nak ikut Lyana tengok movie. Aik, siapa suruh call Pizza Hut. Not Good Not Good. Dah lah malam tadi saya baru fikir supaya kedai mamak buat Delivary jugak supaya senang boleh makan Nasi Beriani Mamak dari rumah saja. Hello Hello MAMAK Delivary, sila nyatakan nasi beriani apa pilihan anda.. Hoi Lyana. Tolong berhenti merepek sekarang. Tolong. kami nak out dah ni.

Ok. Maafkan Lyana. GAGAGAGGA gelak kesian dekat Lyana.

Oyya, saya ada pesanan ringkas kepada kawan baik saya Wan Azmah (yang, I love you)  yang berada di Melbourne, Australia sekarang ni.
Pesanan berbunyi :

Yang, aku jeles namampos tengok mu main salji. Gilossssss ahhh. Doh la dok tunggu aku. Make sure mu balik dalam keadaan kurus. Tak kurus jangan balik Malaysia ok..! HAHAHAHAHA Souvenior untuk aku mesti kena jauh lagi grand dari kawan-kawan lain. (Motif ?) GAGAGAGAGAGAGA tembak salji dekat dia. aik ?

Dan juga pesanan ringkas untuk Azdalillah Abdul Rahman :

Ilah, yuhoooooooooo. Owwww baca blog Cna yeh. HEHEHE nanti kita gossip panjang dekat YM yeh. Ajak Yang tu.Miss you. Pastu tolong paksa Yang bawak balik hadiah untuk kita berupa baju tebal gebu panjang sampai lutut, pakai je terus tak nak balik Malaysia sebab Malaysia panas. GAGAGAGAGA

Aik, apsal main pesanan ringkas dalam blog. Malu ni kalau cikgu tahu.

Ok. I dah penat lah mencarut mengarut dalam blog. I nak blah dah ni. Anda semua duduk baik-baik ok..!

f_pg16yasmin

Yasmin Ahmad (sumber : google images)

Lebih kurang sejam lepas I baca kat FaceBook mengenai pemergian Arwah Yasmin Ahmad, kami bergegas ke Damansara Specialist utk tinjau-tinjau keadaan. Masa tu dah pukul 1 pagi. Nak masuk kawasan hospital, macam segan pulak. Lagipun press,family, friends, fans ada ramai kat situ. Plus, siapalah kami ni. Kami je yang kenal arwah, dah tentu-tentulah arwah tak kenal kami. Masa kami melintas kat depan gate hospital tu, ada ramai orang. Sempat nampak kelibat Rosyam Nor & Jaclyn Victor. Yang lain-lain I tak perasan pulak.

Sebagai manusia biasa, yang kitaran hidup adakalanya dipengaruhi oleh iklan-iklan televisyen, saya juga turut mengagumi karya Arwah Yasmin Ahmad. Bagi saya ia lain, ia segar, ia simple tapi ia sarat dengan mesej. Ia sampai terus ke hati dan mengingatkan kita tentang sesuatu yang kita sudah lupa kerana terlalu terbiasa dengannya.

Takziah untuk keluarga Arwah. Semoga kelainan yang Arwah Yasmin Ahmad bawakan dalam perjalanan hidup kita sepanjang berfilem dan bertelevisyen ini, menjadi inspirasi buat semua. Ajal dan Maut ketentuan Allah. Sampai masa dan ketika, kita semua juga pasti akan melaluinya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah… AL- FATIHAH

Laptop I tengah sakit sekarang. So I jarang dapat online. Sekarang ni pon dalam keadaan yang sangat pasrah dengan laptop I tu. Huh, Sediiihhh. Oyya, kami ada ahli keluarga baru yg bewarna Putih. Next time I perkenalkan yeh. Jangan serik untuk singgah di queenlyana.com. Love you all.

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Lately ni kan..

I rasa I tak banyak buat aktivitilah. Eh, buat.. tapi macam takde yang seronok. Tengoklah entri-entri I. Semua benda bosan. Sumpah bosan. I pon terbosan-bosan mengadap blog yang bosan. Habis anda semua pon turut bosan. BOSANNN sangat. Tak pun, I dah tak pandai tulis blog. Tak pun I rasa macam nak tutup je blog, Tak pun I rasa lagi bagos kalau bagi kat orang je blog ni. NGEH NGEH NGEH.. gilosss. Apakejadahnya bagi blog kat orang kan. Tak best, tak best.

Tadi, Cik Ja yang cantik manis tinggi lampai tu tetiba buat statement mengenai Handphone. Dia tengah tak sampai hati nak pegi pakai Sony Erricson. Dia rasa Nokia tetap di hati. Sama lah macam kebanyakan kawan-kawan I yang lain. Alaaa biasalah tu. Kebanyakan dari kita memulakan hidup berhandphone dengan Nokia 3310 / 3315 kan. (Eceh, Lyana nih kalau suruh bagi ceramah pasal handphone memang boleh harap betul). Sebab tu lah Nokia tetap di hati.

Lepas tu, I pun mcm bagus je pergiLAH buka website Sony Ericson. Terpening sekejap tengok bersepah-sepah jenis handphone dlm pasaran. Lepas tu I ushar lah hp yg touch screen punya type. Yang macam ni :

se-g900-00

Sony Ericson G900

Tiba-tiba macam excited namampos. Rasa nak pergi beli teros je. MacamLAH ada banyak duit, berangan betol si budak Lyana ni. Selamat opis kat sebelah shopping complex je. Teros je pegi ushar kat kedai hp. Bila I cakap I nak tengok model tu, salegirl tu teros cakap, “ kakak, model ni tak bagus sangat, touch screen dia selalu problem“. Aihhhh Macam tu pulak. Tiba-tiba hati I sedih. (Eceh, sampai sedih dalam hati pulak tu kan), sebab camera dia 5MP. Kira oraitlah kan. Lepas tu dia bagi I tengok lagi satu model lak, yang ini ;

sony-ericsson-w995-pictures-2

Sony Ericson W995

See cangkuk kat belakang tu. Dah macam hape ntah kan. But, handphone ni best giler I rasa sebab camera dia 8++ MEGAPIXELS. I repeat again, 8++MEGAPIXELS. Fuhyooooooooo tetiba jakun tak pasal-pasal kan. HAHA.  Dah la I bukan jenis yang up to date sangat dgn jenis HP. Ntah-Ntah dah ada hp camera dia 20MP pon I tak tahu kan. HAHA owww ada ke ? Kalau ada sila bagitahu saya. MAAFLAH. Saya sangat mementingkan kualiti camera hp. Sebab tak yah terhegeh-hegeh bawak hp lagi, bawak camera lagikan. Tambah lagi dengan sifat semulajadi yang photogenik. Blueeekkkk sila pergi muntah sekarang. HAHAHA. Kalau dapat yang 8MP dah kira bagus sangat dah tu. Baiklah, sekarang ni saya nak umumkan. SONY ERICSON W995 telah masuk dalam list MUST BUY saya. Tapi sebab harga dia sangat MEMISKINKAN POKET, maka saya akan bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Sila bagi Tabung Buluh untuk saya supaya dapat beli handphone itu. HAHAHAHA Aiiiihhh, kalau cam ni mcm mana nak beli kereta, macam mana nak kahwin.. HAHAHAHA

Sangat rumit bila ada sangat banyak kemahuan yang melebihi keperluan dan kemampuan. Sangat rumit juga bila Lyana asyik nak guna perkataan RUMIT je minggu ni. HAHAHA gelak kan dia.

Related Posts with Thumbnails