Dua tiga hari ni, saya berduit di tangan. Ahh bukan selalu berduit di tangan. Jarang sekali. (kisah duit agak private bagi sesetengah orang sebab duit melambangkan status, dan status mendatang satu jenis emosi dalam diri samaada kita suka atau tidak orang tahu yang kita ada duit. Terpulang pada individu). Tapi I bukan nak cerita pasal status ke apa. Itu masalah peribadi, tak perlu nak canang kat orang. I nak cerita tentang sikap I kalau ada duit (walaupun sedikit).
I memang kaki shopping. Walaupun I bukan jenis yang berduit sangat sehingga mampu beli barang-barang berjenama dr top to toe, tapi I memang kuat shopping. Lagi murah barang tu, lagi besar keinginan I untuk beli dengan banyak. Tidak aneh berperangai begitu sebab anda yang membaca ini juga mempunyai sedikit sikap begitu (mungkin). Tapi.. siapakah penghalang kita untuk menjadi kaki shopping ? TIADA. Apakah penghalang kita untuk menjadi kaki shopping ? DUIT. Itu kenyataan.
Tadi, setelah berkira-kira di salah sebuah pasaraya, saya hampir membeli sehelai short pant & tube untuk dipakai di bilik sahaja. Tapi.. TING..! datang satu perkataan dalam kepala : DO I NEED THIS ? sebanyak beberapa kali dan saya meletakkan semula Short Pan & Tube tersebut di tempat asal. Secara psikologinya saya berjaya menyekat kemahuan bershopping itu. Tapi secara nuraninya.. memang frust habis wa cakap lu. ” HAHAHA psiko punya perempuan. Tak dapat nak beli barang menarik tetiba jah nak emo sorang-sorang. HAHAHA (gelak dekat dia sekarang.. I said sekarang..!). HAHAHA
Kenapa tak beli ? Reason ?
Reason untuk menyedapkan hati sendiri. Baju kau dah banyak Lyana. Tak muat almari. Lagipun, kalau setakat nak tidur nak pakai yang satu set macam tu, baik tak yah. Simpan je angan-angan. Tunggu je duit datang melonggok kat depan. Baru boleh simpan perangai macam tu. Sedap tak hati ? sedap tak?
Sedikit sedap. Lepas tu nafsu shopping pergi lagi ke beberapa barang lain. Dan saya berkata begitu juga kepada nafsu. Lepas tu.. nafsu tu blah macam tu je dengan hampa. Saya tak beli apa-apa, sebab semuanya saya dah pernah ada. Sekarang saya yakin dengan cerita Confession of Shopaholic.

Saya kena letak dalam kepala selalu. DO I NEED THIS ? dan kena ulang banyak kali bila nak beli sesuatu. Dan yang penting, beli barang yang belum ada. Sebab kadang-kadang, saya ada kecenderungan untuk beli barang yang saya dah ada. Contohnya, saya sengaja pegi beli headphone baru sedangkan headphone lama masih elok dipakai. Saya tetap akan masuk kedai buku setiap minggu untuk beli buku sedangkan jumlah buku yang belum saya baca dah meningkat ke 30 buah buku. Saya tetap beli selendang, sedangkan saya tahu.. dah setahun saya simpan selendang-selendang lama, tapi saya tak pernah usik pun. Jadi, adakah perlu selendang baru tu untuk masuk ke dalam koleksi selendang simpanan saya. Obviosly, SANGAT TAK PERLU.
Esok yang indah, semoga tabiat shopping barang yang tidak perlu akan hapus terus dalam hidup saya. Sesungguhnya, masih banyak perkara yang perlu didahulukan dengan wang yang kita ada. Sebagai contoh : PTPTN. (hahahhaa, aku tahu kau rasa tension dengan akronim PTPTN tu) hehehe..