Archive for September, 2009

Aku dah jenuh cari lirik lagu nih. Maka aku play & pause sendiri. Maka aku write down sebagaimana yang aku dengar. Credit to adik Ynaa tersayang yang menjadi pencetus untuk aku minat gileww dengan lagu nih. (Korang betulkan mana yang patut k..!)

Song title : Derita Merindu
By : Ahli Fiqir

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

** Kalau ada salah silap mana-mana sama-sama betulkan diruang komen di bawah yeh..!
Apapun.. lagu dan liriknya best..! Tahniah Ahli Fiqir..!

CEH, tajuk mesti nak omputih je.
(Tajuk jela pun yang aku berani wat omputih)
Nak buat satu entri omputih, masak aku. Hahaha.

Nak dijadikan cerita,
3 bulan lepas, saya dan Mat pergi derma darah di Pusat Darah Negara. Rujuk entri Penerima Universal dan Queen Donate Blood kalau perlu. Dan hari ini, kurang lebih tiga bulan selepasnya, kami berkobar-kobar again untuk kembali ke Pusat Darah Negara untuk menjadi penderma. (Pheeewiit).

Alhamdulillah,
Ni kali ke-4 saya menderma. Memberi darah kepada sesiapa jua yang perlukan darah AB +ve saya nanti. Walau cuma 450ml saja, semoga ia membantu. Ada sesetengah orang, dia cuma boleh derma 350ml saja. Bergantung pada kondisi badan penderma.

4 kali menderma darah ?
Macam hebat saja. Padahal orang lain dah puluh-puluh kali derma darah pun, xde kecoh nak letak dekat blog. Macam Chinese Uncle kat sebelah katil saya tadi, dia bising-bising dengan nurse.

Uncle : Aiya, Amoi aa.. Apa pasal ini buku tulis 20 kali saja. Saya ingat saya sudah derma 22 kali wooo.
Nurse : Oh, yeke ? Ada yang tersilap tulis kot.

Huh..!
22 kali ok..! . Kalau tengok kan usia, no wonder lah uncle ni dah pernah derma 22 kali (saya baru 4 kali, shame shame betui) . Tapi, I salute ah dekat this uncle. Dah berusia pun still lagi pergi derma darah. Tapi kan, tiap kali pergi derma darah.. saya tengok, chinese people memang banyak yang menderma darah. Mungkin mereka lebih concious kot dalam benda-benda macam nih. Baguslah macam tu. Membantu tanpa mengira kaum dan bangsa. Lagipun, kita tak kan tahu, darah kita tu nanti siapa yang guna. Doesn’t matter. Yang penting niatkan menderma untuk menyelamatkan nyawa.

Derma Darah boleh gemuk ke?
Bagi saya, ini bergantung pada individu. Tak semua macam tu. Kalau kena dengan gaya dietnya, badan kita still maintain macam biasa. Tak perlulah makan sebanyak mungkin semata-mata nak menggantikan darah yang telah diderma. Lebih baik makan dengan teratur dan ambil makanan yang membantu menambah darah macam hati dan kerang. It’s up to your habit. Kalau main bedal je semua benda (macam saya) memanglah badan cepat naik. Jangan nak salahkan pergi derma darah ke apa. Kena betulkan diet sendiri.

Adakah saya akan menderma lagi ?
InsyaAllah. Selagi dikurniakan tubuh badan yang sihat dan layak untuk menderma,  saya tetap akan menjadi penderma. Sebilangan hospital mengenakan caj yang tinggi untuk jumlah darah yang dibekalkan kepada pesakit. Ibarat kata, mereka jual darah kita dengan harga yang tinggi sedangkan sumbernya mereka dapat percuma daripada kita. Bagi saya, nilai darah yang kita derma jauh lebih tinggi dari caj yang mereka kenakan. Maka, ikhlaskan saja darah yang telah diderma. Bersyukurlah dengan darah yang Allah bagi pada tubuh badan kita yang sesungguhnya telah diamanahkan untuk membantu mereka yang lainnya. Kalau semua orang pun berkira dengan caj tersebut, tiada lagi penderma darah di masa hadapan. Duit tak boleh jadi ganti kepada darah dan nyawa. Tak boleh sama sekali. Maka, elok ikhlaskan saja darah yang diderma. Semoga ia membantu nyawa mereka yang lainnya.

Baru-baru ini seorang rakan disahkan mempunyai jangkitan kuman di dalam darahnya. Tu pun dapat detact melalui darah yang dia derma beberapa bulan dulu. Kalau tak salah saya, Pusat Darah Negara memanggilnya kembali untuk menggantikan dengan darah bersih ke dalam badannya. Rakan tersebut juga telah dihalang daripada menderma lagi. Itulah kelebihannya bila pergi menderma. Secara tak langsung, boleh detact kalau-kalau ada penyakit. Nak harapkan pergi hospital buat medical check-up selalu, memang harapan lah. Selalunya selagi tak sakit terbaring, jangan harap nak pergi hospital buat check-up.

Maka, pergilah menderma darah bagi yang cukup syarat dan selagi mampu. Saya pun nak berehat dah ni. Kepala ada sedikit swing. Biasalanya memang macam tulah kalau lepas derma darah. Tak banyak sikit pun, mesti akan ada sikit-sikit rasa pening. But no worries. It’s common. Yang penting makan dengan betul dan rehat cukup-cukup, insyaAllah. everythings will back to normal..!
Hoyeyyyh..!

Betapa sesuatu perkara itu selalu tidak dijangka
Hebat merancang tapi tiada daya menzahirkan
Yang ada dalam hati, tetap disimpan dalam hati
Sekarang waktu untuk melihat dunia
yang jauh lebih luas di depan sana
Semoga bahagia hadir tepat pada waktunya…!

Ganti nama untuk hari ini adalah : Liana.

Liana masih lagi praktikum masa mula-mula register blog dulu. Setahun yang lepas. Masa tu takde apa yang best dengan blog. In Fact, Liana tak reti pun nak baca blog. Lebih memalukan, tak tahu pun blog tu apa. Tiga tahun kat universiti tak menjadikan Liana sebagai seseorang yang tahu mengenai blog. Blog is what ? Cuma Liana kenal simbol “B” (blog Icon untuk Blogspot) sebagai sejenis website yang tidak boleh dipakai sangat isi dalamnya. Sebab ada macam-macam benda yang ditemui bila bertemu dengan website yang ada simbol “B” macam tu. Dan website yang ada simbol “B” tu tak boleh dijadikan bahan rujukan dalam reference assigment sebagaimana webjournal yang lain. Hahaha kuno giler Liana setahun yang lepas.

Tapi…

Liana hebat bermain Friendster. Aktif yang amat. Daripada tak tahu main coding untuk edit layout, sampailah tahu bermain coding. Walaupun takdelah super duper hebat, tapi tak delah cikai sangat hasil coding Lyana waktu tu. Kira advance sikit daripada beberapa rakan. Pon dah kira hebatlah jugak kan. Hahaha. Tapi setahun ini juga, Liana telah aktif bermain Facebook dan Twitter.

Bila dah jadi blogger.
Macam-macam yang Liana fikir sebelum tulis. Ayat ni sensitif ke tak eh ? . Cerita macam ni boleh publish ke tak eh?, gambar macam ni jadi isu tak nanti? . Nak tulis panjang-panjang ke nak tulis pendek se coet. Haissh. Tu tak masuk lagi perasaan jemu dan bosan dengan blog bila tengok hasil Nuffnang yang tidak memberansangkan. Hahaha.

Selain itu,
Liana juga merupakan seorang silent reader yang sangat berjaya. Ada banyak blogs yang Liana mesti akan buka bila penulis dia update sesuatu yang baru. Tapi, Liana tak pernah nak komen. Cuma baca saja. Macam tak fair lah jugak kan. Kalau dekat blog sendiri pun, kita selalu berharap silent reader akan muncul dan perkenalkan diri mereka. Tapi, hakikatnya, kita juga silent reader dekat blog orang lain.

Harapan Liana,
Setelah setahun menjadi blogger, Liana rasa macam nak ubah corak penulisan Liana. Kalau Liana pun bosan baca blog sendiri, orang lain apatah lagi kan? . Jadi, I’ll try my best untuk bagi hasil yang terbaik untuk queenlyana dot com ini. Teruskan menulis blog untuk anda yang lainnya.

Amacam, termuntah tak baca aku punya ganti nama diri pada kali ini.
Hahahaha Tahniah untuk semua…!

Baiklah.
Entri kita pada hari ini ala kadar saja. Terasa rugi membayar harga domain jika tidak menulis apa-apa. Maka, mari kita menulis yuk..!! . Tajuknya ;

Raja Norliana hari ini.

  • Masih lagi seorang pekerja yang bekerja untuk abangnya. Pheww…  tak sabar nak tamatkan status bekerja. Tak sabar nak memulakan sesuatu yang lain selain daripada bekerja. Oh, December…! (Scary wehhh)
  • Sedang mempunyai 6 ekor kucing yang telah pandai membuat onar setiap hari. Macam nak patah pinggang aku kena mop rumah setiap 3 hari. Big bro…. jom kita pindah rumah cepat-cepat and find a house to our cats too ~ ngeee
  • Alhamdulillah, tidak mempunyai masalah kesihatan (yet). But need to potong my kuku. Macam sudah panjang. Mak kata, kuku yang panjang menjadi tempat perlindungan Syaiton. Ishkk tak mahu lah bagi Syaiton tempat perlindungan.
  • Masih tidak berani drive kereta sorang-sorang, even though beberapa bulan je lagi akan dapat lesen besar. T____T .  Poor me. (Tapi, tetap berangan nak ada kereta sendiri. ahaha)
  • Telah sangat lama tidak hangout dengan kawan-kawan lelaki. Weird kan ?. Dan sekarang mempunyai jumlah kawan perempuan yang sangat ramai (tanpa disedari) berbanding dulu yang mempunyai jumlah kawan perempuan yang sangat sedikit. Ahahaha
  • Mempunyai handphone yang sudah bengong lately. Dan kawan-kawan mentuduh saya sebagai tidak concern padahal saya mempunyai masalah untuk mencari rakan yang kesemuanya disimpan dalam handphone (list) .
  • Sudah lama tidak mengupdate private blog yang sepatutnya memang kena update sebab ia merupakan salah satu agenda masa hadapan saya.
  • Telah diperkenalkan dengan MoviesPlanet oleh my big brother dan membuatkan saya begitu addicted dengan movie online hingga sedikit mengabaikan Facebook dan blog.
  • Sedang berfikir untuk pergi ke UUM bagi meraikan konvokesyen beberapa rakan, tetapi macam tinggal harapan saja sebab saya tak mungkin akan mendapat peluang itu. Tak Mungkin oh Tak Mungkin.
  • Mempunyai ENAM Skrip Dokumentari terakhir untuk dibuat sebelum saya menamatkan kerjaya sebagai seorang penulis skrip tidak lama lagi. Phewiittttttttttttttttt.
  • Ok, enough. Sekarang masa untuk makan.
Related Posts with Thumbnails