Archive for October, 2009

Pernah tak jumpa seseorang yang nama dia sebijik macam nama korang..? Nama korang je tau, tak termasuk nama bapa. Pernah tak..? pernah tak…? Yuhuuuuu Liana pernah. Jumpa kat Facebook. Tapi, jumpa betul-betul depan mata belum lagi lah. Hurrm, mybe someday..!

Nama kami : Raja Norliana

Nak kata nama Liana ni rare, hurmm tak jugak kot. Tapi, yang banyak Liana jumpa selalunya NurLiyana, Noorliana, Norliana tanpa Raja dan lain-lainlah. Kalau nak jumpa yang nama Raja Norliana ejaan dan sebutan sebijik macam tu susah jugak lah kot. Huhuhu, selama hidup 24 tahun ni, sejak kenal Facebook ni lah baru Liana terjumpa orang-orang yang nama dia sama sebijik sebuntal ikan buntal dengan nama Liana. Yewww seronot ok..!

Sebenarnya ada 3 orang dalam friendlist Liana tu. Tapi yang bagi respon seorang je. Yelaah, tak kan nak main senonong je letak gambar orang kat blog kita kan. Kenalah mintak permission dulu. So last2 dapatlah Raja Norliana yang seorang ni.

raja-norliana1

Raja Norliana (Hye awak…)

Manis je orangnya. Dia muda setahun dari Liana. Tak tahulah kalau jumpa dengan orang nama sama ni macam mana. Boleh konfius tak kalau orang panggil kita nanti. Waah tetiba rasa excited yang sungguh tinggi. Raja Norliana dalam gambar, saya teringin nak jumpa awak suatu masa nanti..! hihihi.

Yang lagi dua orang tu, satu dah umur 30++ dan lagi satu muda dua tahun dari Liana. Yang penting mereka ni semua cantik-cantik ok..! (Tetiba rasa down sebab I je Raja Norliana yang tak cantik.. agagagaga)

Banyak orang yang selalu tanya kenapa mesti ada RAJA kat depan nama. As time goes by (eceh, tak habis-habis nak guna ayat as time goes by nih..hahah) , Liana dah lali dengan soalan ni. Selalunya orang mesti akan tanya, “awak ni Royal Blood eh..? ” . Sebenarnya menurut cerita arwah tok dan pakcik makcik Liana sume, kitaorang dapat nama RAJA tu sebab tok nenek kita dulu adalah keturunan Raja-Raja di negeri Kelantan tu. Tapi bukanlah kerabat diraja Kelantan yang ada sekarang nih. Selalunya tiap-tiap tahun especially masa raya, akan ada perjumpaan ‘Kerabat Di Raja Jembal’. Kalau ikut cerita pakcik makcik sume, kami termasuk dalam kerabat yang itulah. Tapi since ayah Liana pun tak pernah pegi perjumpaan tu, Liana pun takdelah tahu dengan lebih lanjut salasilah sebenar keturunan kami nih.

Cuma yang Liana tahu.. ada lah beberapa pantang larang yang kami tak boleh buat dan tak boleh langgar. Bukanlah sebab percaya ke apa. Tapi since tak dibenarkan buat sejak dari kecik lagi, maka kami adik beradik dah jadi biasa dengan benda tu. So kesimpulannya, nama RAJA kat depan tu bukanlah simply-simply letak sebab suka ke apa. Tapi dah keturunan kami semua ada nama RAJA kat depan, nak wat cam mano kan. Haaaih, nak cerita pasal keturunan ni semua sampai esok pun tak habis.

Yang penting kena ingat ye : Apalah yang ada pada nama. Bunga Rose kalau diletak nama apa sekalipun, kalau dah spesis berduri tu tetap berduri jugak. hahaha tak patot betul bagi perumpamaan macam tu. Patotnya cakap macam ni : Bunga Rose tu kalau dah cantik, cantik jugak. No matter what..! hahaha

Teringat dekat kawan yang nama : JUHASLILAILIEY (sangat rare nama beliau, sampai sudah pun takde berjumpa nama sama kot..)

So, Raja Norliana nombor dua adalah

image_00883

Buruk betul gambar nih. Mata bulat macam eye on Malaysia jah. :-(

Ok. DONE entri hari minggu saya.
Sekarang nak tanya, ada siapa-siapa yang dari Shah Alam / Kelang ni yang dapat invitation wedding Kak Sobri, kakak kepada YnaaohYnaa..? Kalau ada, sila bagitahu. Saya nak tumpang pegi sana. Tak pun, ada sesiapa yang ada transport dan boleh jadi BF sehari saya untuk pegi majlis tu…? HAHAHAHA giler desperado ayat aku. Heh I serius ni, tak main-main langsung..! Kalau ada private YM / FB / HP saya yeh..!

Di bawah ini adalah Resepi Nasi Kerabu Emak Liana. Ingat, Emak Liana. Bukan Resepi Nasi Kerabu Liana. Sekarang saya nak share untuk Aizar dan siapa-siapa yang berminat. Tak payah bayar royalti ke apa (tapi kalau berjaya buat pastu nak hantar sepinggan dekat saya, boleh juga..) Silalah ambik dan praktikkan kalau berkenan.

Nasi

  • Beras
  • Daun Pandan (2 helai)
  • Daun Limau Purut (2 helai)
  • Gula Melaka (1 inci)
  • Marjerin (1 sudu kecik)
  • Bunga Nasi Kerabu atau Pewarna Biru

** Masak nasi macam biasa beserta bahan-bahan di atas. Kalau masak nasi puteh, tak payah letak gula melaka emak saya kata.

Sambal Kelapa

  • Kelapa mesin
  • 1 biji bawang yang dihiris
  • tiga batang serai yang dipotong halus
  • ikan goreng satu ekor yang telah dibuang tulang (apa-apa jenis ikan)

** Goreng kelapa bersama bahan-bahan di atas sehingga garing. Kemudian sejukkan dan blander

Selepas Blander

  • Gaulkan bersama dengan 1 sudu lada hitam yang telah dimesin
  • 3 sudu besar gula (secukup rasa) kemudian perapkan.
  • Bila kelapa kelihatan seperti basah masukkan ikan rebus (lebih kurang 5 ekor) yang telah dibuang tulang, gaulkan sehingga mesra. (Garam tak payah letak sebab ikan goreng dan ikan rebus tersebut telah masin)
  • Budu + sedikit perahan asam limau
  • Cili =  Blander lada masak, letak garam, gula, cuka (secukup rasa)
  • Ulam = Potong daun Selum, Tauge atau bunga kantan (hiris halus-halus)
  • Lauk = Ikan goreng tepung / Ayam goreng tepung / Daging Bakar / Ayam Bakar / Telur Asin. Kalau rajin buatlah Solok Lada sekali.

Ok, tu lah resepi yang saya terjemahkan balik seperti mana yang emak saya bagitahu that day. Saya tak reti sangat nak susun bagi clear. Anda baca lah sampai habis resepi tu sebelum mula membuat nasi kerabu versi anda pula. Kalau tak faham apa-apa sila private saya di FB / YM .

Selamat mencuba :-)

It’s just another Sabtu. Tak de beza dengan Sabtu-Sabtu sebelumnya. Eh..? Ada. Sabtu dua minggu lepas I balik Kelantan. Dan itu sangat heaven I rasa. Dan sabtu-sabtu akan datang tak tahu pulak macam mana rupanya. 4 hari termasuk hari Jumaat yang mulia ini, I tak pergi ke mana-mana melainkan berada di bilik Chocolate I nih. Perghhh sangat terbeku otak I sekejap bila memikirkan apa kejadahnya tah yang I buat dalam bilik ni sampai 4 hari tak keluar.

Liana banyak tidur dan kurang makan selama 4 hari ni. Nasib baik tak Mafia War dalam perut Liana nih. Kalau tak, habis robek semua sebab kurang makan. Kurang makan…? Ok, tolong percaya sekejap. Tulis blog…? Di saat entri ni ditulis, Liana dah rasa macam KENAPA SEMUA BENDA PUN I NAK CERITA DEKAT BLOG…??? . hahahah kelihatan begitu tensi di situ. Tapi, takde apalah. Liana dah muak tulis blog. Bila I rasa tulis blog adalah sesuatu yang mencekik idea dekat kepala I ni, maka I akan berehat dan minum Kopi Radix sebentar (walaupun Hajar kata jangan minum..) . Lepas tu turn off laptop, dah golek-golek dengan Chumby di lantai. Tak lama lepas tu I bangun semula sebab I rasa macam ADA BANYAK BENDA YANG LIANA BOLEH CERITA DEKAT BLOG SELAIN CERITA MENGENAI DIRI LIANA YANG BOSAN NI. Maka terhasillah sebuah entri Baju Bundle seperti semalam tu. Hahaha Liana suka betul entri Baju Bundle tu. Kalau k0rang tak suka pun tak apa. Liana suka. Huyeeeh Huyeeeh Huyeeeh Liana suka.

Dah lah. Ada kain baju yang menggunung atas katil. Mari tolong Liana lipat kain. Sorang Liana bagi Seringgit Setengah. Hahahahaha

p/s : Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai mana-mana blog yang ambik tempahan t-shirt mcm2 design tu, roger kat Liana ye. Liana teringin nak tempah t-shirt untuk blog Liana yang hina dina ni. Dan lagi satu, ada sesiapa yang dah terima surat kiriman rasmi dari Liana…?

p/s 2 : korang cari gambar bilik tidur Liana ke..?

img_0729

While doin’ nothing for this whole week, I managed my time to review this Project Alpha – Uncovering Malaysia’s Top Blogger ~ erkkk is it….? Really Top eh…?. Check this out..!

blogpost_img

I really really loved that Jojo Struys. She’s so funny ok..! I keep repeating watching those Project Alpha Vids (You Tube version) just because of her.. Hahahaha sangat Leng Lui oooh..! . I think Nuffnang should maintain Jojo Struys for Project Alpha next season. She’s really cool man.. But she’s a bit sexy, agagagagaga but don’t mind lah… Go Jojo Go..!

Top Bloggers…?

picture5-696

Me..? Dreaming and keep dreaming.. LOL

FOURFEETNINE.COM

She’s a small girl and very-very cute – I think..!

NICHOLEKISS.BLOGSPOT.COM

She’s a travel blogger. Omaigod…! I’m Impress. I just can’t imagine how people travel for blog purposed. So damn interesting..!! I always think of how tourism student (like me) could waisted my time just for blogging..? Now I changed my mind..! This Nichole is so chantekk..!!

REDMUMMY.COM

This Redmummy so committed with her blog. Haiyaak, I always wonder how she managed her time for blogging.

KENNYSIA.COM

I watched so many times of Kenny Sia’s Vids on Project Alpha. It’s interesting and so inspirational. Kenny is so funny and they call him a super blogger. Is it…? Owh, I’m impress.

BEAUTIFULNARA.COM

This abang Nara do gossips in his blog. What gossip…? Check his blog..!

BUDIEY.COM

Budiey.com also do gossips but I guess in a more polite way, huhuhu mybe.

SIXTHSEAL.COM

I don’t know much about him yet. But he has tatoo in his body. Jojo said that his blog name is unusuall. Is it..?

DONE with them all.

I think I don’t want to submit this entry to Project Alpha. I’m doin’ it just for fun and fullfilled my ‘bosan’ week. Arghhhhhhhhhhhhhhh so bosan ok..!

I’m looking for this Adidas Action 3 at Giant Shah Alam.

action-3

Warghhhhhh what the..??? why Blur..? why Blur…?

All in All

From all 7 bloggers, I really-really want to meet that NicholeKiss. She’s so cantekk. And to all Top Bloggers (..???) , thanks for the tips and wish u all best of luck..!!

And Nuffnang : Love you lah..!!

** why so banyak vids in this entry…? Haaaiiihh. and sekian sahaja my ‘tunggang-langgang’ English entry for today. HAHAHAHA

Korang layan baju bundle tak..?
Layan tak..?
Layan tak…?

94543-1226625059-5

Sumber : Google

Saya layan jugak kadang-kadang. Tapi, selalunya yang lebih suka baju / barang bundle ni orang lelaki lah. Setakat ni saya ada hampir 10 kot baju bundle dan KESEMUANYA sangat memuaskan hati dan saya masih pakai sampai sekarang. Kadang-kadang baju bundle ni jauh lagi best dan fit dengan chantekk dekat tubuh saya kalau nak banding dengan baju baru. Baju baru pun ada yang saya pakai sekali je lepas tu terus masuk kotak atau bagi kat orang sebab tak best dipakai.

Yang saya paham tentang barang bundle ni , ia merupakan barang-barang (pakaian, perabot dan lain-lain) yang dah dipakai dan dijual semula dengan harga yang jauh lagi murah. Murah memang murah gilerlah. Dekat highway Changloon-Bukit Kayu Hitam dulu (sekarang tak tahu ada lagi ke tak..) , saya pernah beli baju bundle yang harga dia RM1.00 sehelai. Saya beli 5 helai. Baru RM 5 beb…!! . Baju-baju bundle tu dia longgok banyak-banyak (banyak giler ok..!) pastu nak dapat satu baju yang elok tu memang berjam-jam jugaklah dengan hamanya, dengan gatalnya, Iskkk. Tapi takpe, berbaloi-baloi..!. Masa tu, saya beli baju bundle semata-mata nak camping 5 hari kat Taman Negara, Pahang. Sayang weh nak rosakkan baju yang sedia ada. So beli lah baju bundle RM1.00 , kalau terkoyak ke apa takdelah nangis guling-guling sangat. Tapi, hakikatnya baju tu bukan je tak koyak langsung, malah still elok dan saya pakai sampai sekarang.

Tapi kadang-kadang ada jugak pakaian bundle yang harga dia mahal giler tak hengat. Ada yang cecah harga ratus-ratus. Beli baju baru lagi bagos kot. Tapi, ada jugaklah orang beli. Bukan sebab harga tapi sebab kualiti dan nilai-nilai estetika pada barang tu. Tapi, kalau level minah duit selalu tak cukup macam saya ni, baju bundle RM10 tu dah kira mahal dah. Selagi boleh nak cari yang RM5 ke bawah. Hahaha

Ada sesetengah orang memang tak layan baju bundle. Samada sebab geli, tak tergamak nak pakai or memang tak pandang langsung baju bundle. Lain orang lain penerimaan kan. Macam saya empat beradik. Abang Long dengan adik bongsu saya memang tak pakai baju bundle. Dia kata geli. (hahahahaha). Tapi saya dan big bro, which is abang Zairi memang boleh ngam dengan baju bundle ni. Masa balik Kelantan that day, 3 hari berturut-turut kami empat beradik round dari Pasir Puteh ke Kota Bharu semata-mata sebab teringin nak beli baju bundle. Banyak giler abang Zairi beli. Saya tumpang sekaki lah apalagi. Tapi dia cuma boleh belanja saya je sebab budak dua orang tu tak pakai baju bundle. Hahaha hureyyy hureyyy…!

Tipsnya : Bila beli baju bundle, kalau boleh rendam dengan cecair antiseptik macam Dettol tu semalaman. Yelaah, dah nama pun baju terpakaikan. Bukan je kita tak tahu siapa owner asal dia, tapi selalunya baju bundle ni dilonggok-longgok dengan habuk dengan hamanya sume. So bila dah beli tu, better rendam dengan Dettol ke apa dulu untuk buang kuman. Lepas tu cuci dan pakailah macam biasa.

Rahsia yang anda jangan bagitahu orang hari ni : Baju yang saya pakai yang ada kat side-er blog saya ni, salah satu koleksi baju bundle saya yang berharga RM5. Shhhhhhh rahsia tau. Jangan bagitahu orang. hahahahaha.

p/s : dah penat buat entri berat-berat dalam blog. Bila baca balik, rasa menyampah dengan blog sendiri. haha

Related Posts with Thumbnails