Fuh, tidak online seminggu ++ seperti bukan queenlyana saja. Macam ChumbyDOTcom saja. Sebab Chumby mana tahu nak online. Tahu kencing saja. T_____T
Okey Okey Okey, tak baik mengarut banyak-banyak setelah meninggalkan dunia dihujung jari selama-lamanya (CEH..!), hahahaha tak lah, tak lah. Bukan tu yang penting nak dibagitahu di sini. Yang penting selain kerjasama adalah…
RUMAH BARU ADALAH DI LUAR COVERAGE P1WiMAX..!!
Sengsara weh.. sengsara giler. baru terasa kebenaran kata-kata : Tiada televisyen, radio dan handphone pun tiada apa. Tapi bila tiada internet.. HUWARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH… Macam nak bungkus diri masuk store room je. Disebabkan itu, mari membuat bullet point entry. Tak dak masa nak mengarang surat kiriman tidak rasmi di sini. PLUS ramai giler orang on9 kat Starbucks nih. Internet dah semput-semput macam siput sedut dah.
Update diri sendiri :
- Dah selamat pindah rumah masa malam raya IdulAdha yang mulia. Pagi-pagi raya mop lantai bagai nak rak. Mak, Ayah dan Adik pun sampai pada pagi hari raya tersebut. Maka esoknya baru kami mula beraya. T____T
- Rumah baru yang indah permai ni tiada coverage P1Wimax. Disebabkan kami sudah contract 2 tahun dengan mereka, maka terpaksa pergi berusaha dan bertanya alternatif yang patut supaya kami dapat access internet 24jam macam biasa. Tapi belum sempat pergi bertandang ke P1wimax punya hub lagi. Tak sompat.
- I ada masalah dengan Bajet Mini. So tersangat worried sekarang dengan rencana menyambung pengajian di pertengahan Dicember nanti. Cuak giler dan tiap-tiap malam tak boleh tido. If tak dapat that bajet mini… it would be so so so imposible for me. Gurrrhhhhhhh.
- Tak sempat nak balas semua komen. Apa yang boleh di katakan.. I’m so so happy dapat bertemu bloggers di majlis pernikahan kak Sobby last week (Wow..! Dah seminggu lebih..!!!). I edit gambar-gambar yang ada di blog ini menggunakan Photoscape dan Photoshop saja. Software lain I tak reti guna sangat. (I kan buta IT.. T___T)
- Life book tu : Halaman di dalamnya memang berlipat-lipat lah Aini. You buat dulu dan nanti adjust mana yang patut dan akan nampak rupa sebenar. Coverpagenya di edit secara cikai-cikai menggunakan Adobe Photoshop. I tak pandai sangat guna. Lite-lite tu boleh lah.
- Jiran baru I mempunyai anak teruna yang banyak. HAHAHAHA (ok tu tak penting sangat) . Yang penting, jiran baru I juga membela pelbagai spesis kucing dan telah mula berkenen-kenen dengan Chumby dan rakan-rakan sejak hari pertama bertentang mata. Chewaahhh. Tak lah Chumby meroyan cari girlfriend lagi lepas ni. Petik jari.. berpuluh-puluh kucing datang. HAHAHA
- Dah seminggu tak on handphone Celcom. Actually tak tahu mana I letak sume handphone tu. PLUS, handphone coverage adalah sangat-sangat teruk. Mula lah berfikir, ini Selangor kah atau Sintok kah. Sintok punya network lagi ok kot. HAHA.. Jadi kepada rakan-rakan (Kalau ada lah kan) , jangan berasa kecik hati kalau call I dan tak dapat-dapat. Itu bukan salah I. Rasa macam nak letak public phone je depan rumah. Hohohoho
- GRAND REUNION Uniutama.FM community. Sesiapa yang ada terbaca entry ini, harap maklum ye. Pada 12/12 ini bakal diadakan satu grand Reunion untuk semua komuniti yang pernah terlibat dengan Radio Kampus UUM. Sila berhubung dengan Dj Jijie atau Dj Fahna untuk makluman lanjut. Dj Seri Lyana sila jangan dihubungi. Memang tak dapat lah. HAHAHA
Fuh penat. Termengah-mengah sayo menaip. Kena tinggal kat OU oleh big bro. Terkial-kial cari Starbucks. Petang-petang nanti baru dia datang ambik. Pasni nak gi merayap kat mana tah. Oh December..! Saya celaru saya keliru. Semoga dikurniakan solusi untuk setiap dugaan yang datang. Aminn..
Tadaaa Tadaaa. Tak tahu bila akan online lagi. Muaaaaahhhhxxxx. Kiss you blog..!


























