Archive for December, 2009

2009-2

Streamyx macam hape tah. Lambat macam siput sedut. Haiiihhh. Teruji sayo.

Mari kita..!

Tahun 2009

  • Hampir setahun kerja dengan production house. Belajar sikit-sikit tentang skrip. Belajar tak banyak tentang pengurusan produksi dan belajar secoet Final Cut Pro (editing software). Sempat meeting kat RTM dan pegi shooting di pelbagai negeri. Walaupun banyak yang mensakitkan jiwa tapi at least I’ve learned sumething.

Tahun 2009

  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia pada 29.03.09 ~ Sangat terharu dengan sokongan keluarga, penghargaan dari rakan-rakan serta pihak universiti. Dapat banyak hadiah (tak yah cakap pon tak pa)

Tahun 2009

  • Paling aktif jadi blogger sampai membina queenlyanaDOTcom ini menggunakan duit gaji milik sendiri. Pernah jumpa beberapa bloggers. Sangat fun bila mengetahui mereka adalah best (walaupun selalunya I lah yang paling tua dari kalangan mereka) T____T. Blog sering jadi isu dalam hidup saya di keseluruhan tahun 2009 ini.

Tahun 2009

  • Menyaksikan dengan mata sendiri atau tumpang mata Facebook untuk majlis perkahwinan rakan-rakan. Saya bahagia dengan jodoh mereka yang sampai dulu, tapi sedih lepas tu sebab jodoh saya lambat lagi tak tahu bila. T___T. Agagaga tak pasal-pasal nak sedih.

Tahun 2009

  • Jadi pencinta kucing yang sangat tegar. Mula-mula Chumby then datang lagi yang lain-lain. Now dah ada 12 ekor kucing. Hambek kau, ramai giler hokey. Dah macam zoo kucing dah rumah nih.. ahaha.. Lepas tu mula lah dapat penyakit homesick bila teringat akan kucing-kucing tersebut. Malu sungguh.

Tahun 2009

  • Berat badan naik secara hebat tak terkata lagi. Rasa nak bagi standing ovation untuk diri sendiri sebab bertambah berat badan dengan giat sekali. Sampai terpaksa asingkan baju-baju yang dah tak muat. Giler horror.

Tahun 2009

  • Ada kekasih hati sekejap dan kemudian takde. Tapi macam tak bagi effect sangat. Giler hebat..! Aagagaga. Tapi bila berseteru dengan BFF terkasihi, terus jadi down to earth (ecewahh.. ). Terus down rasa nak cubit je pipi sendiri apsal tah nak down sangat. Padahal BFF je pun. Tapi sekarang dah tak down. Dah totally okey..!! Huyehhh.

Tahun 2009

  • Rakan tegar di Facebook yang sungguh fun. Rasa nak bawak balik rumah jumpakan dengan emak dan ayah saja. Haaaih, apasal best sangat anda nih. Nadia Kay, Hajar, Sarah dan Black Gagak . Begitu juga rakan Twitter yang sungguh kesayangan. Chika, Yonna, Liz, Dieyla (dan yang lain-lain juga). Rindu bila tidak bersosial di Twitter. Ada ramai kenalan di dunia blogger yang saya tak tersebutkan di sini dan pernah sebut sebelum ini. Anda cukup berharga..!

Tahun 2009

  • Membuat keputusan drastik yang macam bagus untuk menjadi PEMBURU SARJANA. Senonong je buat keputusan tanpa fikir sepenuhnya 500 peratus. Semoga tidak stuck mental dan fizikal di mana-mana nanti. Semoga berjaya..!

Tahun 2009

  • Hari terakhir di tahun 2009 ini membuat drama air mata begitu hebat sekali dengan BFF terkasihi sampai terpening beliau dibuatnya. Semoga BFF redha dengan perjalanan hidup kita yang cukup unik ni. At least you have only me yang ‘seperti ini’. Kalau you ada sepuluh lagi macam I ni.. memang pengsan ah you. Ahaha.. Thanks for being here and there Faiz. And Cik Manja also..!! My Officer turn to be My Sister then turn to be My BFF. And Nadia Kay also..! Babe, thanks so much kerana mendengar sesuatu yang tak perlu aku bagitahu.

Tahun DUA RIBU SEPULUH

  • KELAS . ASSIGNMENT . PRESENTATION. Hambik kau..! Tahun 2010 ini InsyaAllah akan menjadi tahun yang menyaksikan jatuh bangun saya di bumi Sintok sana memperjuangkan sesuatu yang turut diperjuangkan oleh rakan-rakan yang lain juga. Semoga dipermudahkan semuanya. Semoga tidak tersasul haluan, semoga tidak tersasar perjalanan dan semoga diberikan teman yang menyenangkan.
  • Jodoh..? Kalau dapat pun best juga..!! Hahahaha gatai seh..

SELAMAT TAHUN BARU 2010 SEMUA ORANG..!

p/s : nama yang tak tersebut di sini, jangan berkecil hati. Anda semua ada di hati..!

Malam ni (InsyaAllah) akan membuat perjalanan pulang ke kampung (eceh..kampung sangat) halaman di Shah Alam. Whoaaat..??? baru masuk kampus beberapa kerat dah balik rumah..? Kau memang ah Lyana. Memang tak buleh diharap. Harapkan pagar… pagar makan Strawberry (tetiba..).

Sebab-sebab kena balik rumah

  • Buat Voiceover untuk rancangan dokumentari
  • Rindu Chumby LOTS..!!!
  • Mahu lihat ENAM ekor kittens terbaru yang telah dilahirkan oleh Snowy
  • Mahu upgrade jumlah baju kurung, kasut and others
  • Mahu ambil favourite dictionary yang sengaja ditinggalkan that day
  • Mahu angkut semua buku-buku bacaan
  • Mahu muhasabah diri semula ‘kenapa Lyana pergi sambung belajar di Sintok sana’
  • Mahu bertemu Nadia Kay (dengan harapan)
  • Mahu bertemu adik Iruwan (dengan harapan)
  • Mahu bertemu bloggers (angan-angan sangat, macam balik sebulan punya angan-angan)

Ok dah. Lebih baik berhenti menipu sekarang juga. Hihihihi.. Tetiba hari ni I feel much-much better. Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan. Mahu tak better. Dapat balik rumah memang better sesangat. Yehoooo

Doakan perjalanan I pulang malam ni ye. Semoga selamat sampai dan selamat kembali ke UUM semula nanti. Aminnn.


 

Homesick

Posted by queenlyana

Deary blog yang macam bagus..

Queenlyana is homesick
Queenlyana is sick
(anggap je dua-dua pun sama)

Simptom tak lalu makan macam dah menunjukkan tanda. Macam ada benda lain lebih penting dari makan padahal makan tu sungguh penting pada saya sebelum ini. Simptom nak jadi anak manja yang nak tidur berkepit dengan mak je pun sudah menunjukkan tanda. Baru nak masuk minggu ke tiga. Aduyaaaiii..

I selalunya adalah manusia paling susah nak homesick sebab I memang dah biasa sangat duduk di luar rumah emak dan ayah (maksudnya bukan duduk tepi tangga rumah ke apa.. tapi duduk di luar kawasan rumah. Macam bukan lah duduk dekat halaman rumah ke.. eh eh eh.. anda faham ke tidak ni..? Ok anda faham, saya saje je. Hihihihi)

Tapi sekarang saya sudah menunjukkan tanda menjadi anak manja (macam nak cubit je kau ni Lyana.. ngengada sangat..!). I’ll turn 25th next year tapi I berasa seperti kanak-kanak nak masuk 5 tahun saja. Seperti I’m not entering Master’s programmed tapi entering kindergarten saja. Haiaaaaah. Letih melayan perangai kanak-kanak Lyana yang muncul di ambang usia 25 tahun ni. HAHAHAHA

Ah sudahlah bagi ayat pening kat atas. Baik terus terang saja. Saya sangat homesick di ketika ini. Sangat berasa ingin duduk di rumah forever mengadap muka Chumby everyday and feed the kittens everyday. SANGAT BERASA HOMESICK DAN MAHU NANGIS TAK PASAL-PASAL. Tapi  I kan senior. Tak kan nak nangis like baby kat dalam bilik. Nak kena luku dengan budak-budak junior dalam bilik ka..? Huh, kakak sungguh tak macho.. nangis like kid only. HAHAHA

Tapi saya tidak boleh menjadi unfair dengan orang disekeliling. When I feel down, I akan cuba hide sebolehnya sebab orang lain belum tentu mahu feel down bersama I. So, rite now.. I mahu duduk diam-diam saja di DPP YAB ini. Istighfar banyak-banyak (itu yang paling terbaik..!!!) dan pick up phone call dengan tone yang paling bagus so that no one will detact my emotion on that time. Agagagaga payah.. payah.. payah.

Hah, baru kau tahu langit tu tinggi rendah Lyana..! (anda cakap kepada saya dalam hati dan saya tiba-tiba terbaca hati anda.. agagaga kantoi)

Ok. Ini proses peralihan. Proses perubahan. Proses Pematangan. Blog ini menjadi saksi bagaimana saya sedang jatuh dan feel very down rite now dan InsyaAllah, blog ini juga akan menjadi saksi bagaimana saya mengatasi semua ini dengan berkat doa dan dorongan dari anda semua yang melintas di sini. Chiayok Lyana..!!!

p/s : Saya harap saya dapat online di rumah pada hujung minggu ini. Aminnn.

sambung crying bawah bantal nanti. Tak kan nak buat drama kat Lab ni pulak. Ahahaha

# anggap je entri ni drama semata-mata. HEHE

Dear blog,

Rupa-rupanya minggu ni tak yah bayar point bas lagi. So boleh naik percuma. Whoaaah kagum sekejap dengan UUM. Hehehe

Hari ni kelas pertama saya. Kelas kul 2 tapi kul 11 lebih dah ada kat area kelas. Biasa ah.. nak mengingat balik lokasi bukan mudah tambah-tambah kalau kelas kat FKBM (Sekarang sudah dikenali sebagai BKBM yer..) , bangunan paling mencabar kat UUM. Silap turun tangga boleh sampai kat tempat lain. Magic betol. Hahaha

Sampai-sampai je terus jumpa rakan-rakan masa degree dulu. Fuuu lega weh lega. Ada Amy dan Ira. So macam ada geng ah sikit. Kalau tak dak geng sure terkontang-kanting I kat situ. Dah lah I ni mudah je nak rasa nervous. Tak pasal-pasal betol. But I still feel very lonely. Sebab tak dak kawan nak di ajak lunch. (Sebab dulu asyik paksa Faiz lunch dengan I je.. ahaha). I dah lah suka lapar. So tadi tak makan pun.. dalam kelas rasa sakit perut. Pastu baru teringat tak makan lagi rupanya dari pagi. Dah lah kelas sampai pukul 5. Tabah sangat. HAHAHA

I memang rasa agak perit dua tiga hari ni. Nak menyesuaikan keadaan dan persekitaran yang definately different dengan masa I buat degree dulu. Dengan kawan-kawan yang nak di adjust balik and many other things. Wuuuhhhhh seksa nya rasa. Tapi tak kan lah I nak giv up macam tu je kan. Of course lah tak boleh kan. Nanti emak dan ayah pasti marah lah kan.

Tapi kan..
I rasa macam tak larat nak  jalan kat UUM banyak-banyak macam dulu. (Blueksss, nampak sangat dah tua. AHAHAHA) . Yelaa I’m getting older la katakan. ahahaha nyampah lah Lyana nih..

Eh oklah. Saya nak mengadu domba soal hati dan perasaan dengan Nadia Kay. Saya chow dulu ya.

Entri saya semenjak dua menjak ni memang berbentuk diari harian catatan peribadi cik lyana si permaisuri. Kalau rasa malas nak baca, sila jangan baca. Muak nanti. Huhuhu I kurang tempat nak mengadu domba. So mengadu domba dengan blog saja. Pastu anda baca, anda pon bosan. Kasihan anda. Maka saya pun cabut lari dari sini.. larikkkk….

Dua hari lepas saya sibuk (buat-buat sibuk) dekat majlis perkahwinan Faiz. Ehem Ehem Ehem… Faiz kahwin ke..? Halaamak.. habis ah saya kalau Faiz kawin dulu dari saya. Sob Sob Sob. Nangis mintak gula-gula jap..

Ahhh tengok tajuk pon dah tahu bukan Faiz yang kahwin tapi sebenarnya abang dia. Actually, semalam tu kiranya majlis di pihak lelaki lah. Lokasinya di Jitra, Kedah.

img_1092

See.. i told you.. Faiz pun naik pelamin. 

img_1131

Pengantin sebenar.

Tapi i lupa apa nama pengantin yang cantik manis berdua ni. Yang pasti inilah abang dan kakak ipar Faiz. Cantik kan kakak ipar dia. Sweet giler ok..!! Kecik je orangnya. Haaa Faiz pon kena cari yang sweet jugak lah nanti.. (I tak sweet… T__T) HAHAHA

img_1143

I pun naik pelamin dengan qeqe. HAHAHA Tapi apsal pinggang I macam senget nak terpeleot je rupanya. Haiiiihhh rosak gambar naik pelamin I.. Susah-susah je pakai baju sedondon dengan qeqe. Ecewahhhh.. Aggagagaga

Ok dah. Tu je. Colour Scheme PC dekat LAB macam hape tah. Semua gambar pon aku nampak kelam je. Terus tak dak feel nak boh gambar bebanyak. Nak tengok gambar-gambar lain, boleh melayari atau berjalan kaki di laman Facebook saya.

Ini ucapan peribadi untuk Faiz (anda jangan baca) HAHAHA kidding weh kidding.. reti sikit.

Faiz,
I tolong sekadar termampu je sebab I pon bukan pandai sangat nak menolong masa kenduri. Kalau ada kurang kat mana-mana I mintak maaf besar-besaran. Tapi I turut berasa seperti I lebih banyak buat sibuk dari sibuk betul-betul. AGAGA It’s really good to know ur big and very nice family. Tapi, next time you jangan wat macam ni lagi. I nervous tahu..!! Nak gugur jantung I sepanjang kat sana. Selamat tak jadi gugur. Kalau tak.. takde dah ur besterestes friend forever nih. Sampai sekarang pon tak habis lagi segannya. Serius neh, i memang segan. I kan pemalu (bluekksss, anda yang tumpang membaca pon turut termuntah membacanya..) hahahaha

Ok dah. Sebelum melalut yang lebih hebat. Baik berhenti saja.

Selamat Pengantin Baru Kakak dan Abang..!

Related Posts with Thumbnails