Archive for February, 2010

Ini dah kali dua ratus tolak seratus sembilan puluh enam punya kali dia rosak. Maksud saya.. charger laptop saya rosak. Okey baiklah… macam kecoh ja, charger laptop rosak. MACAM KECOH. Orang lain laptop rosak jatuh terhempas pulas apa semua pun bising.. Kau pon nak bising jugak Lyana..? Baiklah. Memang kena bising.

Tahukah anda..?

Charger laptop adalah lebih kurang sama harga dengan dua kali foundation muka jenama Sendayu Tinggi. Phew ~ Setakat kehidupan saya ni, dah dua kali beli charger laptop. DUA KALI yang menghancurkan harapan. Musnah dan terus tumpas di situ.

Semalam saya beli charger yang TAK ORIGINAL lah pasti. Oh..! Dia tak panggil tak original, tapi dia panggil UNIVERSAL. Whutever laaa kan. ORIGINAL punya saya tak mampu sangat. Mahal namampos kot. Pastu saya baru guna tak sampai 24 jam dia dah tak nak hidup. DAMN betol. Lepas tu hari ni saya pegi nak tukar ke apatah atau buat lah apa-apa yang patut kan. Sekali sampai je kat kedai tu.. dia terus tak rosak. Terus elok sihat walafiat. Saya mensumpah seranah dekat charger. Malu di tempat kejadian. Hampes punya charger.

Semoga charger ni tak rosak sampai bila-bila lagi. Oh tolong lah…!! Saya banyak kerja ni tahu tak.

Saya nak balik Sintok secepatnya. Saya mahu buat assignment…!!!


Rasulullah bersabda (yang membawa maksud) : Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan (atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya (percakapan) dan tangannya (terbaca dari SINI)

3183f595d004d7b0facfa1430f1191ed
Sumber : Deviant Art

Nak tegur ke tak ?
Kau ni boleh ditegur ke tak?
Kalau tegur nanti jadi apa?
Layak ke aku ni nak tegur kau?

Susah. Ini konflik peribadi. Diri ni tak lah sempurna pun, banyak pulak cacat dan cela sana dan sini. Nak menegur orang apatah lagi. Silap menegur, perang dunia ke-8 pulak yang jadi. Tapi tulaa, orang selalu cakap, nak tegur orang lain kena pakai cara yang betul. Pakai cara apa? Haaa, boleh ke blog tadi untuk pembacaan lanjut.

Saya tertarik dengan perenggan ini : IA MENARIK.. ! (BACA..! jangan skip)
Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya anda selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan kesalahan.

dan bagi saya pula, kalau dia masih boleh menerima kekurangan kita, kenapa tidak kita..? T__T insaf sekarang Lyana..!

Cuma, untuk sesuatu hal yang mungkin mencabar kesabaran kita, tegurlah semampunya dan pakai cara terbaik yang anda ada. InsyaAllah.. semoga kesulitan menegur yang anda ada itu dipermudahkan. Amiiin.

Tapi….
susaaaaaaaaaaaahnya nak tegur orang yang paling dekat dengan kita. Susahkan..? Susahkan..? Walaupun yang paling dekat tulah yang paling patut ditegur. Atau dengan kata lain, orang yang paling kita sayang tu lah yang paling susah nak disayang (sumber ayat : filem CINTA).

Pucuk pangkalnya, dalam hati sila bela sifat SABAR yang paling banyak. Bela lah banyak-banyak, sebab tak rugi sikit pun. Saya pun percaya, what we give, we get back. Kalau kita bagi benda baik, benda baik lah yang kita dapat balik. Sekarang saya berfikir, usia yang makin menginjak lantai TUA, makin hari makin jauh pula dari INSAF. Uhuuuukkkk insaf.

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA. (tetiba..! agagaga)

nota bunga-bunga : Awak, saya pernah tegur awak baaaanyak kali. Awak tahu awak buat benda salah. Awak kata, terima kasih sebab tegur, awak tahu apa yang awak buat. Tapi awak belum berubah lagi. Takpelah, saya duduk sini doakan awak ye..! Saya yakin awak pasti berubah nanti. Semoga masih punya masa untuk kita lihat awak berubah. Dan awak, jangan jemu berusaha..! InsyaAllah, semoga kita dibantu-NYA. Ameeen.

## Saya pun banyaknya buat silap. T___T.

Mode : Muhasabah diri

update :  Saya akan offline untuk 5-6 hari. Harap Maklum.

Di zaman yang canggih manggih ini, laman sosial begitu banyak sekali. Facebook dan Twitter tak yah cakap dah laa kan. Dah jadi trend luar biasa hebat. Dah macam, WAJIB ADA punya barang. WAJIB ok..!! Dah jatuh wajib. Haaa cam mano tu. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde Facebook…!  Macam kalau dulu-dulu masa email mula-mula nak famous. Semua pun pakat buat email. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde email..! Haaa, lebih kurang macam tu lah cerita dia.

Disebabkan ada banyaaaaaaaakk giler laman sosial neh, maka pasti lah kena guna LOG IN id dan juga password. Tak pasti lah pulak kalau bukak social web punya account tak yah pakai password ke apa. Macam tak de je kot. Mungkin ada..? Mungkin… erghhh saya tak pasti. Tapi macam semua benda kena sign up dan letak password kalau kita wujudkan akaun kita sendiri. You Tube boleh je bukak..??? haaaaih, kau ni. Maksud saya, kalau kau nak ada akaun dalam laman social tersebut, pastilah kena sign up dan kena letak password. Betul kan..? kan…? ke..? eh ke tak..?

Password ni maksud dia kata laluan lah kan atau dalam bahasa melayu mudahnya nak lalu kena kata dulu. HAHA ~ sengal. Jadi, macam mana anda set password yang banyak-banyak tu eh..? Ada orang letak no. IC, ada orang letak nama girlfriend/ boyfriend/ nombor matrik/ nama jiran/ nama buah-buahan tempatan/ nama kucing/  no plat kereta/ no azimat yang pelik-pelik dan macam-macam lah. Ada orang suka letak pasword sepanjang-panjang alam. Ada jugak yang letak sependek-pendek perkataan.

Ada orang ingat semua jenis password dia. Kalau kata dia ada 10 akaun Facebook (macam saya…!!), maka dia ingat semua log in ID dan password dia. Ada pulak orang yang walaupun ada tak banyak akaun web sosial, tapi yang tak banyak tu pun dia tak ingat. Bila nak log in, lupa. Lepas tu buat akaun baru, lepas tu lupa lagi.. Memang ah kau ni. agagaga. Tapi tidak dinafikan, memang ada manusia yang sukar nak hafal password apa-apa. Dan ada juga yang senang nak ingat password apa-apa. Tak leh nak kata apa. Ini keunikan manusia..!

Yang datang ke ingatan saya adalah, (selepas membaca entri INI) jika sesuatu berlaku pada kita, let say kalau kita jatuh sakit atau sesuatu yang lebih besar berlaku seperti kemalangan, kematian dan sebagainya, pastilah tiada siapa tahu password kita. Dan akaun kita akan remain saja macam tu. Tiada terbela, tiada terjaga. Macam sedih saja. T___T. Jadi, selepas diusulkan juga oleh adik Arina di FB tadi, saya macam terfikir. Betapa perlu juga untuk kita reveal password kita kepada seseorang yang paling kita percaya just in case kalau-kalau something happend in future kan. We never know lah kan. Nak reveal pada siapa itu hanya kita yang tahu. Sebab kita je kenal orang yang kita percaya.

Benda ni nampak remeh, tapi towards the end, ia semacam penting juga. Contoh paling jelas sekali blog pengarah terkenal tanahair, Arwah Yasmin Ahmad. Sesungguhnya hanya beliau sahaja yang boleh akses ke akaun blog tersebut. Perginya beliau.. maka tinggallah blognya sebagai kenang-kenangan. Benda-benda macam ni, tiada siapa pun yang boleh menjangka. Itu pastilah kan. Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan itu rahsia Allah. Rahsia yang sungguh besar sekali.

Revealing your password untuk social networking (Maybank2U jangan la weh) memang ada pro and cons yang pasti. Tapi terpulang lah pada pendirian anda. Kalau saya, kalau bertemu dengan seseorang yang terpercaya, mungkin saya tidak teragak-agak untuk berkongsi password. Mungkin akaun-akaun yang macam tak penting, boleh ditutup terus dengan bantuan penyimpan password ini kalau kata anda tidak mampu lagi berbuat demikian. T____T macam sedih pulak bercakap benda begini. Tapi ini fact..!!!! Apa yang pasti towards the end benda ni balik kepada soal Trust or Mistrust lah kan. Juga berbalik kepada tiada siapa tahu apa terjadi di masa depan.

Anda mungkin “banyak fikir sangat lah kau ni Lyana ” . HAHA Sebenarnya benda ni dah lama muncul dalam kepala. Cuma belum ada idea untuk garapkan menjadi tulisan di blog. Naaah, sekarang ia sudah diblogkan.

Seorang BFF pernah berkata ” Lyana, macam mana kita nak tahu if anything happened between one of us eh? ” . Gulp…! ternyata macam benar. Terfikir lah jugak saya. Kami kawan yang saaaaaaaaaangt rapat, tapi dia takde contact number family saya dan saya juga takde contact number family dia.  Hmmm nampak remeh kan..? Tapi percaya cakap saya, ia akan jadi benda penting bila tiba masanya. Jadi, pergi bertanya contact number ahli keluarga BFF anda sekarang..! Anda mungkin perlukannya nanti. :D

Apa-apa pun.. ingat..!!!!!.
Semua ni, balik kepada soal trust dan mistrust. Siapa yang anda lebih percaya, maka dia lebih berhak ke atasnya…!

p/s : Saya pernah bagi password blog saya pada BFF, tapi dia hilangkan. Damn betol. Saya tak nak bagi dah kat dia lepas ni. Cari orang lain ah pulak. T____T.

Say somethings peers…!!!

Kucing mati, aku hilang selera makan. Bau dia macam melekat-lekat di kerongkong sampai sekarang. Bukan lah kata tak boleh sentuh makanan langsung, tapi aku macam mengelak untuk makan. Kalau ada kawan ajak makan, aku akan makan walaupun tekak aku geli-geli nak masukkan makanan. Ewww yuckssss. T___T.

Berat dah turun. Aku bukan lagi perempuan 60kg ++ seperti yang aku kecohkan dulu. Yes, aku banggalah. Perempuan mana yang tidak bangga dengan berat yang turun. Dan kejadian tak lalu makan ni, aku anggap macam “hah, hambekk.. nak kurus sangat kan.. hambek kau Lyana.. hambekk… now you get what you wish..”

Tapi, siapa yang tahan hidup dalam kelaparan..? siapa..?. Aku ni manusia pencinta makanan tahu..! Aku suka makan dan aku jaraaaaaang ada masalah makan, masalah tidur juga aku jarang dapat. Makan dengan tidur bukan satu masalah untuk aku. Alhamdulillah, itu anugerah. Aku harap masalah geli-geli dengan makanan ni akan cepatlah pergi dari hidup aku. Tak kan aku nak minum green tea saja. Tak kan lah kan. Tapi green tea sangat best woooo.

img_0559

Masih ingat almari itu..? sudah terbengkalai kini. Bunga dia dah senget benget. Mujur tak boleh dicapai kucing. Kalau tak rosak binasa. Kasihan kau almari.

img_0566

Mak suruh aku makan benda ni. Erghhhhhhhhhhhhhhhhh seksanya.

Tak sabar nak balik rumah emak dan ayah. Tak sabarnya…!!!!. Semoga cepat selesai semua urusan. Oh ya.. isteri kawan saya baru bersalin baby boy. Tahniah untuk kawan saya dan isteri beliau. Tahniah bro…! Nanti wat kenduri ajak saya ye.

Sudah di kampus. Bas yang aku naik malam tadi memang super duper laju. 12.30am baru gerak keluar dari shah alam, jam 4 am dah ada di Tol Sg. Dua, Pulau Pinang. Sangat drift lah aku rasa pokcik tersebut. Sedang jantungku bagai nak tercabut bila memikirkan ini bas pakai roda atau pakai sayap atau pakai karpet terbang zam-zam alakazaaaam. Sebab selalunya bas pastilah terhegeh-hegeh jugak membawa penumpang. But not this bus, rempit habis. Mujur kami semua selamat sampai. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Sempat tidur beberapa jam saja sebelum bangun dengan begitu terpaksa untuk pergi kelas. Oh.. bukan rasa terpaksa pergi kelas, tapi rasa terpaksa untuk bangun. Damn betol perasaan waktu itu. Managerial Economy bukan satu kelas yang perlu di skip tanpa kecemasan luar biasa. No No No way..! Aku tidak mengizinkan diri sendiri untuk skip kelas tersebut atau mana-mana kelas. In fact, belum ada satu kelas pun yang aku skip dengan sengaja atau alasan pokoknya MALAS. Tidak mahu, sebab aku bukan student yang pandai-pandai atau so-called bijaklaksana ~

Khamis pagi nanti, aku akan travel balik ke kampung halaman yang sudah berpurnama-purnama tidak aku jejakkan kaki. Rasa bersalah pada negeri sendiri. Dengan itu, aku ada beberapa hari yang begitu kritikal untuk aku langsaikan tugasan-tugasan yang AKU SKIP daripada membuatnya pada cuti lalu. Damn again aku rasa. Tapi tak mengapa. Itu kehendak aku. Untung rugi aku tanggung sendiri nanti.

Kegiatan Facebook, BLOG, Twitter dan sewaktu dengannya akan aku limitkan selimitnya. Itu gangguan terbesar dalam hidup aku. Sekarang aku fikir, bagus juga tidak punya boyfriend waktu ini, kalau tidak pastilah sudah putus berkali-kali kerna pasti beliau juga aku pinggirkan di waktu genting begini. BFF ? ya, sedikit aku pinggirkan. Aku ada sebab sendiri dan aku harap dia mengerti. Semoga kehidupan beliau tambah lancar tanpa adanya aku di sisi.

Perkara penting sekarang ini, aku hilang selera makan sejak kucing-kucing aku mati tempoh hari. Tidak lalu makan maksud aku. I still can smell the smell. Buat aku hilang selera dan teragak-agak untuk memasukkan makanan ke perutku sendiri. Semoga cepatlah pulih. Aku perlu makan untuk study. Otak aku perlukan zat dan khasiat untuk berfikir akan tugasan yang begitu banyak.

Aku rasa bahasa blog aku sedikit lain sekarang ini. Sebab ini bahasa sebenar aku yang aku tahan-tahan dari dulu, lantaran mengikut kehendak pasaran dan harapan yang tidak-tidak terhadap dunia blogging. Sekarang aku tiada peduli apa lagi. Maafkan aku, kalau kamu dan kamu kamu rasa tidak selesa.

A new chapter of me, the queenlyana.

Related Posts with Thumbnails