3 hari ini sungguh berdebaran. Berdebaran meraikan konvokesyen rakan-rakan kesayangan. Meski tidak diminta berbuat demikian, naluri keperempuanan ini (cehh…!!) begitu mahu meraikan mereka. Malah lebih dari itu, seakan mahu menyerahkan segala masa dan kudrat yang ada agar mereka terasa dirai.

Fariq (Khai) Qeqe dan Faiz Hj Othman
Sehari sebelum, hari kejadian dan sehari selepas majlis saya bersama mereka. Membuat itu dan ini, ke sana dan ke sini. Seminggu sebelumnya juga, ke Penang atas urusan yang sama. Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali ke-23. Dan finally pada 28 Mac 2010, selesai lah sudah segala penantian mereka 3 tahun di universiti. Tahniah dari I, yours truly, Kak Lyana..! hehehe.

Yaww…!!! kesemua kesayangan berjaya menturunkan diri pada konvokesyen kali ni. Cik Manja drive all the way from Tanjung Malim, Abang Malik direct from Jom Heboh di Kelantan terus ke Kedah, Wan (tiada dalam gambar) terus dari KL , abang Chips dari Perlis dan juga juniors yang sedia ada di sini. Semua lengkap berkumpul, sama-sama meraikan. Walaupun letih tapi ianya sungguh-sungguh memorable. Actually, the same things happened to me last year. All together berkumpul. Terharunyaaa.
Faiz dan Qeqe. Aisyah dan Jatt juga..!
Tahniah atas konvokesyen anda semua.
Seronok dapat berkongsi kegembiraan pada hari pengijazahan anda..! Tahniah besar-besaran dari I..!

Family Faiz dan Qeqe

Siblings of them both
Oh ya..! Sementara ibu bapa mereka di dalam dewan, saya punya tugas khusus lagi penting. Menjaga adik-adik Faiz dan Qeqe sambil memberi hiburan termasuk membuat lawak tak kelakar dan menarik mereka ke sana dan sini serta mengajar mereka mengkritik kedai-kedai menjual bunga tak cantik tapi mahal gilass. Yeah… I’m your baby sitter. Sit now..! agagaga. See how nice Kakak Lyana being your baby sitter. Sikit je lagi nak bawak dorang tawaf kampus. Lama giler kot tunggu budak berdua tu keluar dewan. Agaga
Syok dan puas I must say. Walaupun ada ketikanya penat dan tension giler dengan jadual pergerakan kami yang kadang-kadang lintang pukang, tapi yang pasti sekarang semuanya dah selesai. Syukur Alhamdulillah.
Oh ya..! Saya sempat bertemu bloggers ini. Hyuuga dan Lynn.

Lynn dan Hyuuga dan also Keme (my schoolmate).
Tak sangka sempat juga ketemu mereka. Kalau kami ikut plan asal untuk lunch di luar kampus, pastilah tidak berjumpa dengan mereka ini. Yeaaah, bertemu di Cafe DPP Proton. Fuh nasib baik..! Tahniah kepada Hyuuga dan Keme atas konvokesyen anda berdua. Sorry tak sempat sembang lama-lama. Next time kita plan betul-betul yeh…! Happy to see you all.
OMG, entri dah makin panjang neh. Saya harus cepat habiskan semua ni sebelum bercuti social networking beberapa hari. Seterusnya…

The BFF – 28 Mac 2010.
Faiz, tahniah..! Live a better Life ya lepas ni..!
Dengan berkonvonya mereka, bermakna genap setahun konvokesyen saya. Nadia Kay, teringat masa kita dulu.! Setahun dah weiii.. cepatnya masa..

Setahun yang lalu – 29 Mac 2009
Fuh legaa. Gambar-gambar semua saya serahkan saja kepada Faiz dan Qeqe untuk upload. Konvokesyen mereka, merekalah yang upload. Hehehe Tugas saya selesai di sini. Sekarang mahu kembali pada kehidupan pelajar Sarjana yang sedikit tersenget benget sejak akhir-akhir ni. Fokus Lyana…!
p/s : Ada ramai rakan-rakan lain yang saya nak sangat jumpa, tapi tak berkesempatan. Salam ucapan tahniah dari saya untuk anda semua. Congrats…!!