2-3 hari ni payah betul nak dapat mood nak masuk kat satu website ni dan fill in mana yang patot. Haaaih.. Apa pesen penyakit tah aku nih. Dah bukak kejap, pastu sambung tido. Pastu bukak balik.. sambung main game. Last-last tak isi-isi jugak lagi. Bukan apa.. aku rasa website tu macam tak berapa nak mesra dengan aku. Sat keluar benda pelik-pelik pastu nak fill in pon dia tak mau jalan. Eyyy boley jalan daa. Aku malas betul.. GIV UP..!

website

Di sebabkan aku SANGAT memerlukan kau, maka aku bersabar jelah dengan karenah kau nih.

Yelah. Dulu masa degree terbongkok-bongkok isi manual dalam dewan TSO dengan bantuan fasilitator. Mana lah ada ‘atas talian’ sume nih. Now second time nak apply dah kena pakai online kan. Maka bertabah lah aku. Kalau tak.. rencana bulan December tinggal kenangan sajalah. Lepas tu malam ni tetiba keluar yang ini pula

selenggara

Web sedang diselenggara pulak dah

Haaaih, tak sempat aku nak isi lagi ni oooi. Jangan memacam la weh. Cuak aku macam neh. Fuh, bertabah Lyana bertabah..! Jangan mudah GIV UP kerana orang yang suka GIV UP adalah tidak rocks sama sekali. HAHA.. Wuuuuuhhh. Aku memang tengah bertabah lah nih. Kalau lah keluarga aku kaya raya wang emas berkoyan-koyan mungkin aku tak perlukan semua ini. Tapi.. keluarga aku biasa-biasa saja. Syukran..! Syukran..! Setidak-tidaknya aku berpeluang merasa betapa susahnya nak dapatkan peluang pinjaman pendidikan like this. Macam peluang keemasan saja bunyinya.. haha..  Hard things make us think hard too kan (…????) .

One thing for sure. Aku nak mintak sorry banyak-banyak pada big bro sebab aku dah TAKDE feel langsung nak siapkan balance script dalam keadaan kelam kelibut macam nih (In fact,tak kelam kabut macam sekarang pon tetap tak dak feel.. HAHA aku memang..!). But aku tahu.. dengan adanya 3 orang pelajar praktikal di company big bro mungkin membantu LEBIH dari bantuan aku. Bukankah membuat skrip itu begitu senang…? Aku je yang selalu cakap susah.  (Matt kata aku tak reti bersyukur.. hah ye la sangat. Matt semunya pon betol kan..?) HAHA..  Hopefully mereka bertiga dapat membantu big bro since aku dah sibuk dengan preps untuk December (I would like to call it a Memorable Dicember…! Wuuuhh)

Less or more than A MONTH saja.

Stress ah aku. Stress yang ditempah sendiri. What to say la kan. There’s so much things to think…! Wuuuuh. Yang penting selain kerjasama (Shhhh diam ah kejap, asyik nak tiru Wonderpets ja…) adalah SEMANGAT yang jangan turun. Tapi baguslah hidup tercabar macam ni dari lemau macam biskut ja aku sebulan ni. Lembik dan matlamat zero. Now dah ada hala tuju balik, ada tanggungjawab nak kena langsai dan ada tugas BESAR yang bakal dipikul semacam membelai-belai suami, memastikan anak mendapat susu secukupnya, memastikan dining table penuh makanan supaya seisi rumah selalu kenyang. HAHA Just Kidding la weh. Gilo apo. Ingat aku nak pegi kawin ka..?

Haa alang-alang sebut pasal kawin ni kan. Mintak maaf, excuse me la kejap heh. Aku bukan nak kasi warning ke apa. Aku cuma nak bercakap sikit saja. Currently, ada satu common question yang menghujani aku macam hujan batu sudah. Sampai berdarah kepala aku nak menjawab nya : Nak sambung belajar ni, tak nak kawin ke..???

Fuh.
* Lap peluh kejap * .
Ini pendapat peribadi aku la ye. Nak terima tak nak terima, aku tak de hal. Asal kau jangan datang mengendeng kat comment box aku bagi komen api-api sudah. Aku tengah stress jangan nak tambah stress aku. Ini WARNING. (HAHAHA dah macam singa betina punya ayat dah ni). Ehem ehem.. betulkan balik intonasi. Aku tak marah langsung pun pasal ni. Mereka SANGAT berhak untuk bertanya. Cuma bagi aku…

Soal sambung belajar dan soal nikah kawin ni kalau boleh tolong lah jangan nak disatukan. Kalau sambung belajar, tak boleh kawin ke..? Siapa cakap ha..? Siapa cakap..? Huhuhu…. Kotlah ada yang berfikir bahawa sambung belajar merupakan PENYEBAB UTAMA perempuan lambat berkahwin ke apa kan.. uiihhhh mintak jauh la weh. Tipikal sangat ah fikir macam tu. Tak kisah lah statistik korang berjawapan macam tu ke apa.. But please don’t come to me with that judgements.Tak pasal-pasal aku stress. HAHA (salah aku sendiri. Siapa suruh aku stress.. wakakaka)

Niat sambung belajar adalah menambah ilmu. Dan bagi aku ia bukan satu DINDING yang aku letak untuk menidakkan sebarang jodoh yang datang pada waktu itu. Not at all. How it will happend at the same time..? I don’t have the answer. Hanya Allah yang tahu. Cuma yang boleh aku katakan jika sudah tiba masanya untuk bernikah, sambung belajar atau tidak, bagi aku itu bukan ukuran. Ini soal Jodoh beb. Pasti ada jalan penyelesaian untuk setiap keadaan dan kerumitan yang Allah datangkan. InsyaAllah… Bersangka baiklah dengan setiap rencana yang Allah sedang aturkan untuk hidup kita. In fact, berkahwin di dalam tempoh pengajian bukanlah sesuatu yang rare. It’s common. Dan setakat ini, pemikiran aku tidak menolak perkahwinan semasa pengajian. Titik.

Hah, nak cakap aku nak kawin la tuh. Hep..! pok kang dia tu.. manader. Kini, aku tiada calon nak dibuat suami. Kamu ada..? ada..? HAHAHA Heh, suka sangat lah tu bercakap pasal nikah kawin nih. Gatai nih.. (malu i kejap, blushing blushing..!) Ok, dah. Stop sekarang.

***
Nasib hidup dan pilihan lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan dalam maya kesamaran

Yasin : Nur Kasih

Now, offer letter dah dapat dan aku kena settlekan semua maknika benda ni secepatnya. Dan semoga website di atas sana tak buat hal lagi esok. Jangan lelama nak selenggara pon Cik Jah. Tak kuasa Kak Pah nak menunggu.

Ok, sekian terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

15 Responses

  1. Miss D Says:

    Really nice entry bah ni~~
    1st. Congrats! Tahniah! Cause smbg study..Seronoknyer leh smbg blaja lik… :)
    2nd. Byk2 b’sbr dgn karenah web tu yer..InsyaAllah, Dia akan mempermudahkan Cik Seri…
    3rd. Huhu…Spa yg tny Cik Seri mcm tu? Cakap kat I. I nk bg tarbiah sket. Hihi…Ermm…Setuju kt Cik Seri..”Belajar bukan penghalang bagi satu perkahwinan dan Perkahwinan juga bukan penghalang bagi satu pembelajaran.” Kan!! Kan?? :)
    4th. Teruskan perjuangan Cik Seri dlm menggapai kejayaan yg lebih tinggi..Menambah ilmu di dada..Mencapai puncak gemilang…*erk!! mcm AF lak… ;)

    Posted on November 15th, 2009 at 10:22 am

  2. queenlyana Says:

    Miss D : agaga I kalo membebel panjang sikit, mula lah malu nak publish. Huhuhu. Tapi kan kadang2 macam tak paham dgn sikap sesetengah kawan.Kalau tanya bila nak kahwin I don’t mind at all. Tapi bila tanya.. nak sambung belajar ni tak nak kawin ke..? WTH…????? Apa dorang ingat sambung belajar tu sebab dia tak nak kawin ke apa. Heh tolong sikit yeh..! Mentang-mentanglah dorang x bnyk sngt halangan nak kawin kan… Huhuhu kecik hati I.. I sambung belajar sebab nak sambung belajar lah. Bukan sebab tak nak kahwin. Ado ko patut tanya cam tuh.. Huhuhuhu

    Posted on November 15th, 2009 at 11:09 am

  3. Miss D Says:

    hahaha…itulah…pelik btl la sstgh kwn u yg bg soaln mcm tu…hehehe….jgn la kecik2 ati deng oi…meh kta sm2 tuning mind diorg tuh…bg fkr betoi2 sket…hihi…tpi, mmg pelik…hahaha…klo I, I skg kwn I & nk ikt jejak lngkah kwn I (bg yg mampu)…Kawin?? Of course sumer org nak kan..Cuma cepat @ lmbt jer…Allah yg tentukan..Kite yg rncg…Mana tau lps abih sem 1 dpt surat jemputan kawen Cik Seri ngn ???..Errkkk??? Agak2 masin tak jari jemari I ari ni? Muahahaha….

    Posted on November 15th, 2009 at 11:31 am

  4. queenlyana Says:

    Miss D,
    wah mintak-mintak masin lah.. Hahahaha Tu lah. Ada orang jodoh dia senang. Ada orang jodoh dia lambat kan. So redha je laa.. haha

    Posted on November 15th, 2009 at 11:42 am

  5. nur.sa Says:

    dah agak.hehe. tahniah. suke btol kalo kwn2 sambung belajar mcm ni.. bukan ke belajar tu kan sampai ke liang lahad. :)

    Posted on November 15th, 2009 at 2:33 pm

  6. schult Says:

    selamat sambung belajar ;)

    ameen ameen

    Posted on November 15th, 2009 at 6:14 pm

  7. ruff Says:

    beb aku pun dapt yg UUM tuh…
    kiranya aku dapat UPSI, UITM and UUM…
    then aku pilih UPSI
    weh ko mintak ptptn ke?apsal xapply buget mini kementerian pendidikan…
    still open tuk 2009 neh…
    apply weh…xyah ambek ptptn

    Posted on November 15th, 2009 at 10:24 pm

  8. Anis Diyana Says:

    lyana..tahniah lagi sekalik.eh dah banyak2 kalik ni kasi tahniah!kalau i pun ske kehidupan yang kelam kabut bertujuan.dari kelam kebut hidup macam tu gak.buhsan.buhsan.pendapat u tu i sokong sangat.nak sambung belaja bukan penghalang nak kahwin.kalau dah sampai jodoh,kahwin jela.andai esok di takdirkan kahwin,kahwin jela.ye tak?hihi….eh eh..bila mimpi u nak to be continue nih.mana tau leh nampak jodoh i ke.anis pun dah gatai dah….haha.

    Posted on November 15th, 2009 at 11:12 pm

  9. queenlyana Says:

    Nur.Sa,
    thanks..!! Huhuhu I pon tak sangka akan smbung belajar. Cuma perjalanan dia masih jauh lagi. Huhuhu

    Posted on November 16th, 2009 at 1:46 am

  10. queenlyana Says:

    Syud,
    terima kasih..! amin amin..

    Posted on November 16th, 2009 at 1:47 am

  11. queenlyana Says:

    Ruff,
    beb aku memang mintak only UUM sebab tak confident ah nak gi blajar tempat lain. Agagaga..
    Sebab bajet mini lah aku smbung belajar. Cuma masalah dia, bajet mini hanya 10k sahaja sedangkan tuition fees aku 13k++, maka terpaksa ambik PTPTN untuk cover course kolej dan sara hidup. Huhuhuhu in fact, PTPTN juga ada pakej tersendiri untuk penerima bajet mini.

    Posted on November 16th, 2009 at 1:49 am

  12. queenlyana Says:

    Anis, hahaha Sat i kena tido banyak-banyak kali kot-kot termimpi lagi kan, baru leh bagi klu kat you. Hihihihi… thanks sebab ucap tahniah banyak kali. * terharu* . Pasal jodoh tu memang ah.. dah nama pon jodoh kan. Siapa tahu bila datangnya. Kalau tak sambung belajar pun, kalau tak sampai jodoh… tak sampai lah jugak. So tak leh nak kaitkan jodoh dgn sambung belajar at all. Rumusan yang tak match langsung.. uhuhuhu

    Posted on November 16th, 2009 at 1:52 am

  13. ruff Says:

    ooo yeke…upsi yuran 4sem dlm 6k jerk…tp tulah penginapan xde..kena cari sendiri..agagaga…..
    apa pe pun tahniah ek…wah tetiba windu uum plak..ngeee

    Posted on November 16th, 2009 at 6:31 am

  14. queenlyana Says:

    Ruff,
    huhuhu tu lah. I just don’t have any idea about the expensive yuran yang UUM kenakan. Some kind of ‘tak logik’ pon ada. Mahal giler kot. Sampaikan dah dapat bajetmini pon still kena top up sendiri. Bukan top up sikit-sikit, banyak pulak tu. Huhuhu kalau you punya yuran untuk 4 sem just 6k.. i punya yuran ‘upon registration’ SAHAJA dah 6k+++ giler tak..? giler tak…? terkejut badak I tengok surat tawaran that day. It’s make me thinks twice samada nak smbung belajar ke tak.. huhuhuhu Kalau i tak dapat bejet mini & ptptn so nak tak nak, i terpaksa cancel lah kot. Mana mampu. huhuhu

    Posted on November 16th, 2009 at 9:33 am

  15. ruff Says:

    ngeee tahu xpe…sbb tuh ku pilih UPSI..hehehe…

    Posted on November 16th, 2009 at 10:15 am

Leave a Reply