Mode : Lapar giler babeng.
Lagu yang stuck dalam kepala : 1000 penipuan (Farah Asyikin)
*** Yang ku cari kian hilang
Buat ku kebingungan
Yang aku tak mahu… datang
Sekarang ada semangat sikit nak update blog. Blog ni macam dah jadi biskut lemau tak heran nak makan baik letak bawah katil saja umpamanya. Heh, buruk betul bagi perumpamaan. Maafkan saya. Dah datang penyakit M memang beginilah. Tak leh nak kata apa.
Seminggu ni memang celaru sikit sibuk cari-cari rumah yang sesuai untuk berpindah. Hari tu dah jumpa (rujuk entri lepas) , tapi macam sikit tak berkenan dengan kondisi rumah tu. So kami cari lagi dan lagi. Kepala pun macam nak terteleng dah, asyik pandang kiri kanan cari sign sale/rent. Punyalah banyak rumah yang kami cari, hari ni baru bertemu yang berkenan di hati.
Harga berpatutan dan kondisi rumah sangat ok. Cuma jauh sikit dari kedai. Tapi takde masalah kot, masing-masing ada kenderaan kan. I je yang takde…
hihihi. Harap-harap takde masalah kali ini dan dapat berpindah dengan secepatnya.
Sebab utama berpindah adalah kucing. Macam tak masuk akal la kan. Tapi tu lah kenyataan. Kondo yang sekarang ni memang sangat ok dan takde apa yang kurangnya. Cuma masalahnya, kucing dah semakin membiak. Dari Chumby seekor, sekarang dah ada si kecik, Snowy, Wiwi, Boboy, Kiki dan Chiko. Seven of them. So kami perlukan rumah yang ada tanah. Tak larat la weh nak bela kucing dalam rumah takde tanah macam sekarang ni. Serius tak larat. Tambah lagi mereka semua dibela DI DALAM RUMAH. So every single things like najis and lain-lain semua di uruskan dalam rumah. Boleh bayang tak…? Tu yang I kejap-kejap mop lantai, kejap-kejap mop lantai. Ahahaha.
So after bincang berbincang, samada buang semua kucing tu (oh no..!) atau pindah ke rumah yang ada tanah. Maka kami memilih untuk berpindah saja. Tak sanggup weh nak berpisah dengan semua ‘haiwan kesayangan nabi’ tu dan kesayangan kami juga. Tak leh bayang kalau Chumby terpaksa jadi kucing jalanan. Omaigossshhhh mintak jauh. Tak leh nak bayang. Confirm I nangis hari-hari nanti. Hahahaha
Boboy, Kiki dan Wiwi (Dah makin besar)
Big bos kucing : Chumby
Si kecik
Dan dua ekor lagi yang tiada gambar. Snowy dan Chiko. Mereka-mereka lah yang membawa perubahan dalam hidup kami. Tak mengapalah. Harap-harap ada hikmah lah semua ni. InsyaAllah. Yang penting dan penting sekali, kawasan rumah baru tu diluar coverage P1Wimax..!!! Huwaaaaaa bye bye internet untuk sementara waktu. Terpaksa lah tukar kepada Streamyx or whatsoever yang lain. T_______T Ini berita yang tak dapat diterima. Hahaha.. Takpelah.. lagipun i’m moving to somewhere else kan next month. So bertabah ye Lyana..!
Esok akan ada satu entri auto publish. Nothing interesting, cuma malas nak sumbat everythings under one entry. Jadi, better buat asing-asing. So, entri ini berita kucing dan pindah-pindah saja. Esok entri lain pulak. Idea tengah melimpah la katakan. Now berdoa banyak-banyak supaya urusan pindah-pindah ni berjalan dengan baik. Phewww tak sanggup dah fikir kalau-kalau ada lagi benda lain yang jadi. Tawakal saja.
Taaada..!






liz Says:
kecik tu..muka die sama dgn kucing i dlu.name die minachi..haha
Posted on November 21st, 2009 at 10:11 pm
queenlyana Says:
Liz, haiyo…. kucing you apsal nama dia minachi. HAHAHA
Posted on November 21st, 2009 at 10:20 pm
aini noraini Says:
tomeynye tucing tucing itu….huuuuu…..
i pon dijangkiti penyakit M lately ni…
since exam kot i rasa…
now baru macam nak mula balik..
tapi rasa macam gila susah….
otak blank…
tade ayat nak taip…huuuu…
idea tu macam da ada nk cite ape..
tp macam tade ayat nak buat…
huhu
Posted on November 21st, 2009 at 11:00 pm
ruff Says:
wah somel2 kucen ko ek…
opss jadi ke gi uum?
da try mintak pinjaman MARA…
aku br nak gi gegar pejabat mara isnin neh….
huhuhu
Posted on November 21st, 2009 at 11:06 pm
Anis Diyana Says:
selamat berpindah rendah!
Posted on November 21st, 2009 at 11:07 pm
er Says:
kalau wa, wa suruh ja kucin tu cuci sendiri..
Posted on November 22nd, 2009 at 12:08 am
queenlyana Says:
Aini,
i dijangkiti penyakit M sejak dah tak kerja. Hahaha memang ah. Time banyak keje dulu.. punyalah banyak benda nak disumbat kat blog. Now dah banyak masa terbuang-buang… malas pulak nak update. Ahahaha
Susah giler nak cari idea nak tulis blog lately.. huhuhu
Posted on November 22nd, 2009 at 12:13 am
queenlyana Says:
Ruff,
huhuhu nasib baik je dpt kucing comey. Semua kucing yang datang rumah dan ada yang kucing jalanan.. Aku dah appy bajet mini, tapi MARA tak ushar2 lagi.. Kalau cukup dana aku pergi lah. hihihi
Posted on November 22nd, 2009 at 12:15 am
queenlyana Says:
Anis,
selamat berpindah rendah untuk diri saya sendiri. Terima kasih babe..!
Posted on November 22nd, 2009 at 12:15 am
queenlyana Says:
Er,
hahahaha mujurnya kalau dia nak cuci sendiri.. Ahahaha takpelah nak wat camne.. hihihi
Posted on November 22nd, 2009 at 12:15 am
ahfatt Says:
sebab kucing rupanya
baik korang ni
penyayang… ahaks
Posted on November 22nd, 2009 at 2:18 am
fun things to do when bored Says:
tucing!! i love cat!! damn cute
Posted on November 22nd, 2009 at 4:15 am
queenlyana Says:
Fatt,
hihihihi.. memang sebab kucing. Kalau tak, jangan harap nak pindah… huhuhu
Posted on November 22nd, 2009 at 7:26 am
queenlyana Says:
Posted on November 22nd, 2009 at 7:26 am
nad Says:
kucing itu comel sgt..
pnyayang sungguh korang nie yer..
selamat berpindah randah yer cik lyana…
Posted on November 22nd, 2009 at 2:10 pm
queenlyana Says:
Nad,
kucing-kucing I kategori jalanan saja. Tapi nasib baik muka cun. Hahahha
Posted on November 23rd, 2009 at 11:12 am