Auto publish
Masa entri ni terpublish, saya mungkin tengah menghadiri wedding kakak kepada blogger ynaaOHynaa bersama adik Rara dan geng.
Kak Sobby & Ynaa , thanks for invitation nya ya..!
Life Book
Seminggu dua ni saya sibuk betul dengan projek Life Book saya. Dah kata BANYAK MASA terluang dan terbuang kan. Maka di usahakan lah benda-benda pelik dan macam bermanfaat. Hihihi Tiba-tiba teringin nak buat Life Book dan conteng pape yang patut tentang zaman campus life di UUM dulu. Macam fun la kan. Alaah, sesaje nak ambik mood sendiri.
Lebih kurang macam tu lah rupa bentuk ‘Life Book’ saya nih. Tapi belum isi apa pun lagi. Nak kena print gambar-gambar lama dan gunting-gunting dan conteng-conteng apa yang patut. Harap-harap sempat la siap sebelum masuk belajar nanti. Nanti nak buka chapter baru dah kan. So nak la publish kan chapter zaman kampus yang dulu-dulu buat kenang-kenangan.
Sejak ada camera digital ni, semua gambar simpan dalam laptop je. Bukan nak print pun. In fact, giler banyak weh kalau nak print semua. Mau terkoyak beg duit kang. Hahaha. So, saya bercadang nak print lah sesetangah yang best dan masukkan dalam life book nih. Pastu leh conteng-conteng sikit-sikit letak caption ke apa. Nanti dah tua-tua sok (insyaAllah) , leh la tunjuk kat anak cucu kenangan hidup di kampus yang asbestos tu.
Tapi, nak buat semua ni memang kena makan ‘vitamin kerajinan’ tahap super saiya la kot. Kalau tak rajin memang tak jadi. So far setakat ni decoration kat luar dan page belakang dah settle. Cuma nak start menconteng je la.
Actually, buku kat atas tu di perbuat daripada ‘skecth book’ yang paling kecik tu tau. Just potong separuh kulit dia depan dan belakang, pastu isi dia lipat-lipat sampai membentuk macam buku kecil di atas. Ia sangat murah dan simple je nak membuatnya. Pastu hiaslah mengikut kreativiti masing-masing. Hari tu ada gambar pembikinan buku ni, tapi dah lupa simpan kat mana. Huhuhu so paham-paham je la ye.
So sesiapa yang teringin nak buat life book macam saya ni, boleh lah try. Senang je. Tak yah beli buku diary yang mahal-mahal tu. Beli je ‘sketch book’ yang paling kecik. Lipat-lipat isi dalam dan kulit dia potong dua depan dan belakang. Selamat mencuba…!





aini noraini Says:
lyana…
“lipat2 isi dalam dia dan kulit dia potong dua depan dan belakang..” bagaimanakah? kurang faham…tp seriuosly nmpk sgt cool n menarik…
betol laa..u ni…super creative sis i ever met..:)
Posted on November 24th, 2009 at 10:42 am
queenlyana Says:
Aini…
macam ni.. u beli skecth book yang paling kecik tu.. pastu kulit dia potong la separuh. Pastu isi dalam dia.. (kan skecth book kan panjang isi dia..) so lipat lipat lah bagi sama size dengan kulit dia yang dah di potong tadi tu.. hehehe selamat mencuba.. act I ada ambik gmbr dulu masa pembuatan buku tu.. tapi dah lupa kat mana..
Posted on November 24th, 2009 at 11:26 am
aini noraini Says:
maksudnye isi buku ini adalah boleh dibuke..? ek?
xleh nk imagine lg ni…huhu
Posted on November 24th, 2009 at 5:59 pm
nieja Says:
comey gile weiii..
tringin nak buat
tapiiiiiii…
malasssssssss hahahahah
Posted on November 24th, 2009 at 7:17 pm
yot Says:
dulu i rajin gak buat macam scrapbook ni tapi buat diary. skang da malas sebab tadek printer. hehe. sweet kan.
Posted on November 25th, 2009 at 12:07 am
schult Says:
klo nak tanya ada jawapan tak?
nak tau edit pic untuk cover tu guna apa? macam So Lovely! ^____^
Posted on November 27th, 2009 at 11:18 am
queenlyana Says:
aini… yes. Isi buku boleh di dibuka-buka sebab ia dilipat-lipat kan.
Posted on December 6th, 2009 at 10:56 pm
queenlyana Says:
Nieja,
buat jangan tak buat. hihih
Posted on December 6th, 2009 at 10:57 pm
queenlyana Says:
Yot…
tu aah.. memang best wat benda-benda macam nih. Tapi kalau dah terbengkalai sekali.. Memang haram lah nak siap. Huhuhu nak dapatkan mood tu yang susah. hehehe
Posted on December 6th, 2009 at 11:01 pm
queenlyana Says:
Schult,
Sume pictures adalah di edit menggunakan Photoshop dan Photoscape saja. Hihihihi
Posted on December 6th, 2009 at 11:08 pm