Menghitung hari-hari pakai calculator cap ayam saintifik

Resah dalam dada.
apakah yang bakal berlaku nanti. Adakah segala usaha akan membuahkan hasil atau berkubur begitu sahaja. Takdir hidup dan pilihan, lain untuk setiap insan. Ya, benar sekali.

Sekarang sedang berfikir
Sejauh mana berdikarinya perempuan bernama Raja Norliana ini..? Raja Norliana masih terlalu bergantung pada keluarga sejak hari pertama bernafas sehingga hari ini, pada usia menjangkau 25 tahun. Tapi fitrah manusia memang selalu bergantung pada manusia yang lainnya. Lebih dari itu dan yang paling tidak ternafikan, manusia itu sentiasa perlu bergantung pada Penciptanya, Allah yang Maha Esa.

Raja Norliana bukan anak manja. Tetapi, anak yang dimanjakan dengan itu dan ini. Raja Norliana bukan anak orang kaya, tetapi Raja Norliana merupakan anak yang dibesarkan dalam satu keadaan yang seboleh-bolehnya perlu mencukupi. Mencukupi dalam erti kata sendiri. Mencukupi yang tidak perlu mencapai tahap mewah tetapi sekadar tahap memadai dan menggenapi. Sangat mencukupi. Raja Norliana tinggal perlu bersyukur dengan segala nikmat, rezeki dan anugerah yang dikurniakan Allah yang Maha Esa. Betapa kadangkala Raja Norliana terlupa melakukan itu.

Yang ada di depan mata biarpun jelas belum tentu milik kita. Yang jauh dan tak terlihat oleh mata mungkin adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Berusahalah untuk merungkaikan ia.

(I banyak baca novel lately… so bahasa macam novel sedikit. Sedikit jelah. HAHAHA)

*** Tak biasa pergi kelas kalau kena berulang jauh-jauh naik Mara Liner ataupun HBR. Sangat menggerunkan I rasa. Pleaselah bagikan saya kolej kediaman. Nak bagi tempat penginapan pun susah betul. Bukan nak duduk percuma pun. Rasa macam nak buat khemah je kat tepi tasik Guthrie. This Chapter betul-betul buat tidur malam I terganggu lately. Somebody please help me..!

Related Posts with Thumbnails

14 Responses

  1. [Miss Eriqa] Says:

    akak sambung master kat uum ke????

    Posted on December 8th, 2009 at 1:11 pm

  2. queenlyana Says:

    InsyaAllah. Kalau selesai semuanya dan takde aral..

    Posted on December 8th, 2009 at 4:04 pm

  3. yot Says:

    kolej mane yang sengal sangat susah nak bagi orang masuk tu? bukan nye tak bayar pun.isk. cian u.

    Posted on December 8th, 2009 at 4:13 pm

  4. Anis Diyana Says:

    lyana..wish kat ko good luck dalam setiap perjuangan yang ko buat.bukan sng kan….mcm2 nak kena pikir aku rasa bila umur 25 ni..good luck my fren!

    Posted on December 8th, 2009 at 4:19 pm

  5. schult Says:

    belilah kete sorong. lepas tu suruh orang sorongkan. eh eh. Guthrie tu jauh dengan rumah ye?

    oke oke. beli basikal! :D

    Posted on December 8th, 2009 at 9:05 pm

  6. ruff Says:

    bile gerak ke UUM?

    Posted on December 9th, 2009 at 12:09 am

  7. ahfatt Says:

    belilah motor
    kalau mampu beli kereta

    Posted on December 9th, 2009 at 3:52 am

  8. salju Says:

    bile nak master dalam perhubungan..hehe..

    Posted on December 9th, 2009 at 12:14 pm

  9. queenlyana Says:

    Kolej-kolej kat future university tu lah. Tak kan tak dak kompromi langsung nak bagi penginapan kat student postgraduate. Huhuhuhu sedih I..

    Posted on December 10th, 2009 at 3:46 pm

  10. queenlyana Says:

    Anis dear,
    thanks babe… Makin meningkat usia.. makin banyak yang nak kena fikir. Huhuhu thanks so much and good luck to you too.. Have a good day.

    Posted on December 10th, 2009 at 3:47 pm

  11. queenlyana Says:

    Syud :
    Agagaga bagus jugak cadangan tu. Kalau boleh buat rumah sekali atas kereta sorong tu. Leh sorong je rumah tu pegi mana-mana. Wakakaka

    Posted on December 10th, 2009 at 3:48 pm

  12. queenlyana Says:

    I punya registration on Monday 21st. So mybe Ahad kot gerak ke sana. U daftar bila..?

    Posted on December 10th, 2009 at 3:48 pm

  13. queenlyana Says:

    Ah fatt..
    I boleh bawak motor tapi tak dak lesen.
    I ada lesen kereta tapi tak boleh bawak sangat.
    Masalah dia baik kereta mahupun motor.. dua2 pon tak dak. Huhuhuhu

    Posted on December 10th, 2009 at 3:49 pm

  14. queenlyana Says:

    Salju:
    Master dalam perhubungan..? maksudnya..? hihihihi

    Posted on December 10th, 2009 at 3:50 pm

Leave a Reply