21 Disember 2009
Secara rasmi telah menjadi pelajar aktif (again) di Universiti Utara Malaysia. Proses Pendaftaran berjalan lancar.. tapi boleh pulak lupa pejabat CAS kat mana. HAHAHA. Macam lah dah 10 tahun tak datang UUM. Jenuh lah pusing-pusing bangunan tu.. At last baru teringat ofis tu kat mana. hahaha.. Oh ya..! T-shirt I berwarna biru
. (Kenapa bukan warna pink..!!! ) Lepas tu pergi key in subjek. So far dah dapat add semua paper. Harap-harap saya dapat carry dengan baik. InsyaAllah. (sebenarnya rasa gentar dan gerun masih sangat tebal dengan semua ini.. tengah biasakan diri..)
Penginapan..?
I doakan yang terbaik untuk I. Setiap keputusan yang I buat adalah dirujuk kepada keluarga dan rakan-rakan yang boleh diharap terlebih dahulu. Yang penting keluarga. Apa yang mereka rasa baik untuk saya, maka InsyaAllah ia sememangnya yang terbaik untuk saya. Bak kata Cik Manja.. Think of a good things then the goods things will come to you..! Yang penting saya perlu fokus pada keputusan besar yang saya buat dalam hidup saya ini. Ia bukan calang-calang perkara yang saya boleh pandang remeh dari setiap sudut. (Bagi saya hal-hal belajar ni benda besarlah.. Ecehh sekarang baru reti rasa belajar itu sesuatu komitmen yang besar.. maklumlah semakin meningkat usia kan.. Agagagaga)
Kepada rakan-rakan bloggers yang masih sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni.. terima kasih daun keladi untuk anda. Rajin-rajin singgah lah lagi. Saya tak sempat sepenuhnya lagi nak membalas kunjungan dan aktif seperti biasa. Eh, memang lah tak boleh online sokmo-sokmo macam dulu lagi.. Dah ada komiten baru kan. Tapi akan cuba menyeimbangkan kehidupan dan membiasakan diri dengan rutin baru yang sungguh mencabar ini. Mencabar giler..!! Live far away from family (AGAIN..!!) memang sedikit sebanyak menjentik rasa rindu yang banyak. Tapi menjadi wanita menjelang usia 25 tahun juga adalah lebih mencabar sebenarnya.. (eh, nape macam skema giler ayat aku neh…? hay0kk tak tahu.. tak tahu..)
Entri bergambar yang tertangguh
- Reunion Uniutama.FM
- Pembinaan rumah Chumby and friends
Ni online kat CC so tak dak stok gambar nak di upload. Later yeh..!
Bosannya..!
p/s : Saya macam nak reveal entri private saya ‘Memburu Sarjana’ yang dah masuk chapter 9. Tapi tengok lah dulu macam mana.



liz Says:
dear..congrats dpt sambung master..hope u enjoy your life kt sane..n rajin2 apdet blog..i rinduuuuuuuu u! hehehe
Posted on December 22nd, 2009 at 11:22 pm
ahfatt Says:
uum? aha jadilah ko junior aku
hehe
Posted on December 23rd, 2009 at 4:50 am
Fina Says:
kak, sy dah baca dah komen akak dekat blog sy. masih tknk heboh2 kan so i tak publish lagi komen tu, but bls komen dekat sini je la. ehehe. oh under CAS so tak dpt dekat kachi la T__T but btw, i pun cas juge. ehehe
Posted on December 23rd, 2009 at 1:55 pm
iva saionji Says:
selamat pergi kelas…selamat ngadap buku tau..eh salah …selamat mentelaah okeh…gud luck dear…
Posted on December 23rd, 2009 at 5:09 pm
queenlyana Says:
Liz, thanks..! Tapi besar betul dugaan I kat sini ni. Agagaga hampir nak tersungkur pun ada.. Tapi i kena be strong lah.. I pun rindu you jugak..!!
Posted on December 23rd, 2009 at 8:36 pm
queenlyana Says:
Fatt,
Junior eh…? Hihihi ko grad tahun bila..?
Posted on December 23rd, 2009 at 8:36 pm
queenlyana Says:
Fina,
bukan tak dapat kat kachi.. cuma belum apply kachi lagi. Duk berperang sana sini dengan kolej kat dalam ni. Sat suruh pi sana.. sat suruh pi sini.. Kolej yang confirm tak tahu mana satu lagi. Huwaaaaaaaaaaaa. Dah la kedah cuti jumaat, sabtu, ahad ni.. hadoeeiiiii
Posted on December 23rd, 2009 at 8:38 pm
queenlyana Says:
Iva,
yeah thanks…! harap-harap selamatlah semuanya.. Banyak lagi yang tak settle nih.. aduyaiii
Posted on December 23rd, 2009 at 8:39 pm
iva saionji Says:
amiinn…iva doakan dipermudahkan segala urusan…
Posted on December 24th, 2009 at 1:05 pm