Semalam buat Empat VO.. phewww
VO tu apa kakak…?
VO tu voiceover ye adik-adik.
“ Voice-over is a production technique where a non-diegetic voice is broadcast live or pre-record in radio, television, film, theatre and/or presentation. The voice-over may be spoken by someone who also appears on-screen in other segment or it may be performed by a specialist voice actor “ .Sumber : Wikipedia
Bahasa mudahnya, record suara I untuk jadi suara latar. Phewww 7 episod ok..! Mencabar sungguh. Tapi bagi orang yang dah terrer dan hebat tu.. kejap je la kot. PLUS, semalam I kena buat VO dan handle machine at the same time. So macam kelam kelibut lah jugak. Ditambah lagi, I tak berapa bagus dalam menguruskan Mac. Hahaha wat lawak je.. Software = Soundtrack Pro dan Final Cut Pro. So terpaksalah belajar guna software tu walaupun merangkak-rangkak dan jatuh tertiarap.
Malam ni dah kena pulang ke Sintok sana. This time I balik dengan train pulak. Cukuplah dengan kejadian bas I (eceeh, macam i punya bas je bunyiknya..) terbakar masa on the way balik Shah Alam 2 hari lepas. Horror weh. Tengah syok tido, tiba-tiba pokcik driver suruh semua orang turun. Pastu asap berkepul-kepul ke angkasa. Enjin bas terbakar..!. Cuak namapos hokey masa tu..! . Pastu terpaksalah tahan je mana-mana bas yang nak ke KL. Mujur ada. Kalau tak.. sampai ke pagi lah I kat tepi highway tu.
Semoga perjalanan malam ni berjalan lancar dan takde apa-apa aral melintang. Dah lah kelas I pukul 12 tengahari esok. Harap-harap sempat sampai kampus sebelum kelas. Wuuuuuuuhhhh.
Sekarang mahu pack barang. Bawak mana yang patut ja. Tak kuasa nak bawak banyak barang naik tren. Leceh giler kot..! Tu pun mujur big bro booking 2nd class. So dapatlah tidur dengan elok.. (dengan harapan). Esok kena cari jalan nak pergi station bas from station keretapi di Alor Star sana. So far, tak pernah lagi naik train from KL-Alor Star. So tak tahu macam mana rupa perjalanan saya esok pagi. Susah macam mana pun.. i’ll try to survive on my own. InsyaAllah.
Ok tension.
Balik rumah 3 hari tak keluar pegi mana-mana. WTH..!!! Macam bukan aku ja. Tapi takpa. Lyana sila belajar redha dan sila belajar berhenti merungut. Belajar sekarang..!
eh apsal aku stress giler wat entri nih. Apsal neh.. apsal neh.. Dah lah. Berhenti sekarang..!



Anis Diyana Says:
semoga slamat sampai my dior!..take care..
Posted on January 3rd, 2010 at 7:12 am
schult Says:
sabar2. tak perlu stress. best wat dubbing? VO tu sama dengan dubbing lah kan?
macam cite upin ipin? =D
Posted on January 3rd, 2010 at 9:44 pm
queenlyana Says:
Thanks my Louis Vitton.. hehehe
Posted on January 4th, 2010 at 11:20 am
queenlyana Says:
Dubbing..? errrkkk ntah. Sama la kot.. hehehe tapi mcm tak sama kot.. hehehe
Posted on January 4th, 2010 at 11:21 am