Hari ini hari Sunday. Anda masih bercuti…? T__T kasihan anda.
Saya dah bercuti Jumaat dan Sabtu (semalam dan kelmarin).

Jadinya, saya harus kembali menjadi pelajar setengah masak hari ini. Jam 12 tengahari nanti ada kelas Managerial Economic yang seperti membunuh urat saraf dan seluruh organ dalam saya. Fuuuu ngeri tahu..?. Lecturer saya adalah sangat manis dan cute betul lah senang cakap and I like..!.. Tapi bila masuk bahagian kira dan kira, saya rasa macam nak nangis guling-guling ja kat situ. Kenapa tah saya ni daripada baby lagi kot memang anti betol dengan nombor dan calculation. Gggrrrhhh, saya hairan betol dengan orang yang suka calculation. Kenapa tah suka calculation dan kenapa tah saya tak suka calculation. Nombor adalah sesuatu yang menjengkelkan bagi saya. Dah lah hilang satu 0 = Zero maka hilang satu nilai. Ok tak paham tak pa. :D

Tapi orang kata, kalau kita asyik cakap kita tak suka calculation, maka calculation tu akan jadi lebih worse untuk kita. Jadi mulai hari ini hari Ahad yang sejuk betol laa weh pagi ni, Lyana dengan hati suci murni mahu isytiharkan azam yang keberapa belas ratus tah untuk tahun ni :

SAYA AKAN BELAJAR CINTAKAN CALCULATION

Giler bangga boleh cakap macam tu. Macam bukan diri sendiri ja. Huhaahuhaaa. Anda semua sila percaya…!. Saya tak mahu gagal paper tersebut apalagi mengulangnya. TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK MAHU….!!!! Saya datang ke sini bukan untuk mengulang. Saya mesti lulus..! Saya mesti lulus..!!! oh takoootnya. Doakan saya yeh..!

Dua hari percutian tersebut saya tidur dengan banyak sekali. Boleh dikatakan tidur seperti tiada lagi hari esok. Siang saya tidur, malam pun saya tidur. Saya kata nak bangun pukul 4 pagi, tapi last-last saya bangun pukul 6.30 pagi. Oh sedih betul kehidupan ni bila kita gagal bangun pada waktu alarm handphone murahan tapi comel saya ni berbunyi dan saya tak sedar. Bukan kah ia kelihatan begitu sedih…?

Saya makan 3 keping roti je sehari semalam. Perut saya macam suruh saya makan roti ja dan jangan makan nasi langsung dan kenapa tah saya pon pergi ikut ja kata perut saya. Malam tadi saya terpaksa tidur awal sebab kalau saya tidur lambat nanti saya akan lapar dan saya akan makan dengan banyaknya pada malam hari which is very very bad la kan. Kalau mak tahu pastilah akan mendapat ceramah minggu ini live di telinga. Jadi, jangan siapa-siapa bagitahu mak saya. Grrghhhh tapi mak juga berpesan : Na, jangan gemuk sangat, nanti tak cantik. Hahaha (masalah dia mak, kalau kurus pun tetap jugak tak cantik.. ihihihhi)

Baiklah, sekian entri pendek sikit dari semalam daripada saya. Saya nak sambung membuat kerjaan yang tak tahu bila akan habis ni.

Oh..! semalam saya call kakak tercantik saya. Dia kata mereka (big bro & my Kak Lyn) pergi Cherating dan bawak Chumby sekali. What the..???????????? Chumby pergi Cherating..? over betol kucing I yang sekor tu. Asyik mengikut ja ke mana tuan dia pergi. Tapi selalunya kalau kami pergi holiday bawak Chumby, pasti akan terasa tak nak holiday sangat sebab asyik nak kena entertain Chumby ja. Asyik nak kena tengok dia ja. Like baby only.. huh…! over tau Chumby neh. Anyway.. saya sangat rindu sama itu Chumby..

Kata-kata terhikmat QueenLyana hari ini

Tiap-tiap hari anda kena fikir positif walaupun anda adalah manusia yang negatif. Jangan paksa orang terima ja perangai anda sebab mereka pun ada perangai mereka sendiri yang anda mungkin tak nak terima. Jadi, be flexible…!

Selamat berhujung minggu untuk anda…!
Selamat pergi kelas untuk saya..!

Related Posts with Thumbnails

3 Responses

  1. kai Says:

    ala x semestinya gemuk x cantik meh…
    ade gak pempuan gemuk cantik pe…
    ape guna kalo cantik tapi peribadi x cantik?
    kecantikkan dalaman lagi penting dari luaran..
    kui kui kui~

    Posted on February 1st, 2010 at 3:15 pm

  2. queenlyana Says:

    Kai,
    oooo macam tu heh..
    tapi i tetap rasa kurus lagi cantik..
    hahahaha (tamak betul I nih…)
    so i berazam nak jadi kurus gak…. nak gak.. nak gak…

    Posted on February 1st, 2010 at 5:28 pm

  3. kai Says:

    hehehehe…
    kalo u da ckp mcm tu i xleh nk kate ape la…
    chaiyok2!

    Posted on February 2nd, 2010 at 12:24 am

Leave a Reply