Erk… Sekarang tengah belajar jangan makan banyak sangat bila lapar dan belajar makan yang lite2 je pon dah boley hidup. Boleh ka macam tuh..?

Sekarang ni, bila siang dan malam telah saya terbalikkan, siangnya saya tidur, malamnya saya berkeliaran (anggap saja aku dah geng dengan kelawar sekarang ni) , maka hidup saya tidak lagi senormal biasa. Sungguh songsang..!

Teingat pesanan ustaz Titas ketika semester satu ketika masih di bangku undergraduate dulu.. ” Jangan menentang fitrah alam” . Maksudnya, waktu kerja harus kena kerja, waktu makan harus kena makan, waktu tidur HARUS kena tidur dan waktu berplaying around harus playing around. Maksudnya lagi, bila dah sampainya waktu malam, haruslah kena tidur. Jangan dipaksa mata untuk berjoget bersama hati dan kaki. Jangan sekali. Sebab nanti putaran kehidupan anda jadi songsang dan anda menjadi lemah dan tidak cerdas..!!

” Ya Allah… kurniakan aku kefahaman, ilmu pengetahuan dan kecerdasan akal fikiran “

Antara doa yang masih ringan di mulut dari dulu hingga kini. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan.

Anyway..
Back to the track.
Saya berazam akan mensiapkan  semua kerja saya pada siang hari, dan tidur dengan betul pada malam hari. No more stay overnight or perang tung tang tung tang di FB hingga awal pagi (walaupun ia sangat best sebenarnya..! haha) . Tak semua benda best adalah bagus sebenarnya.. Hah..!

Bila mana wujud konflik di kalangan rakan-rakan, saya jadi berfikir : Rakan itu sesungguhnya tidak tahu bahawa dia sedang menyakitiku. Makanya aku harus berusaha mengubat hati aku sendiri kerna hanya aku yang tahu ubatnya apa. Jika aku balikkan semula kesakitan itu, apa bezanya aku dan dia..?. (weh, ni ayat aku sendiri ye.. bunyinya je macam lain macam sikit. but still.. it’s my own thought) . Tidak semua masalah itu harus diluah lontarkan, adakalanya pendamkan saja.. insyaAllah.. ia akan hapus menjadi ubat paling mujarab untuk diri kita. Tak percaya..? cubalah.

Susahnya nak jadi fair dengan semua orang. Tapi apa ada kesah..? Itu namanya proses kehidupan..! Positif saja.. pasti aku bisa..!!

Related Posts with Thumbnails

5 Responses

  1. kai Says:

    nk i bagi ubat ke…
    i ade banyak stok ubat nie…
    pilih je mane u nak..

    Posted on February 3rd, 2010 at 12:51 am

  2. queenlyana Says:

    kai..
    ubat apa u ada…?
    ubat gigi…?
    hehe

    Posted on February 3rd, 2010 at 9:53 am

  3. fatenton Says:

    lyana.. buat bodoh je.. nt lama2 rasa sakit tu hilang sendiri.. :)

    Posted on February 3rd, 2010 at 11:07 am

  4. queenlyana Says:

    Fatenton,
    hehehe tulaaa baik wat bodoh jaaa.

    Posted on February 4th, 2010 at 7:40 am

  5. kai Says:

    memacam ubat gigi i ade..
    dan bermacam2 kaler tok u…
    ha ha ha~

    Posted on February 10th, 2010 at 10:22 pm

Leave a Reply