Di zaman yang canggih manggih ini, laman sosial begitu banyak sekali. Facebook dan Twitter tak yah cakap dah laa kan. Dah jadi trend luar biasa hebat. Dah macam, WAJIB ADA punya barang. WAJIB ok..!! Dah jatuh wajib. Haaa cam mano tu. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde Facebook…!  Macam kalau dulu-dulu masa email mula-mula nak famous. Semua pun pakat buat email. Kira macam : eyhhh ketinggalannya takde email..! Haaa, lebih kurang macam tu lah cerita dia.

Disebabkan ada banyaaaaaaaakk giler laman sosial neh, maka pasti lah kena guna LOG IN id dan juga password. Tak pasti lah pulak kalau bukak social web punya account tak yah pakai password ke apa. Macam tak de je kot. Mungkin ada..? Mungkin… erghhh saya tak pasti. Tapi macam semua benda kena sign up dan letak password kalau kita wujudkan akaun kita sendiri. You Tube boleh je bukak..??? haaaaih, kau ni. Maksud saya, kalau kau nak ada akaun dalam laman social tersebut, pastilah kena sign up dan kena letak password. Betul kan..? kan…? ke..? eh ke tak..?

Password ni maksud dia kata laluan lah kan atau dalam bahasa melayu mudahnya nak lalu kena kata dulu. HAHA ~ sengal. Jadi, macam mana anda set password yang banyak-banyak tu eh..? Ada orang letak no. IC, ada orang letak nama girlfriend/ boyfriend/ nombor matrik/ nama jiran/ nama buah-buahan tempatan/ nama kucing/  no plat kereta/ no azimat yang pelik-pelik dan macam-macam lah. Ada orang suka letak pasword sepanjang-panjang alam. Ada jugak yang letak sependek-pendek perkataan.

Ada orang ingat semua jenis password dia. Kalau kata dia ada 10 akaun Facebook (macam saya…!!), maka dia ingat semua log in ID dan password dia. Ada pulak orang yang walaupun ada tak banyak akaun web sosial, tapi yang tak banyak tu pun dia tak ingat. Bila nak log in, lupa. Lepas tu buat akaun baru, lepas tu lupa lagi.. Memang ah kau ni. agagaga. Tapi tidak dinafikan, memang ada manusia yang sukar nak hafal password apa-apa. Dan ada juga yang senang nak ingat password apa-apa. Tak leh nak kata apa. Ini keunikan manusia..!

Yang datang ke ingatan saya adalah, (selepas membaca entri INI) jika sesuatu berlaku pada kita, let say kalau kita jatuh sakit atau sesuatu yang lebih besar berlaku seperti kemalangan, kematian dan sebagainya, pastilah tiada siapa tahu password kita. Dan akaun kita akan remain saja macam tu. Tiada terbela, tiada terjaga. Macam sedih saja. T___T. Jadi, selepas diusulkan juga oleh adik Arina di FB tadi, saya macam terfikir. Betapa perlu juga untuk kita reveal password kita kepada seseorang yang paling kita percaya just in case kalau-kalau something happend in future kan. We never know lah kan. Nak reveal pada siapa itu hanya kita yang tahu. Sebab kita je kenal orang yang kita percaya.

Benda ni nampak remeh, tapi towards the end, ia semacam penting juga. Contoh paling jelas sekali blog pengarah terkenal tanahair, Arwah Yasmin Ahmad. Sesungguhnya hanya beliau sahaja yang boleh akses ke akaun blog tersebut. Perginya beliau.. maka tinggallah blognya sebagai kenang-kenangan. Benda-benda macam ni, tiada siapa pun yang boleh menjangka. Itu pastilah kan. Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan itu rahsia Allah. Rahsia yang sungguh besar sekali.

Revealing your password untuk social networking (Maybank2U jangan la weh) memang ada pro and cons yang pasti. Tapi terpulang lah pada pendirian anda. Kalau saya, kalau bertemu dengan seseorang yang terpercaya, mungkin saya tidak teragak-agak untuk berkongsi password. Mungkin akaun-akaun yang macam tak penting, boleh ditutup terus dengan bantuan penyimpan password ini kalau kata anda tidak mampu lagi berbuat demikian. T____T macam sedih pulak bercakap benda begini. Tapi ini fact..!!!! Apa yang pasti towards the end benda ni balik kepada soal Trust or Mistrust lah kan. Juga berbalik kepada tiada siapa tahu apa terjadi di masa depan.

Anda mungkin “banyak fikir sangat lah kau ni Lyana ” . HAHA Sebenarnya benda ni dah lama muncul dalam kepala. Cuma belum ada idea untuk garapkan menjadi tulisan di blog. Naaah, sekarang ia sudah diblogkan.

Seorang BFF pernah berkata ” Lyana, macam mana kita nak tahu if anything happened between one of us eh? ” . Gulp…! ternyata macam benar. Terfikir lah jugak saya. Kami kawan yang saaaaaaaaaangt rapat, tapi dia takde contact number family saya dan saya juga takde contact number family dia.  Hmmm nampak remeh kan..? Tapi percaya cakap saya, ia akan jadi benda penting bila tiba masanya. Jadi, pergi bertanya contact number ahli keluarga BFF anda sekarang..! Anda mungkin perlukannya nanti. :D

Apa-apa pun.. ingat..!!!!!.
Semua ni, balik kepada soal trust dan mistrust. Siapa yang anda lebih percaya, maka dia lebih berhak ke atasnya…!

p/s : Saya pernah bagi password blog saya pada BFF, tapi dia hilangkan. Damn betol. Saya tak nak bagi dah kat dia lepas ni. Cari orang lain ah pulak. T____T.

Say somethings peers…!!!

Related Posts with Thumbnails

16 Responses

  1. huda luna Says:

    huda tulis semua password huda dalam 1 buku rahsia..

    huu~
    kalau nanti katekan huda mati dulu
    mesti dorg akan bukak buku tu

    =)

    Posted on February 23rd, 2010 at 1:58 pm

  2. queenlyana Says:

    Huda,
    wow…!! buku rahsia tu nnti ada org jumpa tak. Akak pun nak wat jugak lah. Agaga

    Posted on February 23rd, 2010 at 2:05 pm

  3. kai Says:

    bagi je passwed u kt i…
    kompem i x ilangkan…
    paswed i kan…
    i letak name u leh??
    wakakakakakkaa
    :P P

    Posted on February 23rd, 2010 at 2:21 pm

  4. Dieyla Says:

    setujuuuu sangat!
    ok i dah tau nak bagitau sape password i.
    skang gak i g bagitau.
    hehe~

    Posted on February 23rd, 2010 at 2:39 pm

  5. queenlyana Says:

    Kai,
    agagaga sakit-sakit pun wat lawak lagi. HAHA
    aik..? nama nak letak nama I laks. wakakkaka

    Posted on February 23rd, 2010 at 3:07 pm

  6. queenlyana Says:

    Dieyla,
    hahahaha I pon dah lama tahu org yg nak bagi password tu. Tapi.. orang tu pulak tak nak simpan password I.. sengal betol. AHAHA

    Posted on February 23rd, 2010 at 3:09 pm

  7. Rara Says:

    Dekat laptop Rara dah saved semua password. Buat yang remember me tu. Tapi password FB memang kakak-kakak Rara pun tahu ;p And Syafi pun tahu semua pwd Rara :P Password shoutbox Rara, Ynn pon tahu KAH KAH KAH KAH =_____=” Err serious, Rara pun takut one day akan menimpa pada Rara sendiri :/

    Posted on February 23rd, 2010 at 3:41 pm

  8. queenlyana Says:

    Rara, tu laa kita tak kan tahu lah pulak apa akan jadi nanti. Just in case la kan. Hihihi
    akak ni dah la password akak susah. Sebab tu kot dorng malas nak tolong simpankan. Aagagaga takpe… i’ll find one nanti..! huhuhu

    Posted on February 23rd, 2010 at 3:47 pm

  9. Anis Diyana Says:

    ini wasiat pasword namanya…[ heh!ni benda yg sama i komen kat yonna..hehe..tapi asword i my BFF taw..tapi sekarang i dah tukar tanpa sebab pas die kawin..hehe ..kena gtaw balik nih! ]

    Posted on February 23rd, 2010 at 11:36 pm

  10. yonna Says:

    i dah bagi kt sorang blogger td i punya id n pw :) heee. bagi pada yang percaya sgt2 saja

    Posted on February 24th, 2010 at 1:19 am

  11. queenlyana Says:

    Anis,
    haaa baik bagitau cecepat. I pun x tau lagi nak bagi kat sapa. (Sibuk duk canang orang suruh buat, tp diri sendiri tak wat pon lagi.. agagaga)

    Posted on February 24th, 2010 at 7:10 am

  12. queenlyana Says:

    Yonna,
    yeah.. memang patot pun dikasi tahu. Tapi I belum jumpa lagi siapa dia. Agagaga

    Posted on February 24th, 2010 at 7:10 am

  13. Liyana Says:

    HAHA i pn mcm rara, smua password dh save as remmember me, terus pergi refresh confirm sudah masuk sebab password ynn semua sama.

    rara pun tahu kot password i HAHAHAHAHA

    tp itulah, kita tatau bila kita takda. jodoh, pertemuan, ajal maut semua dekat tgn dia T____________T cuma takut tak sempat nak minx maaf saja tsk sedihh pulak.

    Posted on February 24th, 2010 at 11:29 am

  14. queenlyana Says:

    Ynn,
    topik ni memang memuhasabahkan diri betol. T____T.

    Posted on February 24th, 2010 at 12:33 pm

  15. kai Says:

    sje nk letak name u…
    sedap di sebot dan di ingat…
    :P

    Posted on February 26th, 2010 at 12:40 am

  16. queenlyana Says:

    Kai, ececeh yela tu sedap di sebut. HEHEHE

    Posted on March 1st, 2010 at 8:17 pm

Leave a Reply