Rasulullah bersabda (yang membawa maksud) : Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan (atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya (percakapan) dan tangannya (terbaca dari SINI)

3183f595d004d7b0facfa1430f1191ed
Sumber : Deviant Art

Nak tegur ke tak ?
Kau ni boleh ditegur ke tak?
Kalau tegur nanti jadi apa?
Layak ke aku ni nak tegur kau?

Susah. Ini konflik peribadi. Diri ni tak lah sempurna pun, banyak pulak cacat dan cela sana dan sini. Nak menegur orang apatah lagi. Silap menegur, perang dunia ke-8 pulak yang jadi. Tapi tulaa, orang selalu cakap, nak tegur orang lain kena pakai cara yang betul. Pakai cara apa? Haaa, boleh ke blog tadi untuk pembacaan lanjut.

Saya tertarik dengan perenggan ini : IA MENARIK.. ! (BACA..! jangan skip)
Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya anda selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan kesalahan.

dan bagi saya pula, kalau dia masih boleh menerima kekurangan kita, kenapa tidak kita..? T__T insaf sekarang Lyana..!

Cuma, untuk sesuatu hal yang mungkin mencabar kesabaran kita, tegurlah semampunya dan pakai cara terbaik yang anda ada. InsyaAllah.. semoga kesulitan menegur yang anda ada itu dipermudahkan. Amiiin.

Tapi….
susaaaaaaaaaaaahnya nak tegur orang yang paling dekat dengan kita. Susahkan..? Susahkan..? Walaupun yang paling dekat tulah yang paling patut ditegur. Atau dengan kata lain, orang yang paling kita sayang tu lah yang paling susah nak disayang (sumber ayat : filem CINTA).

Pucuk pangkalnya, dalam hati sila bela sifat SABAR yang paling banyak. Bela lah banyak-banyak, sebab tak rugi sikit pun. Saya pun percaya, what we give, we get back. Kalau kita bagi benda baik, benda baik lah yang kita dapat balik. Sekarang saya berfikir, usia yang makin menginjak lantai TUA, makin hari makin jauh pula dari INSAF. Uhuuuukkkk insaf.

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA. (tetiba..! agagaga)

nota bunga-bunga : Awak, saya pernah tegur awak baaaanyak kali. Awak tahu awak buat benda salah. Awak kata, terima kasih sebab tegur, awak tahu apa yang awak buat. Tapi awak belum berubah lagi. Takpelah, saya duduk sini doakan awak ye..! Saya yakin awak pasti berubah nanti. Semoga masih punya masa untuk kita lihat awak berubah. Dan awak, jangan jemu berusaha..! InsyaAllah, semoga kita dibantu-NYA. Ameeen.

## Saya pun banyaknya buat silap. T___T.

Mode : Muhasabah diri

update :  Saya akan offline untuk 5-6 hari. Harap Maklum.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses

  1. fabulousfarah Says:

    comel jer ayat nota bunga tu. bagus r ade kawan macamni!

    Posted on February 24th, 2010 at 11:55 pm

  2. queenlyana Says:

    Farah ,
    hehehe thanks..!

    Posted on February 25th, 2010 at 6:10 am

Leave a Reply