Hectic.
Nama kehidupan aku di bulan ketiga tahun 2010 ini. Sungguh begitu, tetap aku bangga menggelarkan kehidupan sebagai hectic berbanding setahun lalu. Proud of being hectic.. heh kadang-kadang hidup memang kena poyo.

Baiklah. Submission date berkejar-kejaran di sana sini. Pening tepuk dahi 18 kali sekarang ni. Kat sana-sini aku tulis submission date dengan harapan aku ingat yang aku ada death line of assignment, dengan harapan aku tahu yang aku ni student sarjana bukan student kindergarden. Tapi macam biasa jugaklah. Aku selalu LUPA dengan semua tu.

Tak tidur malam buat assignment. Menjelang submission. Perkara Biasa. Aku seronok buat assignment cuma aku malas. Aku seronok cari bahan cuma aku malas. Senang cakap, aku ni pemalas. Malas tapi mahu. Inilah yang dikatakan ‘Melayu Mudah Lupa’. (tetiba…! aaahaha). Tadi siang, aku dah dapat satu tarikh untuk final exam. Terkejut bukan kepalang. Bukan terkejut sebab tarikh final exam, tapi terkejut assignment banyak gila dalam ‘kantung pending’. Adoiyaii ini masalah peribadi yang tak dapat dibantu. Parah sekali.

Biodata Terpaling Baru :

Nama: Jangan panggil aku SERI lagi, aku dah bagi sumpah buniah dekat nama tersebut. Remainkan saja nama aku kepada Lyana, atau tidak.. kamu tak payah lah panggil aku lagi.
Umur : 3 bulan menjelang 25 (angka stressfull)
Berat badan : Sudah turun satu kilo tapi macam dah naik 1/2 kilo pulak.
Alamat terkini : Dewan Penginapan Peniagaan Pelajar, Yayasan Al-Bukhary bilik 207 paras 2.
No handphone : Aku pengguna MAXIS sahaja. Nombor selain Maxis yang kamu ada, boleh delate.
Status pernikahan : Tak sempat lagi nak pegi bernikah.
Status percintaan : Super Single tapi tak desperate at all.

Enough.
Aku suka pergi kelas. Jangan lah ada yang larang aku pergi kelas. Aku tak boleh. Aku mesti pergi kelas walaupun aku rasa dalam kelas tu takde aku pun tak apa. Tapi siapa pedulilah. Aku pergi kelas bukan sebab aku bayar atau kerajaan bayar aku, tapi sebab aku suka pergi kelas. Aku pencinta bilik darjah. Sejak tadika lagi. Emak selalu suruh aku bungkus kain baju pergi pindah duduk bilik darjah ketika aku kanak-kanak dulu. Yeah, aku ingat lagi waktu itu. Sekarang aku rasa mulut emak memang masin, sampai usia segini, aku masih pergi bilik darjah. Hoyeeh, emak memang awesome..!

Ahad ada presentation Managerial Economic (ME). Aku rasa macam nak pengsan tak mahu bangun dah. Mereka kata Managerial Economic adalah wajib untuk pelajar MBA macam aku. Tapi aku rasa nak bentak habis-habisan suruh buangkan saja subjek tersebut. Aku rasa ia sangat heavy untuk otak sekecil otak aku yang cute ni. Aku belum mampu carry benda alah tu. Dan aku rasa pensyarah juga tahu keupayaan aku membawa subjek seindah ME. Indah. Betul indah. Kamu cubalah rasa.

Oh ya..!

saving_private_ryan_ver2

Saving Private Ryan yang disumberkan oleh Google Imej.

Aku perlu tengok movie ni untuk sudahkan assignment ‘heritage tourism’. Tapi sampai sekarang aku belum tengok pun lagi. See, benda senang sesenang tengok movie pun aku tak mampu buat. Aku ni tak dapat dibantu betul lah sekarang. T___T. Kalau Nadia Kay tahu, pasti dia tarbiah aku laju-laju.

Oh, aku stress kebelakangan ini. Ada ‘lelaki kesayangan’ yang aku dah letak dekat Planet Pluto yang nak muncul balik. Hok alossss semak aku rasa. Aku tengah hidup tenang aman damai ni, ada lagi yang nak buat ‘come back’. Bukan aku ni jahat nak buang-buang orang macam kes buang bayi yang makin semak tu, tapi mereka juga harus terima hakikat kehidupan bahawasanya ” Tidak semua manusia adalah PERLU untuk ada di sisi kita, mereka mungkin lebih PERLU di sisi orang lain. Don’t afraid of losing them because you’ll have someone else to replace them”. Bersangka baik sajalah kita pada masa depan. InsyaAllah good things will come to us.

Aku nak pergi melancong. Tapi aku tak punya fulus apalagi masa. Nantilah. Tunggu aku mampu, aku nak pergi ‘Great Barrier Reef’ , boleh singgah rumah Chika walaupun aku tak tahu dekat ke tak dengan rumah dia. Chika, nanti buat ‘Tiramitsu’ ye bila I datang sana. Agagagag baik bermimpi dari mengigau kan..?


great_barrier_reef

Great Barrier Reef yang disumberkan oleh google image

Ok dah. Aku ni melampau betul. Boleh update blog lagi dalam keadaan kritikal ni. Bye semua..! Taking Care.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses

  1. Chika Says:

    Great Barrier Reef jauhla from Brisbane. Kalau nak pergi, kena naik flight gak la.

    I pon nakkk sgt pergi. Husband I dah pergi. Memang best dia kata. Cantek. Pastu dia dah letak GBR antara tempat yg dia plan nak kerja.

    Tak taula bila I nak sampai :P

    Posted on March 6th, 2010 at 6:01 am

  2. queenlyana Says:

    When I did my review few years ago bout GBR, fuuu memang terjatuh hati banyak kali. Sungguh awesome tempat dia. Semoga cerah masa depan I boleh gi Aussie nanti. Ameen.

    Posted on March 6th, 2010 at 6:08 am

  3. fabulousfarah Says:

    huhu..masa aku belajar dulu tak suka bilik darjah. sekarangrindu

    Posted on March 6th, 2010 at 1:49 pm

  4. queenlyana Says:

    Farah,
    Huhuhu I sekarang masih kena pergi bilik darjah. Makanya hilang kerinduan.

    Posted on March 6th, 2010 at 3:20 pm

  5. aini noraini Says:

    macam sama je kite…
    penat…
    dateline esaimen memang duk berkejar-kejaran..
    i nak singgah tinggal komen dekat blog rakan taulan pon tak sempat.. -_-”

    ngan report nye yang tertangguh…
    adoyaiii…
    inilah nasib final year student…

    Posted on March 6th, 2010 at 4:34 pm

  6. queenlyana Says:

    Aini, you final year. I first year. hehehe tapi beban yang sama.
    kerja.. kerja.. kerja..

    Posted on March 6th, 2010 at 6:36 pm

  7. Anis Diyana Says:

    haha..entry best buat aku rajin baca tapi malas nak komen..tu masalah aku sekarang..malas menulis.. :(

    Posted on March 6th, 2010 at 8:42 pm

  8. nur.sa Says:

    saya rasa normal la kot sape2 yg tengah belajar malas. org yg keje ni pun malas jugak. apa yg rajen saya sendiri pun taktau.hehe.kata kt diri sendri ni. bukan awak. :)

    Posted on March 7th, 2010 at 11:45 am

  9. queenlyana Says:

    Hehehe betul la tu. Tapi kalau kerja malas dia kategori lain. HEHEHE

    Posted on March 7th, 2010 at 3:44 pm

  10. nieja Says:

    mase i first sem dlu
    ade kena buat asgmnt n kena
    tgk cite saving prvte ryan..
    kwn i nangis2 kot nengok
    cite tu hahaha..

    Posted on March 8th, 2010 at 12:23 am

  11. queenlyana Says:

    Nieja,
    aik cite sedih eh…? Bukan dia cite perang ke…?

    Posted on March 8th, 2010 at 8:11 am

  12. nieja Says:

    a’a cite perang..
    kwn i tu tunang die army
    pastu sedih la nengok cite
    ni sbb tkenangkan tunang die
    hahaha

    Posted on March 11th, 2010 at 2:10 am

Leave a Reply