Asyik bercakap pasal stress saja kebelakangan ni. Macam hilang nikmat hidup je bila asyik mengadap stress. Tapi what to do lah kan. Mana ada kehidupan yang flat dan rata atau leper saja.

Baiklah.
Thumbdrive aku hilang. Oh..! ini menstresskan. Tak tahu pegi mana thumbdrive tersebut. Dah recall banyak kali kat manalah tempat terakhir aku berdampingan dengan thumbdrive tu, tapi hampa. Tiada dalam ingatan. Tak dapat dibantu. Banyak makan semut barangkali, sebab tu lupa habis semua benda. Semua benda pun ada dalam tu kot. Walaupun ada backup kat laptop, tapi still lah berdukacita atas putus perkhabaran (ceh, ayat nak gempak je..) thumbdrive tersebut. Tapi takpelah, malas nak fikir banyak. Benda dah ditakdirkan nak hilang maka hilanglah dia. Dah cari tujuh keliling pusingan pun, kalau ditakdirkan tak jumpa.. tak jumpa lah jugak. Maka, redha Lyana redha. Think of something else.

Oh ya..! Baru-baru ni, ada sorang kawan international telah menjadikan aku sebagai contoh perbincangan di dalam kelas beliau. What the..????. HAHAHA Dia kata (saya tolong translatekan untuk anda) : ” Seorang kawan perempuan saya yang tiada kekasih, menjadikan Facebook sebagai teman hidupnya dan berdampingan dengan Facebook setiap masa berbanding dengan rakan-rakannya yang mempunyai kekasih. Jadi, Facebook juga boleh dikira sebagai teman hidup manusia ” . KAH KAH KAH. Ciskekkk betol…!! Giler la weh.. Sentap 58 kali aku, hahahaha lawak. Nasib baik aku takde dalam kelas tersebut. Kalau ada, tak tahulah nak defend diri macam mana… hahaha.

Okey okey. Aku memang ‘penunggu Facebook’ . Tapi takdelah sampai berteman hidupkan Facebook. Giler ke apa weh. Tak kan aku nak kawin dengan Facebook pulak nanti. Sengal tahap babun betollah.. Siap kaitkan dengan ada kekasih dan takde kekasih tu. Walaaaaawehhhh apa punya contoh daaa kawan aku ni… hahaha lawak.. lawak.. tak leh blah.

Aku anggap je itu kritikan membina. Betul lah tu apa dia cakap. Lecturer pun cakap jugak.. Facebook is just a waste. Lepas ni, aku memang berazam akan mengurangkan aktiviti berfacebook. Blogging pun (mungkin lah, tapi kena fikir ribu-riban kali lah dulu kot.. haha) , akan dikurangkan jugak. Sebarang aktiviti internet yang mendatangkan lagha akan dikurangkan sampailah habis final exam nanti. Fokus Lyana fokus..!

Sekarang ni otak aku memang tak berapa nak centre. Hilang ke ‘centeran’. Fikir apa je pun macam tak betul. Lepas tu mula lah nak jadi kurang alert dengan perasaan orang. Oh…! Aku memang begitu sejak akhir-akhir ni. Perasaan aku pun tak terkendong, apa lagi nak kendong perasaan orang. Nak jaga hati orang sana dan sini. Tak mampu lah aku nak buat semua benda. Lebih worse kalau melibatkan kawan-kawan rapat. Percayalah kataku, jangan sampai hidup bermasalah dengan kawan, ia akan kacau bilaukan mood kamu keseluruhannya. Tak best kalau gaduh dengan kawan. Lebih-lebih lagi BFF. Dah lah BFF aku yang sorang tu memang sumber pergaduhan yang paling hebat dengan aku. Kalau rasa nak gaduh je, cari je dia. Tak yah cari orang lain pun takpe. Cari dia je cukop. Pasti akan bergaduh, makan hati, makan limpa, makan usus semua. Lepas tu ketenteraman tumbang ke paras paling zero. Lepas tu aku stress tahap paling atas. Nak bagi aku stress senang je, suruh je pegi bergaduh dengan bff tersebut, pasti stress. HAHAHA sengal ~

Ini ada nota pendek untuk bff yang suka baca blog aku bila aku tak nak dia baca. Bila aku suruh dia baca, dia pasti tak kan baca punya. Dia memang SUKA buat benda yang aku tak suruh.

Nota untuk BFF (bestrestes friend foreverandeverever):

I dah penat main gaduh-gaduh ni. Kadang-kadang I rasa bosan dan hidup sungguh flat kalau takde benda yang nak digaduhkan dengan you. Selalunya kita tak kan hidup berbaik-baik dalam tempoh yang lama. Macam tak boleh langsung kot. Bila kita ter’bergaduh’ dengan tak sengaja, kita akan bergaduh dengan serius. Terluka hati paras yang paling dalam. I lah, bukan you. Tak bestnyaaa rasa. Most of the time, kita akan nampak I lah puncanya, tapi kalau dibuat kaji selidik.. kita akan tahu siapa sebenarnya punca. Sepanjang usia persahabatan kita ni, dah macam-macam pattern pergaduhan kita dah create. I tak tahu kenapa kita ni tak pernah nak sekepala. Kenapa I fikir benda yang you tak fikir dan kenapa you tak kan fikir apa yang I fikir. Damn.. complicatednya..! Dengan orang lain kita ok je..! Omaaaiiigossshh.. Mungkin kita ni tak patut jadi BFF. Kita jadi alien nak..? Tak pun, you jadi Power Rangers Biru, I jadi Power Rangers Pink. Eh tak… tak… tak.. itu satu geng. Tukar..! Tukar..! I jadi power rangers pink, you jadi raksasa. I marah kat you je, I fire you. Boleh..?. Erggggggggggghhhh stressnya

Panjangnya nota. Pandai je cakap nota pendek tadi. What ever it is, saya sayang BFF saya.. Much..! Tulah dia, I memang over-reacted sikit kalau cakap pasal BFF. Semua orang pun tahu kot. Lyana punya satu BFF yang selalu jadi topik dalam blog dia ni. Patutnya tukar je nama blog ni jadi :

LYANA DAN BFFNYA

p/s : kawan-kawan, jom kita picnic. Mandi air terjun. Lamanya tak pergi picnic.!

Related Posts with Thumbnails

3 Responses

  1. nur.sa Says:

    jom. sabtu ni. muehhehehhe..

    Posted on March 11th, 2010 at 11:25 am

  2. pensel kontot Says:

    BFF….erm

    Posted on March 11th, 2010 at 1:06 pm

  3. queenlyana Says:

    Jom… nur sa…! hehehe
    ruff … hang tukar blog ka wehh..? anyway.. yup.. BFF saja.

    Posted on March 12th, 2010 at 8:02 pm

Leave a Reply