Saban hari, semakin banyak keraguan yang tercetus. Pelbagai imbasan masa lama yang menerjah kotak memori, satu-satu muncul bagai sebuah tayangan filem terhebat abad ini. Proses kehidupan begitu panjang dirasa. Banyak yang telah berlalu dan tak terhitung juga, banyak yang telah dilupakan.
Sepanjang mana jarak ingatan kita pada setiap detik yang pernah kita alami sepanjang usia kita. Tidak banyak barangkali. Yang mungkin diingati, hanya beberapa bahagian peristiwa-peristiwa yang betul-betul memberi kesan.


