Howdy everybody,

This is sticky entry. Scroll down for new updates !. Made with love for my MBA (Tourism & Hospitality) colleagues.

Dear friends, brother and sister, my love all. We planned to have a vacation to Satun, Thailand on 11th to 13th October 2010 (after final exam). Here, I would like to know your respond for this trip. Expected participants are 36 person including a few lecturers. Fees will be announced later but we try to make it less than RM200.

Klik to enlarge. CLICK HERE for further info

CLICK HERE for further info about Satun

CLICK HERE for further info of Satun

Kindly drop your opinion or suggestion or anything regarding the trip (anything !) in my comment box. Much appreciated !

Regards and Love,

Lyana :)

Bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat. Rezekinya datang dari pelbagai punca. Datang juga boleh tiba-tiba. Perginya Ramadhan nanti, pasti di rindu-rindu.

Semalam petang.
Roomate saya Puteri yang comel, mendapat satu jemputan iftar. Lalu diajaknya saya bersama. Oh ! atau dengan kata yang lebih tepat, saya yang menyibuk mahu ikut. Nasib baik Puteri bagi ikut. Oh I forgot to mention lah kan. Roomate saya nama dia memang Puteri ye. How sweet. Saya pulak Raja. Maka jadilah kami Puteri Raja. Tinggal pula di Istana nombor 123. Ya Rabbi, canggih betul. LOL.

The queen and The princess

Saya sudah gained weight secara hebat semester ini. I just don’t get any idea why oh why..?. Lebih pelik bila saya langsung tidak bercakap pasal berat badan. Langsung tidak bising pasal gemuk. Langsung tidak fikir untuk menahan makan. Not anymore. I don’t know why la weh. So not me. I’m just happy the way I am. Mungkin sebab dah takde orang yang selalu akan cakap “You memang gemuk pun”. Dah takde orang tersebut. Makanya, saya sedikit tiada tekanan perasaan di situ. Tiada tekanan dari segi berat badan. Haha

Losing weight is nothing than losing health, rite ? Sudah serik. Tak mahu hospitalized lagi. Tak mahu !.

Erk ! Sampai kemana kah kita sudah merepek ?. Bukan kah tajuk di atas menyebut Iftar. Ya ! Ya ! Iftar. Okey, sambung. Lebih kurang jam 4.30 petang kami dah bergerak keluar dari UUM tercinta. Ada 5 biji bas ye kawan-kawan. Sungguh banyak bas bawak orang pergi buka puasa. Puasa tak puasa tu belakang kira ah kan. Yang penting buka !. Ada juga rakan-rakan non-muslim yang saya nampak. Satu Malaysia betol.

Hotel Seri Malaysia Alor Star, lokasi dia tersorok sikit. Dia dekat bahagian belakang KFC yang dekat dengan stadium tu. So bila bas berhenti depan KFC semua tak mau turun sebab ingat kot-kot salah tempat ke apa kan. LOL. Padahal iye, memang dah sampai. Sebelum Iftar, ada ceramah sikit-sikit. Nyanyi lagu kebangsaan sikit-sikit. Oh, to be honest, saya sudah lupa bila kali terakhir masuk majlis yang kena berdiri untuk nyanyi National Anthem. Macam sudah sangat lama. Nasib baik masih ingat lirik. Kalau tidak, memang ah.

As usual, rakyat Malaysia memang suka makan. Ini semua classmate Puteri.

Puteri dan rakan-rakan,

I mahu mengucapkan terima kasih besar-besaran sebab mengajak I menyelit sama dalam majlis tersebut. Walaupun I langsung tiada kena mengena. Sungguh menyelit!. Tapi best woo makanan dia. Dah lah kita confident je cakap air dia teh ‘o’ ais, padahal sebenarnya air kurma. Nampak sangat kat bilik kita takde air kurma. Kalau tak, mesti kita tahu dah tu air kurma. Lepas tu ulang alik lah kita semua mengambil makanan. Banyak gila kot kita ambil. Penuh meja. Sebab kita nak meja besar yang konon-konon VVIP, kita terpaksa ambil makanan last-last. Kesian kita. LOL. Yang penting, mereka adalah best. Boleh pula berkomunikasi dengan kakak tua seperti saya ini. Serius ah weh. Tua sudah aku !. Tua usia, tapi hati masih muda. Sudah lah muda, comel pula. Hahaharasanaklempangkan? LOL

Sedikit tak faham, kenapa takde sapa ambik gambar makanan.

Hari ni sudah Ramadhan ke-11. Ya Rabbi, cepatnya masa.

Musim-musim perayaan nanti (atau apa jua jenis musim cuti) Tiket pulang ke Pantai Timur biasanya paling cepat habis. Sebagai salah seorang warganegeri pantai timur, aku memang cuak sikit bila tiba musim-musim cam nih. Punyalah malas nak menapak ke kaunter tiket, tapi mesti kena menapak. Kalau tidak, bolehlah melepak di kampus saja sambil teriak-teriak hentak kaki, head banging sebab tak dapat balik raya (kononlah kan)  kalau terlepas beli tiket. Phew ~

Tiket Raya ! Tiket Raya !

Baiklah. Masalah dia disini, tiket dia sebijik macam resit pegi myDin ke, Giant ke, atau pun resit pinjam buku dekat library. Tiap kali beli tiket memang aku akan cuak sebab takut bertukar dengan resit-resit lain. LOL. Kang tak pasal-pasal terkasi resit shopping pulak masa naik bas. Isk ! Bahaya wooohh tiket jenis ni. Tambah bahaya dengan orang-orang careless whisper macam aku nih. Fuh !. Gerun kot. Tak balik raya kang. Nangis 18 gayung. Ha kau.

Sebenarnya, tak puas hati sebab balik raya kejap je nanti. Pastu kena balik semula berkuliah. Oh sungguh tak best. Tapi apa nak buat. Study come first ! Study come first ! Study come first !. Panjang umur, tahun depan kita raya puas-puas lagi.

bersama-sama Shieda Ishak dan rama-rama besar bertenggek

Minggu ni ada Minggu Penghayatan Islam dekat foyer library. Tiap-tiap hari dah dekat seminggu dah. Alhamdulillah, bagus programnya. Bermanfaat pula.  Haa kat belakang kami tu nampak tak apa ?.  Begitu menginsafkan. Tambah-tambah lagi masa bulan puasa ni. Semalam tak sempat nak lawat semua. Hari ni kalau ada masa, teringin nak baca semua artikel yang ada. Boleh tambah ilmu, tambah pengetahuan.

Selagi masih mampu, tuntutlah ilmu !.

Selamat berpuasa semua.

Comelnyaaaa

Alhamdulillah Anne dan Farah kini bertudung.

Sejuk mata memandang, ada juga rakan-rakan disekeliling yang dah mula meletakkan tudung dikepala. Apa pun alasan mereka untuk bertudung, semoga diberkati. Yang dah cantik, bertambah-tambahlah cantik.

p/s: Inovasi rekaan tudung yang macam-macam mungkin ada baiknya juga.

* * * * * * * * * * * * * *

Sekarang ni saya ada men’join’ satu projek mega yang betul-betul mega. Hahaha. Dijangka bakal sibuk sehingga tahun depan dengan projek mega tersebut. Bersyukur sebab terpilih tapi nervess lah jugak weh. Bukan calang-calang kerja. Bukan sesenang menulis blog mahupun menutup Facebook (aikk..??? hahahaha). Gila-gila punya mencabar. InsyaAllah, semoga bermanfaat. Lepas tu, ada jugak jemputan untuk jadi emcee. InsyaAllah, selagi tak mengganggu waktu pembelajaran, saya ON je. Cuma jangan demand yang bukan-bukan. Tak kuasa nak melayan. Bekerja dengan orang-orang besar ni mendebarkan lah sungguh !. Terasa diri ini begitu kecil dan comel sekali. Hahahampeh.

Eh, amacam side-er blog saya yang terkini?. Tak tahu lah bila baru reti menghasilkan side-er yang betul-betul mempuaskan hati.T_______T

p/s: Kes simbah menyimbah, pijak memijak, cedera mencederakan semakin mengila-gila dekat negara kesayangan kita ni. Bulan puasa pulak tu. Hairan lah jugak aku. Ngeri pon ada. Apa tah nak jadi. Geruh sehhh.

Selamat Berpuasa kesayangan semua !. Eh, macam pernah cakap di entri sebelum ni. Tak apa lah , cakap lagi ! cakap lagi ! selagi belum habis bulan puasa. Okay, cakap lagi sekali Selamat Berpuasa Kesayangan semua, muah !. Hopocoottttt terkisss, habis ah , habis ah, habis ah.

Ohokk Ohokk Ohokk *batuk kuat-kuat*

Ohokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk *batuk kuat-kuat lagi*

Ada chance nak kasi terbangunkan roomate dengan saya punya super batuk yang super hebat sejak kebelakangan hari ini. Sejak dikasi makan buah-buahan penggalak batuk tempoh hari, batuk saya ni tak mahu berhenti pulak dia. Asyik batuk-batuk. Really lah tak cool dan terganggu. Lepas tu pulak, degil. Batuk tak mahu makan ubat. Bila demam di malam hari ibarat dia seorang je demam dekat ini dunia, pon tak mahu makan ubat. Konon-konon wanita perkasa. Konon.

Bersabarlah nak, ujian di bulan Ramadhan.

Untuk Arabella dan Cik Ja

Sesaje nak suruh anda berdua rindu dekat bus stop ni. Oh, saya rasa pelajar zaman sekarang dia sopan sikit berbanding zaman kita dulu-dulu. Saya rasa mereka semua beratur dengan sedikit sopan berbanding zaman kita dulu. Kita dulu-dulu ada acara tendang kaki kau ! tendang kaki kau !. Tu belum masuk ada yang terjatuh longkang gara-gara berebut naik bas. Saya rasa mereka sekarang ni berhemah sedikit. Sedikit jelah.

* Tak puas hati bila terdengar lagu raya*

Saya dah suruh adik pergi letak baju dekat tukang jahit lain, kain dia dekat tukang jahit lain, tapi dia ingkar !. Makanya, keputusan akhir adalah : BAJU RAYA SAYA AKAN SIAP LEPAS RAYA. Begitu sedih tahu tak. Ada siapa-siapa mahu hadiahkan saya sepasang kurung biru lalu boleh turut sama menyanyikan lagu sedih hari raya oleh Kharil Johari Johar. Tahu lagu tersebut ?. Oh anda memang berhati halus. Can see through ohh!. LOL.

Semalam kawan saya kata, berhati-hati menyanyikan lagu seperti Jadikan aku yang kedua (astrid) sebab nanti takut terkena betul-betul dekat diri. LOL. Macam boleh pakai. Lepas tu kami sepakat membuat hipotesis berbunyi: semakin banyak menyanyikan lagu sedih, semakin banyak perkara sedih akan berlaku. LOL. Macam boleh pakai juga. Jadi, mari kita nyanyi lagu gembira nyanyian Eddie dan Hamidah Ahmad. Tahu lagu tersebut ? Anda memang ah.

p/s : 3-4 hari lepas adik saya memperkenalkan lagu Jadikan aku yang kedua. Saya fikir lagu baru. Tapi Yonna kata, dia dah dengar lagu tu 3-4 tahun lepas. LOL. Apsal aku selalu lambat ni weh. hahaha

Eh sudahlah merepek. Bubye !

Related Posts with Thumbnails